Telefon bimbit serba guna

Sekali pandang macam telefon bimbit, dua kali pandang dah macam speaker JBL, gulingkan sikit dah jadi torchlight. Inilah dia telefon serba guna yang aku jumpa kat DX.com.

Dari bentuknya yang unik membuatkan aku terus nak buat review pasal errrr torchlight yang mempunyai kapasiti bateri 8000mAh ni. Skrin size dia 2.0 inch dan resolusinya 240 x 320.
 

Macam yang aku bagitau tadi, kapasiti bateri untuk handphone ni adalah 8000mAh Li-polymer battery yang mempunyai daya ketahanan standby sampai 260 jam dan 180 minit talktime.

Handphone ni boleh masuk 2 sim card. 1 micro sim dan satu lagi sim biasa dan ianya Dual-Standby. Dan ada jugak slot untuk memori kad sebab handphone ni tak sediakan memori terbina dalam (built in memory) Best kan?

Tapi handphone ni takleh la surf internet bagai.

MMS boleh la sbb cuma support GPRS dan tiada sambungan wifi. Kiranya macam handphone konversional la ni. Keupayaan RAM dia pun cuma 128MB, kira dah cukup power la untuk handphone kelas camni.

 

Untuk connectivity data plak, ianya menggunakan micro USB dan capaian bluetooth V2.

Kalau korang tengok kat atas ni ada gambar USB port kan? Itu untuk kegunaan sebagai Power Bank.

Ye handphone ni boleh jadi power bank, jangan tak tau sebab keupayaan bateri dia sampai 8000mAh tau. Handphone ni tak waterproof tapi setakat kene hujan sikit2 tu boleh la.

Kalau nak cakap pasal kamera, aku pun tak pasti berapa megapixel kamera dia ni. tapi mmg ada fungsi kamera ni macam yang korang tengok kat gambar ni. Paling2 pun jangkaan aku mesti kamera ni 2.0 megapixel je, tak lebih.

Kira boleh la kan buat amik2 gambar. Kalau nak gambar cantik guna la kamera samsung S8/S9/S10 korang tu hehehe.

Untuk entertainment plak, handphone ni tak mengecewakan.

Ada audio player yang support file MP3 dan korang boleh akses Radio FM daripada handphone ni.

Siap ada speaker macam JBL lagi. Handphone ni support bahasa Malaysia, Indonesia, English, Vietnam, Thai dan Russian. Dah pegi berparty sana.

 

Last but not least bak kata omputih, fungsi torchlight dia ni memang best.

Torchlight menggunakan LED.

Memang terang.

Boleh la buat suluh2 dikala berlaku blackout tempat korang atau waktu camping. Owh ye la baru aku ingat aku nak beli khemah untuk aktiviti camping aku. Sekian je review jalan2 aku untuk kali.