Kalau zaman dulu, kita main game dengan game pad pun dah terlompat ke kanan ke kiri ke depan ke belakang. Dan sekarang, teknologi semakin canggih, main game dah macam kita real person dalam game tu, padahal semuanya virtual je. Virtual Reality.
Main game di VR Lab Sunway macam dunia real yang baru. Kalau dengan mengadap phone je pun sebenarnya korang dah boleh masuk ke ‘dunia lain’ inikan pulak kalau korang tekup Virtual Reality Headset kat kepala korang siap dengan headphone untuk effect audio.
Virtual Reality Game kat Malaysia yang aku pernah main adalah di VR Lab kat Banday Sunway.
![]() |
Virtual Reality Game Malaysia (Bandar Sunway) |
Isi Kandungan
Main Game di VR Lab Sunway Macam Dunia Real Yang Baru
Virtual Reality Game ni sebenarnya (Pada pendapat aku) elok untuk riadah dengan kawan-kawan ataupun dengan ahli keluarga.
Selain dari main futsal, jangan ingat main virtual game ni tak berpeluh. Main game Virtual Reality ni tak sama dengan main game Joystick, atau gamepad yang duduk je depan PC atau TV tu. Main game Virtual Reality ni korang kena bergerak, serius macam ko bergerak dalam dunia baru yang ko tak pernah jejak selama ni.
Kompom Berpeluh!
Pengalaman main Virtual Reality game ni boleh buat korang berdebar-debar dan termengah-mengah lah. Kalau main game zombie, memang seriau sket.
Elok tengah tembak zombi kat depan ko dengan yakin tiba-tiba masa ko pusing ke belakang dah ada sekor zombie berbadan sado tengah kokak badan ko.
Tak ke cuak? Tu belum lagi aku citer main game boxing. Aku pikir “Alaaa setakat tumbuk-tumbuk je dah boleh tumbangkan pihak lawan (Komputer)” tapi ternyata aku silap. Aku rasa macam betul-betul bergaduh dengan peninju dalam game tu. Tak cukup napas weh. Berpeluh!
Bilik Khas Untuk Kategori Game Yang berbeza
Selain game Zombi, Boxing, ada jugak game lain yang memang banyak sampai korang tak tau nak pilih mana satu.
Si Lala Rahim pulak konon-konon takde perasaan la main VR, tapi main game Zombie menjerit gak akhirnya hahaha! Game sukan lain pun ada.
Kat VR Lab Sunway ni ada beberapa bilik khas untuk kategori-kategori game tertentu, tapi boleh je main apa-apa game dalam bilik-bilik tu. Dan ada bilik khas yang green Screen yang mana video akan direkod masa ko main game tu. Macam contoh kat bawah ni.
Game Muti-Player Jadi Ketagihan
Ini yang paling best. Main game secara Multiplayer dan secara real-time, macam main game Counter-Strike tu. Team Laki lawan Team Pompuan, dah tentu-tentulah team lelaki menang kan? Team Laki terdiri dari Aku, Afzal dan Yazid Izzat, team perempuan pulak Dhia, dan Lala Rahim. Aku ketagih game yang ni sangat-sangat.
Tak Perlu Masa Yang lama
3 jam cukup la untuk main Virtual Game ni. Ini bagusnya Virtual Reality Game ni. Kita tak perlu nak main lama-lama sebab kena guna kudrat.
Badan pun jadi cargas, adrenalin aktif, darah pun bergerak lancar. Dah macam main sukan ekstrem pulak rasanya yang mana memang banyak kebaikan. Kalau main game yang duduk tercongok depan konsol game tu, 3-4 jam tak cukup. Itupun badan tak bergerak aktif. hehehe!
Lokasi dan Cawangan VR Lab Malaysia
Lepas ni memang nak repeat balik ke sini, nak ajak kawan-kawan lain pulak. Kalau ajak ke karaoke dah biasa sangat. Ajak kawan ke tempat camni barulah seronok.
Tak silap aku VR Lab ni ada 7 cawangan kat seluruh Malaysia. Antaranya kat Bandar Sunway ni, SS2 Petaling Jaya, SS15 Subang, Manjalara Kepong, Kota Damansara, Wangsa Maju dn Publika KL.
![]() |
ntah apa2 ntah gaya |
Layanan dan Harga Mampu Main
Sebelum korang nak main game ni, instructor akan tunjukkan cara guna peralatan Virtual Reality Game ni sampai lah korang pandai dan paham. Harga pulak memang murah iaitu;
VIP Single Room | ||
Member | Non – Member | |
Normal Hour (5PM-2AM) Per Hour | 55 | 70 |
(Promotion) | 35 | 50 |
Happy Hour (10AM – 5PM) Per Hour | 50 | 55 |
(Promotion) | 30 | 35 |
* untuk harga pakej lain, boleh hubungi pihak VR Lab di talian 0163963398 (Sunway) atau pergi ke laman web www.vrlab.my
Daripada kita hanyut kat dunia phone, elok kita berpeluh kat dunia Virtual Reality ni. Paham kan maksud aku? Ok camni, zaman sekarang ni sebenarnya ramai je antara kita yang telah masuk ke ‘dunia lain’ bila terlalu fokus pada skrin smartphone. Boleh jadi 4 jam skrol fb, main game, dan buat kerja tanpa sedar.
Sebab apa aku kata masuk dunia lain? Sebab fokus dan attention yang kita berikan pada paparan tu sebenarnya yang menyebabkan fizikal kita seperti tak berada di dunia yang nyata ni. Tapi dengan Virtual Reality ni, it’s okay untuk korang ke dunia lain kejap untuk aktiviti riadah.
BEst jer!Thanks for datang ya Adzril!!! Complete write up!
well….
panjangnya wey entry. hmm sis tercabar
hahahahaah! mohon mencabar…