Sebelum ni saya ada kongsikan cerita bagaimana saya membuat port out dari telco Maxis ke Onexox yang agak tricky. Kali ini saya nak kongsikan trick dan tips untuk bertukar dari Celcom ke Onexox pulak.
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Macam biasa, boleh nak port out dari telco asal ke Onexox akan dilakukan selepas user bersetuju. Hanya dealer Onexox sahaja yang boleh buat proses MNP ni.
Kekalkan Nombor Anda ke Talian Onexox Secara Online
Isi Kandungan
SMS Pengesahan tukar talian dari telco asal
Proses nak port out dari sesuatu telco ke telco Onexox adalah sama. Ye, semua proses nak tukar telco ni sama je untuk mana-mana telco. Tapi cara untuk reply atau balas SMS confirmation (pengesahan) je yang berbeza antara setiap telco asal.
Semua telco Celcom, Digi, Maxis, Tunetalk, Unifi, umobile dan lain perlu reply SMS pengesahan yang dihantar. Setiap telco ada cara tersendiri untuk reply sms tu. Cara reply biasanya diterangkan dalam SMS yang dihantar.
Sedikit kelainan untuk sistem pengesahan port out Yoodo. Pengguna Yoodo yang nak bertukar ke telco lain perlu klik pada link yang diberikan Yoodo ke dalam email pengguna. Mereka (Yoodo) tak guna sistem SMS. Canggih la tu kan.
Cara Tukar talian Celcom ke Onexox
Berbalik kepada cara untuk port Out Celcom ke Onexox (atau telco lain), user perlu reply SMS pengesahan yang dihantar dengan menggunakan cara terbaru.

Kalau kita tengok jadual kat atas ni, untuk reply SMS confirmation dari Celcom adalah dengan cara reply sms yang dihantar oleh Celcom. Iaitu reply YES ke 28882.
Tapi itu cara lama tuan-tuan. Celcom dah ada cara baru untuk reply sms tu. Kali ini lebih mengelirukan dan lebih complicated. Cuba tengok gambar kat bawah ni.

Jom saya ceritakan pasal gambar kat atas ni.
Cara terbaru untuk mengesahkan Port Out Request dari Celcom adalah dengan mereply sms PortOut YES 01XXXXXXXX. Ianya lebih panjang dari versi sebelumnya iaitu sms YES sahaja.
Perhatikan ayat SMS dari Celcom tu, Ayat arahan pertama yang ditulis adalah Reply PortOut NO 01XXXXXXXX or confirm with PortOut YES 01XXXXXXXX before bla bla bla. Wow, just wow. Ayat pertama tu boleh mengelirukan user yang nak bertukar pada pendapat saya. Jadi user yang nak bertukar perlu berhati-hati kat sini dan baca betul-betul setiap arahan yang diberikan.
Terbaru: PortOut YES 601XXXXXXXX
Masih merujuk kepada screenshot SMS di atas. Kalau anda perasan, User dah dapat sms confirmation sebelum ini dan TELAH reply sms pada waktu yang diberikan seperti yang kita boleh nampak. Tapi masih mendapat respon “We have not received your confirmation”.
Sudahnya dalam sistem pendaftaran Onexox akan menerima laporan port-in gagal dengan error code SP71 – User TIDAK / LAMBAT membalas sms pengesahan port out daripada donor asal.
Celcom buat Survey Kenapa Bertukar
Selepas anda reply PortOut YES 019XXXXXXX tu, anda akan terima lagi SMS dari Celcom. Kali ini Celcom hanya nak survey je.
RM0 Select your reason for leaving Celcom, reply SMS with number.
1.Better offer
2.Expensive plan
3.Network coverage
4.Slow downloading
5.Billing issue
6.Others
Anda bebas jawab tentang permasalahan anda untuk keluar dari Celcom. Tiada betul atau salah kat sini. Hanya perlu reply nombor sahaja. Contoh nak reply Better Offer, hanya anda perlu reply 1 ke SMS berkenaan.
Tapi isu ni bukan isu luar biasa. Saya sebagai dealer Onexox, pernah beberapa kali dapat kes seperti ini. Tak kiralah dari telco apa pun.
Ada telco yang bila kita proses port out akan putuskan talian sementara – SP66, ada yang kata user tak reply confirmation SP71 dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang jalan terbaik adalah dengan membuat laporan terus ke SKMM dengan sertakan bukti yang ada. Screenshot segala apa yang ada dan hantar laporan. InsyaAllah perkara akan diselesaikan secepat mungkin.
Tawaran Menarik semasa Proses Port Out.
Biasanya user akan mengadu pada saya, telco asal akan call dan membuat tawaran-tawaran menarik untuk user terus kekal dengan telco sedia ada. Bagi saya itu biasa. Kiranya macam cubaan terakhir untuk halang user berpindah atau bertukar telco.
Tapi kalau menurut SKMM, perkara seumpama itu boleh dilaporkan kepada SKMM untuk tindakan yang sepatutnya. Makna kata, perbuatan untuk counter-offer kepada user adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Bagi anda yang berminat nak tukar talian Celcom ke Onexox, boleh hubungi saya O1113346188 (whatsapp). Tidak tertakluk pada Celcom sahaja, kalau dari telco Maxis, Digi, Umobile, Tunetalk, Unifi, Tone Wow, Redone, dan lain lain telco yang nak bertukar ke Onexox Prepaid atau Black, insyaAllah saya akan bantu.
[…] bantu user port-out Celcom ke Onexox. Boleh tahan licik jugak Celcom […]
Salam.tuan..nak tnya soalan tidak berkaitan dgn posting.saya baru berjaya register my 2nd voopee accnt.sy cuba utk topup voopee melalui apps tersebut tp tidak berjaya, jd macam mana saya nak topup utk kedua2 akaun voopee tersebut samada secara manual/online?tq tuan.
voopee dah dihentikan. tidak boleh beroperasi lagi.
saya nak tukar nombor yg gna celcom ke prepaid onexox …register kt website one xox… simcard onexox dh dpt dgn harga rm10…tapi line celcom tu masih ade….so xboleh register kt onexox…..maybe belum port out dr celcom…
boleh Whtsapp saya O1113346188 untuk bantuan.
mcmner nak selsesaikan sbb register kt website onexox bukan dari dealer
Sangat membantu saya. Terim kasih Adzril
[…] pengalaman saya, saya kongsikan pengalaman tukar Maxis ke Onexox, dan tukar Celcom ke Onexox. Saya kongsikan sebab untuk rujukan saya dikemudian hari dan dealer-dealer lain boleh rujuk […]
Hello, saya nak tanya pasal PortOut dari Celcom ke telko lain mengambil masa berapa lama. Contohnya macam saya baru send mesej PortOut ke 28882 tu semalam. Harap Adzril dapat membantu saya
dalam tempoh 12 jam.
assalam tuan. ni kejadian utk saya
RM0 Please select your reason for leaving Celcom, reply SMS with .
1.Better offer
2.Expensive plan
3.Network coverage
4.Slow downloading
5.Billing issue
6.Switch to Prepaid
7.Others
RM0 The keyword you have entered is invalid. Please try again! Kata kunci yang anda masukkan tidak sah. Sila cuba sekali lagi.
byk kali try tp tetap dia reply invalid
just masukkan nombor je.
Balas no. Pastu tak reply lagi?
dalam 12 jam semak balik status pertukaran.
Nk tnya mesej untk PortOut tu smpai selalunya berapa lama ye nk tukr dari celcom ke telco lain tapi masih tak dapat dapat lagi mesej untuk PortOut itu ?
biasanya tempoh 12 jam. sekiranya masih tak dapat sebarang SMS pengesahan (confirmation) sila hubungi semula dealer yang mendaftarkan talian telco baru anda.
sebelum saya jumpa blog ini, sy di jalan buntu, entah macam mana nak reply sms Celcom Portout, berbagai jawapan sy dah cuba. Nasib baik jumpa website ini…. terima kasih ya
Alhamdulillah. Sama2
As salam Tuan,
saya cuba port out dari Celcom ke XOX, tapi dalam website, x jumpa option operator number asal celcom tu. Kenapa ye and macam mana nak buat?
buat masa ni (sebelum jan 2022), cuba letak tunetalk sebagai ganti kepada celcom. nanti lepas habis 2021 insyaAllah telco celcom akan muncul kembali dalam list.
As Salam,
Kalau baru lepas port ke Digi Prepaid Next 15, tapi nak rujuk balik ke Onexox Prepaid, berapa lama lepas pakai Digi tu boleh port/MNP balik?
(Mula² ingat line Digi lg ok tapi lagi teruk kt area rumah)
Saya Stuck Kat Sini… Nak Tulis Apa Eh?
RM0 Select your reason for leaving Celcom, reply SMS with number.
1.Better offer
2.Expensive plan
3.Network coverage
4.Slow downloading
5.Billing issue
6.Others
just reply with number.
cth: 5
bukan : <5>
pilihan nak tukar dari celcom tak ada dalam online form tu
boleh pilih TUNETALK sekiranya tiada celcom. hubungi saya O1113346188 untuk bantuan.
As’salamualaikum admin, sya nk tnya sikit. Sya stuck kat pilih sebab keluar dr celcom tu. Dh reply no sebabnya, lps tu ape? Ade ape² msj pengesahan dr telco tersebut ke lps tu? Atau tggu je? Sbb xde ape² reaction.
boleh rujuk artikel saya yang ni. https://adzril.com/tukar-telco-kekalkan-nombor-lama/ dan ini https://onexoxtelco.com/syarat-tukar-line-telefon/
salam tuan. kata kunci macam mana saya nk reply? saya da masukkan sms (reasons) tapi telco kata kata kunci yg saya masukkan tidak sah. macam mana ya
untuk part reason tu, abaikan je. tak perlu reply pun takpe.
Saya nak tnye la. Masa dia sruh reply port out No or Yes tu. Kn dia bagi masa reply smpai jam sekian sekian. Jadi sye lambat reply . Dah lebih tempoh.
hubungi dealer semula. mintak dia submit balik.
Salam, saya nk port out dari celcom ke Digi. dan berurusan dengan dealer. tp belum dapat mesej pengesahan dari celcom sejak jam 2ptg tadi. biasanya berapa lama utk mesej tersebut sampai? Dan apa perlu saya buat jika mesej tidak diterima?
1. 12 jam.
2. Hubungi semula dealer untuk proses resubmit.
Nak PortOut to Unifi mobile. Lepas reply reason for leaving Celcom.
Dah reply SMS dgn 1
Pastu..no response diam aje.
Bila boleh dapat confirmation keluarkan SIM kad ia.
Tq
dalam tempoh 12 jam.
salam,saya dapat sms port out dan terus reply ,tapi .. sampai skrg masih tak dapat2 lagi sms balas dari celcom
dalam 12 jam nanti cek balik status. kalau failed, resubmit. tapi betulkan dulu apa error yang ada.