Sehari Tanpa Facebook dan Gajet

Zaman sekarang ni semua orang (kebanyakannya) ada akaun facebook. Facebook lebih mudah diakses dengan teknologi telefon pintar yang semakin murah di pasaran.

Fenomena skroll up dan down untuk melihat news feed dalam facebook sangat mengujakan. Mungkin ada sesetengah pihak yang menafikan atau sememangnya dia tak ketagih facebook pun, apa pun dia still lagi ‘terikat’ dengan teknologi pada zaman yang serba moden ni.

Dia tak main facebook, tapi at least mesti dia leka dengan smartphonenya di kala menunggu pesanan makanan di kedai makan dan lain-lain.

2 perkara yang paling melekakan aku buat masa ni.

Aku pernah terfikir kenapa diri aku ni (ye aku berkata tentang diri aku) agak leka menghabiskan masa dengan ‘mentelaah’ news feed kat facebook ni yang kesudahannya banyak kerja aku tak siap. Tak sudah2 dengan aku layan facebook kat laptop, tutup laptop layan pulak kat handphone.

Tersedar aku asyik melayan facebook laptop dan handphone aku tutup facebook. Aku on game pulak, leka main game check plak notification kat facebook, skrol lagi atas dan bawah. Kegilaan apakah ini? Banyak idea dan kerja aku terbengkalai dek facebook, games, ni.

Aku cuba mencari punca apakah yang menjadi penghalang semua ni.Ye btul! Facebook dan gajet ni la antara puncanya (selain dari diri yang tak berdisiplin). Jadi untuk mendisiplinkan diri dari terus menjadi mangsa facebook dan gajet ini, pada satu malam tu aku nekad untuk deactivate akaun facebook aku dan off gajet aku.

Yes totally off instead of tinggalkan/simpan kat umah. Dulu aku berpendapat, kenapa nak deactivate akaun facebook sedangkan kita boleh je log out akaun tu? Rupanya deactivate facebook ni ada lain sikit feel dia. Feel btul2 ko dah bersara dari dunia facebook walaupun korang disarankan untuk tick opsyen “temporary” masa deacticate tu.

Once dah deaactivate, terus off phone dan tidur.Esok pagi, aku boleh bangun awal dari biasa tanpa alarm dari handphone aku. Biasanya kalau ada alarm aku akan snooze atau dismiss kan dia. Terus mandi solat subuh dan kemas2 bilik.

Haa dasat dah tu.

Apa yang berlaku aku telah sedikit mengubah tabiat biasa aku yang bangun tido lewat dan jarang kemas bilik. Pergi kerja pun awal, sebelum sampai tempat kerja aku sempat lagi tu singgah sarapan.

Sampai tempat kerja, disebabkan aku tak bawak handphone, aku teruskan untuk susun2 fail dan mula buat kerja. Oh ye, laptop pun aku tak bawak ke tempat keje, aku guna laptop opis. Laptop opis ni agak lemb, so memang hanya sesuai untuk kerja-kerja menaip.

Sepanjang aku buat kerja pagi tu, kehidupan sangat tenang. Sampai waktu lunch terus aku keluar makan tanpa ajak kawan. Aku tak tau ada ke orang cari aku? ada ke orang call aku, tapi apa yang aku rasa memang agak tenang. Semua yang aku nak buat selesai (at least).

Lepas makan aku pegi bank untuk transfer duit ke mak abah, tak banyak pun tapi boleh la. Time tu kebetulan CDM rosak, macam tau2 plak harini aku memang berkabung dari menggunakan teknologi.

So aku pun pegi la isi borang untuk masukkan duit kat kaunter. Dah lama rasanya tak tunggu nombor giliran dipanggil semata-mata untuk urusan masukkan duit ke dalam akaun.

Aku on balik handphone aku malam tu. Ada la 5 missed call dari pejabat dan nombor yang tak dikenali. Whatsapp takyah citer, ada lebih 600 conversation yang diload yang datang dari group dan kawan-kawan. Takperla, tak urgent kot sebab kalau urgent tau la kawan-kawan aku nak cari aku kat mana. Kecuali time aku pegi bank dgn pegi makan tu, kalau diaorg cari time tu mmg tak jumpa la. heheeheheh.

Apa yang aku dapat dengan berbuat camni? Aku rasa macam aku reset balik hidup aku untuk fokus perkara yang patut aku dahulukan. Yang mana aku patut siapkan. Aku belajar hidup tanpa bergantung pada teknologi. Tapi dengan teknologi hidup kita akan lebih mudah dan pantas kalau kita pandai uruskannya.

Kat sini aku belajar untuk memanfaatkan teknologi untuk kehidupan, bukan untuk melekakan diri aku dari kehidupan yang hanya sekali ini.Antara perkara yang aku tak buat sebelum nak buat aktiviti berkabung ni, aku tak bagitau sesiapa pun.

Aku hanya bagitau diri aku sendiri. “hey myself, aku nak off semua perkara yang melekakan aku for one day, pls be good okay” Aku rasa ada bagusnya jugak tak bagitau, dan ada jugak bahayanya tak bagitau ni. Aku nasihatkan klu korang nak buat camni at least bgtau la orang terdekat macam suami/isteri atau parents.

Bagi yang memang dah melekat dan ketagih sangat tu, cubalah. InsyaAllah ada sikit perubahan berlaku dalam aktiviti kebiasaan kita seharian.