Cara OFF Data Renew Onexox Prepaid Seasonpass (WAJIB BUAT)

Bagi pengguna Onexox Prepaid, saya sangat sarankan untuk buat OFF DATA RENEW setiap kali selepas langgan atau aktifkan data dari Season Pass.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Caranya;

Guna SMS – Hantar sms DATA AR OFF ke 23388

Atau,

Guna Apps Black untuk Unsubscribe data dengan menekan butang Recurring.

Tak kiralah berapa pun yang anda aktifkan dari Seasonpass, amalkan untuk terus (secara serta merta) offkan auto renew. Tahu tak sebab apa? Sebab setiap kali anda aktifkan data dari Seasonpass, sistem auto renew akan diaktifkan juga untuk bulan depan (tempoh 30 hari dari tarikh pengaktifan).

Stop!

Tujuan Offkan Data Renew

Mungkin ada yang tertanya, kenapa perlu off data renew ni?

Tak semua pengguna gunakan data dengan jumlah yang sama setiap bulan, betul tak? Kadang-kadang bulan ni dia guna secara total 2GB, bulan depan 500MB je.

Cuba bayangkan, masa pengguna aktifkan 2GB dan dia tak offkan auto renew. Cukup je 30 hari, langganan seasonpass akan aktifkan lagi 2GB (langganan baru) dari kaunter Season Pass dan 2GB yang lama (kalau masih berbaki) akan burn.

Camna kalau bulan yang baru tu, pengguna sebenarnya cuma guna 500MB je bulan tu? Tapi data 2GB dah diaktifkan secara automatik. Rugi je nanti baki 1.5GB seleps 30 hari, baki data tu akan burn.

Kenapa aktifkan data sikit-sikit?

Sebab tu saya sarankan untuk aktifkan data yang paling sikit iaitu 500MB untuk 30 hari setiap kali anda nak gunakan data.

Kelebihannya kat sini, andai kata penggunaan data pada bulan tu kurang 500MB, jadi data yang akan burn tu cuma <= 500MB. Takdelah ralat sangat kan? Dan kalau pengguna habiskan 500MB tu dalam tempoh kurang 30 hari, let say 1 hari je dah habis, masih lagi tak rugi apa-apa. Sebab pengguna boleh bila-bila masa aktifkan 500MB lagi secara manual.

Semua dalam kawalan kita sebenarnya. Nak guna berapa pun boleh.

Pro dan Contra Onexox Prepaid

Ada orang anggap fungsi ni menyusahkan, tapi saya sentiasa pandang pada sudut yang lebih positif. Bagi saya fungsi camni memang sangat-sangat membantu orang yang berjimat.

Siapa yang mahir dan pandai bajet penggunaan data bulanannya, features Season Pass data ni sangat-sangat menjimatkan. Mesti takde lebihan data aktif yang diburn setiap bulan.

Tapi bagi pengguna yang tak mahir, biasanya ibu bapa dan pakcik makcik (baby boomer) mungkin akan berlaku pembaziran. Sebab utama adalah ada dalam kalangan diaorang ni tak faham konsep Season Pass diwujudkan.

Ada yang saya nampak;

  • Data yang diaktifkan dari Season Pass 10GB, dan penggunaan cuma 2GB je sebulan. 8GB burn. Sepatutnya pengguna hanya perlu aktifkan 500MB atau 2GB je, tapi disebabkan tak buat OFF auto renew, maka sistem secara automatik aktifkan data 10GB berdasarkan langganan bulan sebelumnya.
  • Ada jugak yang buat ADD ON data 5GB, padahal tarikh expired data aktifnya tinggal lagi sehari. Kalau pengguna dapat habiskan 5GB data dalam sehari takper jugak. Tapi biasanya user beranggapan 5GB tu boleh digunakan another 30 hari.

Tukar ke Plan Onexox Black Sebagai Pilihan Lain

Bagi pengguna yang pening nak kawal Season Pass ni, saya terus galakkan untuk langgan je Plan Onexox Black. Sebab Onexox Black akan carry forward 100% baki data bulan terkini yang tak digunakan.

Sebab tu saya tukarkan plan ibu dan bapa saya ke Onexox Black sebab lebih mudah untuk gunakan data tanpa perlu fikir nak aktifkan data berapa, nak add on berapa.

Topik untuk season pass ni memang panjang kalau nak diborakkan. Ada je sub topik yang boleh dikupas. Kalau ada isu yang tak terkupas kat artikel ni, boleh tanya kat bahagian komen atau Whatsapp saya kat O1113346188.