Artikel cara dapatkan balik nombor telefon lama atau expired ini adalah sambungan dari artikel cara dapatkan nombor yang sudah diterminate. Kali ini artikel bersifat general, selain pengguna Onexox pun boleh rujuk cara ini.
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Isi Kandungan
Nombor Disekat (Barred)
Untuk semua plan Onexox sama ada Prepaid atau Black, sekiranya telah tamat tempoh (untuk prepaid) atau tidak membayar tunggakan sebulan (untuk Black) nombor anda akan disekat (Barred).
Dalam fasa ini, pengguna masih boleh menerima panggilan dan SMS dari luar. Tetapi tidak dapat membuat sebarang panggilan dan sms keluar. Fungsi data internet juga akan dinyahaktifkan (dihentikan) sementara menunggu pengguna untuk aktifkan semua talian.
Bagi pengguna Prepaid dicadangkan untuk tambah nilai minimum (topup) RM5 dan beli tempoh sah setahun dengan harga RM25.
Bagi pengguna Black, satu-satunya cara untuk aktifkan talian sekiranya nombor disekat adalah dengan membayar penuh jumlah tunggakan.
Nombor ditahan (Blocked)
Dalam tempoh 30 hari selepas fasa Barred sekiranya pengguna masih tidak aktifkan talian, nombor akan ditahan (blocked). Dalam fasa ini, pengguna tidak dapat membuat sebarang panggilan keluar dan tidak boleh menerima panggilan dari nombor lain. Data internet juga masih belum boleh digunakan walaupun baki kuota masih ada.
Fasa ini adalah peluang terakhir bagi pengguna untuk aktifkan kembali simkad Onexox anda. Dalam fasa ini tambah nilai dan pembayaran bil masih boleh diterima oleh sistem.
Untuk pengguna prepaid, hanya perlu tambah nilai RM5 dan kemudian beli tempoh sah aktif (validity). Manakala pengguna black hanya perlu melunaskan kesemua tunggakan bil yang tertera di baki akaun.
Nombor ditamatkan (Terminated)
Namun sekiranya pengguna masih tidak membuat sebarang tindakan selepas 30 hari nombor ditahan (blocked) maka nombor akan masuk ke fasa penamatan (terminated). Pada fasa ini Onexox menganggap pengguna sudah tidak berminat untuk menggunakan talian telefon terbabit.
Pengguna tidak boleh membuat panggilan, menerima panggilan, menggunakan data dan tidak boleh membuat tambah nilai ataupun bayar bil. Sekiranya pengguna membuat tambah nilai atau bayar bil, bayaran akan ditendang semula.
Namun fasa termination ini, pengguna masih berpeluang untuk mendapatkan kembali nombor yang telah expired ini. Iaitu dengan membuat permohonan melalui email. Contoh email telah saya sediakan dalam artikel Dapatkan semua nombor yang telah diterminate.
Sekiranya anda bernasib baik, nombor itu masih boleh diselamatkan dengan membuat bayaran penalti sebanyak RM50 dan bayaran bil yang tertunggak bagi pengguna Black.
30 Hari Selepas Nombor ditamatkan (terminated)
Selepas 30 hari fasa terminated, nombor pengguna akan dihantar ke SKMM untuk proses recycle dan dikembalikan ke telco-telco terbabit di seluruh Malaysia. Sebarang permohonan melalui email untuk mendapatkan semula nombor yang telah diterminate adalah sangat mustahil.
Nombor Penting dah tak boleh guna, Masih ada harapan?
Bila sampai fasa terminated ini, kebanyakan pengguna Onexox dan lain-lain telco memang kecewa. Mereka sanggup bayar (jumlah tertentu) untuk dapat balik nombor telefon mereka itu. Bagi saya, ada 2 cara untuk selesaikan permasalahan ini.
- Tunggu sehingga nombor itu diguna semula oleh orang lain setelah melalui fasa recycle oleh SKMM. Mungkin ambil masa 1 tahun atau 2 tahun. Hubungi nombor tu, dan cakap nak beli dari pemilik baru nombor berkenaan.
- Move on dan beli nombor Onexox yang baru. Kemudian Whatsapp semua kenalan yang simpan nombor anda satu persatu untuk maklumkan anda telah bertukar nombor. Uruskan juga pertukaran nombor untuk urusan-urusan bank dan lain-lain institut yang menggunakan nombor telah expired itu.
Kalau nak meratap lama-lama pun memang dah tak guna. Pada saya cara kedua adalah cara yang paling baik dan efektif. Lagi pulak simkad Onexox ni ada tempoh sah yang boleh dibeli untuk dapatkan tempoh sah (validity) yang panjang untuk Prepaid. Ditambah pulak dengan plan UNL35 (50GB data dan 50 minit panggilan) dengan harga RM35, ianya sangat-sangat berbaloi.
Untuk dapatkan sim Onexox Prepaid atau Black, boleh terus beli online atau hubungi saya di O1113346188. Anda pasti berpuashati bila guna Onexox ni.
Hello.saya nak dapat kan simkad yang sama dengan nombor yang telah hilang
boleh beli sim gantian kat shopee https://shp.ee/h9562cx
Blh tlg dapatkan semula no yv telah di recycle
boleh whatsapp saya 01113346188
Untuk dptkan semula no fon yg hilang
Boleh tolong dapatkan semula no yang telah diricycle. Tapi no tu dari masix
Boleh tolong dapatkan semula no yang telah diricycle.
Boleh tlg dapatkan no yg telah lama tak digunakan tak atau telah di recycle
tak boleh.
No saya redone kena terminate.. macam mana nk dapatkan balik
Nombor umobile saya telah terminated awal mei. boleh ke dapatkan balik nombor tu guna cara emel atau cara tu utk onexox je?
untuk umobile perlu rujuk ke umobile cik.
Kalau Cs tak respon langsung tu maksudnya tak boleh ke macamana ya? Email bulan Mac, email bulan April, krik2 je.Ni dah jun… Nak tahulah jugak respon . Susah pulak rasa sistem onexox ni.kalau jenis susah paham macam saya ni, better cari Telco besar yang biasa ja 😅😂
call 12273 je terus. atau 1300 888 010