Paperless vs Sketchbook Pro for Tablet

Aritu aku dah citer pasal Sketchbook Pro for Tablet yg berharga usd4.99 kt google play. Arini aku nak mem versus kan sketchbook pro tu dengan satu lagi aplikasi dari google play yang berharga usd3.22 SAHAJA! Mempersembahkan sketchbook pro vs paperless.

Antara Muka Paperless, Cantik kan? sebijik macam Paper 53.

Paperless vs Sketchbook Pro for Tablet

Memang aku teruja masa mula2 install sketchbook pro tu sebab dia ada layer yg lebih dari 5 dan boleh di merge kan layer tu untuk membuat layer baru sebab sketchbook pro ni cuma bagi peluang untuk buat 7 layer pada satu2 masa.

Jadi kalau kita perlukan lebih banyak layer, sila pastikan korang mergekan layer yg dah tak perlu tu menjadi 1. Sketchbook pro ni lebih ‘serius’ berbanding paperless sebab tools sketchbook pro yang terlalu detail dan banyak.

Dari tools je pun ada banyak lagi option yg boleh diubahsuai mcm saiz pen, opacity, jenis dan pattern berus yg pelbagai bentuk.

Paperless pulak datang dengan gaya simple dan tools yg ringkas.

Apa yg aku suka sangat dengan paperless ni adalah tools brush yang mewarna seakan akan kita mewarna air dengan berus sebenar.

Pada awalnye, aplikasi paperless ni takde layer, tapi mungkin terlalu ramai komplen tentang layer jadi developer paperless pun buat la layer untuk aplikasi ni tapi ianya terhad kepada 3 layer sahaja dan tidak boleh di merge kan atau diubah kedudukan layer tu.

Berbeza dengan sketchbook pro yang boleh mengubah kedudukan layer ke atas atau kebawah dan juga boleh mendelete layer yang kita dah xnak.

Baca : Doodle Menggunakan Autodesk Sketchbook Pro

Dah ada sketchbook pro tapi kenapa aku still beli paperless? Antara sebab kenapa aku beli paperless adalah disebabkan paperless ni mirip sangat dengan aplikasi apple (iPad, iPad mini) yang sangat populwr iaitu Paper 53.

Korang kalau xpernah cuba paper 53 sila berbuat begitu dengan pegi ke SenQ atau Seng Heng untuk memandu uji apps yang hebat ni. Selain tu, Paperless yang mirip paper 53 ni jugak adalah sangat sesuai untuk yang suka sekadar menconteng-conteng berbanding sketchbook pro yang aku kategorikan sebagai aplikasi yg serius walaupun ianya boleh digunakan untuk conteng2.

Oh ye, paperless boleh zoom in dan drag artwork while paper 53 tak boleh.Apapun Sketchbook pro ngan Paperless ni tetap aku simpan kat tablet 7.7 kesayangan aku ni sebab aku yakin ada keistimewaan dan kesesuaian dalam pengunaan masing2.

Selain aku dapat menjimatkan duit aku (setakat ni) dari beli wacom intuos or wacom bamboo yang mahalnyer mak aihh. Jadi pilihan kat tangan korang, kedua dua aplikasi ni pada pendapat aku sesuai hanya bagi pengguna tablet yg suka mendoodle.

Tak digalakkan sangat untuk pengguna handphone yang skrin kecik takut nanti susah nak melukis.

Luahan selepas melihat apa yang berlaku di AirAsia

 

Lukisan semasa kill time tunggu bas nak balik Klang dari Muar.

 

Lukisan pertama sejurus selepas aku install Paperless dalam galaxy Tab 7.7 aku

 

Lukisan Sempena aku yang mula pegang title 3 siries