Now You See Me – Movie yang membuat aku teruja

Empat hari aku bercuti sempena Kaamatan. Dari Hari Khamis sampai la hari Ahad, wow! Dah la housemate balik Kampung, sangat bosan jugakla.

So rutin harian aku macam biasa la pepagi cuti ni akan pegi sarapan sorang-sorang kat Mcd makan 2 keping hot cake dengan kopi. Ops lupa nak bagitau, walaupun cuti aku tetap ke pejabat untuk menyiapkan kerja sebab minggu depan dah nak ke konvensyen sukan selama 5 hari.

dari kiri: Henley Reeves (Isla Fisher), J. Daniel Atlas (Jesse Eisenberg), Merritt McKinney (Woody Harrelson) dan Jack Wilder (Dave Franco).

Hari Sabtu agak slow sikit nak buat kerja, tapi banyak jugak yang aku dah siapkan. Bila ada dokumen yang takder dalam simpanan, mula la stuck kerja aku. So aku pun layan la youtube untuk tengok trailer2 movie terbaru. Terus terang aku cakap, aku tak tengok lagi movie Fast Furious 6 tu.

Aku tau masing-masing berpusu-pusu tengok movie tu, tapi bukan aku. Teringat aku masa Filem 29 Februari mula ditayangkan dulu. Aku adalah orang yang paling teruja nak tengok movie tu, sebab bagi aku movie ni lain dari movie melayu yang lain.

Siap aku beli online tiket untuk 29 Februari ni sebab tak nak terlepas la kononnya. Tapi harapan, tau tak berapa orang yang ada dalam panggung tengok movie tu? cuma 4 orang.

Aku ngan wife aku dan ada lagi 1 couple kat seat depan sikit dari kami.

Camtulah nasib movie melayu. Walaupun 4 orang je yang tengok movie tu, tapi aku teruskan niat untuk tengok sebab memang betul movie 29 Februari ni antara movie melayu yang ada isi, dan berkualiti. Kira boleh masuk dalam koleksi movie-movie simpanan aku untuk ditonton berulang kali.

Ok dah melalut ni, kata nak tau pasal Now You See Me kan? ok review movie tu pendek je pun. Apa yang boleh aku katakan, sejurus aku tengok trailer movie ni sekali, terus aku tengok tiket wayang dan terus beli tiket.

Movie ni berkisarkan tentang 4 orang Magician (Ahli Silap Mata) yang menggelarkan diri mereka The Four Horsemen membuat pertunjukkan tak terduga seperti merompak Bank dekat Paris, dan mengeluarkan duit seorang Jutawan dan dimasukkan dalam akaun penonton secara real time. Tujuan 4 magician ni adalah untuk menyertai “The Eye”.

Ntah apa kebenda The Eye tu pun aku tak pasti, tapi ala-ala freemason gak la. Benda ni dirancang oleh seseorang disebabkan kebolehan 4 orang magician itu masing-masing. Jalan cerita agak complicated tapi masih mudah untuk difahami tapi sukar untuk dijelaskan.

Dari start movie ni sampai ke babak akhir aku langsung tak berkelip mata. Memang best sangat. Antara babak babak yang membuatkan aku teruja masa J. Daniel Atlas di interrogate oleh Dylan Rhodes tiba-tiba gari kat tangan Daniel bertukar ke Dylan. Aksi Jack Wilder semasa berlawan dengan Dylan sangat impressive.

Gari berpindah tangan

Citer ni penuh dengan babak saspen dan tanda tanya. Tapi jangan risau, semua tanda tanya tu memang terjawab masa babak last. Tapi bagi aku sendiri, jenis movie best camni akan membuatkan aku berfikir dan terus berfikir sampai la saat aku tengah menaip post ni.

Henley Reeves lakonan Isla Fisher memang sangat aku minati. Isla Fisher ni aku macam familiar sangat, tapi tak tau la movie mana, tak ingat. Babak dia diratah ikan piranha pun best. Penuh penipuan. ( Sangat Teruja ni!)

Henley sebelum diratah Piranha sebab gagal membuka rantai di tangan tepat pada masanya.

Untuk movie Now You See Me ni aku bagi 5 bintang. Tapi kalau aku tengok ngan wife aku, aku bagi 10 bintang hehehe! Sebab ada peneman. Jarang ada movie yang best camni.

Bagi aku movie yang best adalah saat kita keluar dari panggung wayang, kita masih lagi memikirkan babak-babak dalam movie tu selain memikirkan jalan ceritanya yang menarik. Inilah dia Now You See Me. BEST SANGAT!