Bagi mana-mana simkad, sekiranya simkad tiada signal atau tertulis No Service, tak semestinya simkad anda sudah diblock atau terminated. Dalam artikel ini saya akan jelaskan kenapa ianya berlaku. Ada 3 sebab utama simkad anda No service;
- Simkad rosak
- Phone Rosak
- Simkad dah ditamatkan perkhidmatan (tak topup)
Isi Kandungan
Mengenali punca kenapa simkad tiada signal
Cip sim rosak atau tak dapat dikesan
Kebarangkalian simkad tiada signal salah satunya adalah mungkin kerana cip simkad yang tak dapat dikesan oleh slot pembaca sim telefon anda. Apa yang anda boleh buat adalah mengeluarkan simkad anda dari phone dan gosok bahagian cip sim dengan menggunakan pemadam getah atau apa-apa material getal (gelang getah).
Tujuannya adalah untuk membersihkan cip sim daripada sebarang kekotoran dan daki (sekiranya ada) yang menghalang ianya bersentuhan dengan pembaca sim.
Selepas itu cuba masukkan kembali simkad ke telefon anda. Sekiranya masih tidak menunjukkan signal cuba masukkan ke phone lain. Kalau ok, maksudnya slot sim yang sebelum ni rosak. Kalau tak ok jugak, bermaksud simkad anda telah rosak.
Beli simkad gantian
Anda boleh dapatkan simkad gantian di Shopee dengan menggunakan kata carian Sim SRP Onexox. Semua kredit dan data yang ada pada simkad yang rosak akan dibawa ke simkad baru/gantian tu nanti. Untuk aktifkan simkad gantian, anda perlu menghubungi mana-mana dealer sah onexox untuk pengaktifan. Atau boleh Whatsapp saya O1O6OO9966.
Simkad telah ditamatkan (terminated)
Sebelum anda membeli Simkad gantian, kena pastikan dahulu dengan mana-mana dealer Onexox, sama ada simkad anda masih boleh digunakan atau tak.
Berkemungkinan simkad anda telah ditamatkan perkhidmatan kerana tidak ditambai nilai (topup). Anda sendiri yang tahu bila kali terakhir simkad anda ditopup.
Kalau dah terlalu lama tak topup, besar kemungkinan simkad anda tidak lagi boleh digunakan. Lebih lebih lagi bagi penguna Onexox Black yang mana sekiranya simkad tidak ditopup (bayar bil) dalam tempoh lebih 3 bulan, maksudnya simkad anda itu telah ditamatkan perkhidmatannya.
Namun sekiranya anda pengguna Onexox Prepaid dan telah mendapat tempoh sah 2 tahun 4 bulan (beli welcome deal), anda perlu pastikan sama ada simkad anda masih aktif atau tidak melalui dealer-dealer Onexox yang anda kenal.
Kenapa phone saya xleh terima certain sim card. Contohnya sim card celcom,bila masukkan phone akan tunjukkan NO SERVICE tapi bila masukkan sim card maxis ok je bleh pakai…Saya beli phone tu dri org lain…kiranya saya ni second user phone tu…mula² pakai ok jer…lps tu dia jadi No service…sumbat la sim card ape pun akan jadi NO SERVICE…dia macam phone saya kena block…so saya biarkan jelah… lps brape lama saya biarkan phone tu,saya cuba masukkan sim card celcom tapi still xleh terima lpstu saya masukkan sim kad maxis ok pulak…bleh pakai sampai sekarang… lps saya try semua sim card… phone saya just trima sim card maxis dgn umobile shj…yg lain kalau masukkan akan jadi no service….kalau tuan tahu ape masalah nye bleh terangkan dan ape yg saya patut buat?
mungkin phone tuan dah lock untuk telco maxis dan umobile shj.
Kenapa sim kad saya tak de signal saya dah lama tak bayar dan saya tangguhkan untuk bayar dalam sebulan jee sebab saya sebok. Tiba- tiba satu hari saya tengok fon ni tulis “no simcard” dan selepas tu saya pun cepat2 bayar bil. Dan bila saya check masiih lagi no simcard bila saya check wasap jadi je, tapi bila saya nak mesej atau call tak boleh pulak
dah terminated la tu.
fon masih elok tapi tiba ii line takde ada pun sekejap ii je line tu dtg dan harini line saya hilang terus
Sama lah. Kejap ada kejap takda. Pastu line terus E, pastu data takda. Err.
bole ke kalu nombor dh lame x aktiv di aktiv balik pakai onexox
tak boleh. perlu aktif dulu sebab nak port out mesti kena reply SMS.
Slm tuan nak tanya.
Sy br dpt tahu no sim sy dah terminate dan org lain dah guna no.tersebut. cuma sblm ni whatsapp sy masih boleh guna no. tu. Baru2 ni sy uninstall whatsapp dan dah xboleh akses whatsapp sy sbb no. org lain dah pakai.
So sy nk dptkn pendapat:
1. Adakah sy masih boleh akses data whatsapp no. lama tu?
2. Atau adakah pengguna baru no. sy tu boleh akses data2 yg ad dlm whatsapp sy sblm ni kerana sy belum delete data dlm whatsapp sy sblm ini
1. boleh. masuk whatsapp dan whatsapp akan promt untuk masukkan nombor, masukkan nombor phone baru dan setup macam biasa.. semua chat lama akan ada lagi.
2. tak boleh.
Apa punca kad sim saya tiba2 tiada line internet walau pun internet belum tamat tempo
line tak stabil. boleh cuba restart phone atau masuk flight mode kejap.