Pertandingan Bakat Besi Modenas

Modenas melancarkan satu pertandingan untuk merekabentuk motor dan design decal / sticker bagi model terkini Modenas iaitu V15, Pulsar RS 200 dan NS 200.

Objektif

Tujuan Bakat Besi dianjurkan adalah untuk menarik minat orang awam untuk serlahkan bakat modifikasi motorsikal ke tempat yang betul.

Pertandingan Reka Bina
Pertandingan Bakat Besi Modenas

Selain tu sebenarnya pihak Modenas nak cari bakat konsep dan idea baru untuk pengubahsuaian motorsikal.

Biasanya kalau orang awam ni modified motor, ianya tak dimanfaatkan untuk kegunaan orang ramai yang lain.

Jadi dengan adanya pertandingan Bakat Besi (Peraduan Reka Bina) maka bakat-bakat baru dapat diketengahkan. Malah mereka ini mungkin akan diserapkan ke team Modenas untuk membuat R&D (Research and Developement) dari bakat yang mereka ada.

Dengan ini, bakat mereka dapat disalurkan di tempat yang betul dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.

Nampak menarik kan?

Siapa Boleh Sertai?

Macam yang telah diberitahu, semua orang yang berminat boleh sertai. Namun penyertaan adalah individu. Sebarang penyertaan berkumpulan tidak akan dilayan.

Cara Untuk Sertai

Bagi yang berminat nak sertai pertandingan Bakat Besi Peraduan Reka Bina ni boleh buat pendaftaran di www.r8der.my.

Kategori Yang Dipertandingkan

Rekabentuk Concept – Conceptual Designing

  1. Pengadil pertandingan akan mengadili berdasarkan Konsep (25%), Kreativiti (25%) dan Fungsi (25%).
  2. Rekabentuk adalah berdasarkan framework Motorsikal yang diberi di dalam laman web r8der.my dan mestilah mematuhi undang-undang jalanraya di Malaysia.
  3. Design yang dihantar mestilah boleh diterbitkan dan dibesarkan saiz ukurannya (Resolusi besar).
  4. 25% baki pengadilan akan dilakukan secara online di laman r8der.my
  5. 3 Peserta yang mendapat markah tertinggi dari 75% undian pengadil akan dipanggil untuk mempersembahkan hasil kerja di hadapan pengadil.
decal sticker for Pulsar NS200
Contoh template untuk Modenas NS200
decals for Pulsar RS200
Contoh template Sticker untuk Modenas Pulsar RS200
V15 decals Pulsar
Template sticker untuk Modenas V15

Skin /Sticker Designing

  1. 100% undian secara online. 10 karya terbaik akan dipaparkan di laman web r8der.my untuk undian.
  2. Template design diberikan di laman web r8der. Tidak boleh guna template lain.
  3. Design tidak boleh melanggar undang-undang Malaysia.
  4. Hasil karya mestilah dihantar dalam resolusi tinggi.
  5. Pemenang adalah berdasarkan ‘Likes’ paling banyak. Sekiranya ada keputusan seri, penganjur yang akan menentukan pemenang.

Tarikh Tutup

Bermula dari tarikh pendaftaran, peserta perlu siapkan design sama ada skin motorsikal Modenas RS200, NS200 dan V15, atau rekabentuk dan konsep motorsikal sebelum Januari 2018.

Hadiah

Hadiah cukup lumayan bagi pemenang pertandingan Bakat Besi ni.

Tempat Pertama

  • Motorsikal Modenas
  • RM3,000.00
  • RM300 Baucar Petrol
  • RM800 Baucar MotoGear Malaysia
  • Sijil Penyertaan

Tempat Kedua

  • RM1,000.00
  • RM150 Baucar Petrol
  • RM500 Baucar MotoGear Malaysia
  • Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga

  • RM500.00
  • RM100 Baucar Petrol
  • RM300 Baucar MotoGear Malaysia
  • Sijil Penyertaan

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web R8der.

Bakat Anda Untuk Kebaikan Orang Ramai

Peluang ini patut diambil bagi mereka yang berbakat supaya bakat mereka dapat dimanfaatkan pada orang ramai hasil dari inovasi mereka.

Peserta Bakat Besi akan dipilih oleh beberapa pihak termasuklah orang awam. Pihak lain yang akan mengadili pertandingan ini adalah Nabil Ahmad, seorang wakil dari Bengkel yang dipilih, dan seorang lagi wakil influencer dunia permotoran.

Pemenang akan diumumkan pada 14 Januari 2018.

Ambil langkah sekarang. Memang Modenas betul nak cari bakat baru yang inovatif dan berbakat.

Model Modenas
Sekitar Perlancaran Bakat Besi di Booth Modenas MotoGP 2017 SIC Sepang