Salah sorang user yang baru ambik plan Onexox Black B59 bertanya kat saya. “Kalau saya tak bayar bil Onexox Black, apa jadi?”
Bagus soalan dia ni.
Saya yakin ramai yang dapat simkad free dari dealer Onexox dan sekarang cuba untuk tamatkan talian Onexox.
Kontrak Telco Onexox (Black)
Sebab Onexox dikatakan takde kontrak kan?
Sebenarnya setiap telco diwajibkan mencapai tempoh 30 hari sebelum boleh tukar ke telco lain. Syarat minimum ini telah ditetapkan oleh SKMM.
Ok berbalik kepada soalan tadi, apa jadi kat nombor Onexox Black (B10, B39, B59[B39plus20], B89, B89DB, dan B149) sekiranya user tak bayar bil?
Sebelum tu, saya nak tekankan kat sini, maksud atau terma bayar bil ni bukan menunjukkan yang Onexox Black ni Postpaid ye, Onexox Black BUKAN POSTPAID.
Maksud bayar bil adalah topup mengikut plan yang dilanggan.
Baik.
Tak Bayar Bil Onexox Black, Apa Jadi
Kalau user tak topup pada bulan pertama, user masih boleh menggunakan talian Onexox. Boleh guna untuk buat panggilan, guna data dan SMS.
Ada beberapa channel yang boleh digunakan untuk topup Onexox.
Malah user akan dapat data, minit panggilan dan SMS macam biasa pada bulan berkenaan.
Contoh kitaran untuk user ‘bayar bil’ plan Onexox Black B59 adalah pada 25 Ogos, dan user tak topup pun akaunnya dengan nilai RM59 pada tarikh berkenaan.
Kalau anda langsung tak nak bayar bil yang tertunggak, nama anda akan diblacklisted dan tak boleh nak register talian telco lain.
Tapi kalau bayar, anda masih ada peluang.
Peluang Pertama
Apa yang berlaku, data sebanyak 12gb, 100 minit panggilan dan 100 SMS tetap akan dikreditkan ke dalam akaun, tapi pada penyata bil (menu *132#) akan tertera RM59 di bahagian current usage.
Tu maksudnya penggunaan user untuk bulan tu, dia dah berhutang RM59.
Peluang Kedua
User diberi tempoh sehingga 25 hb Sept sebelum taliannya disekat (barred).
Contohnya user topup ngam ngam RM59 pada 24 Sept, user boleh terus gunakan talian Onexox, tapi dia masih berhutang sebanyak RM59 untuk bulan Sept sebab pembayaran RM59 tadi adalah untuk bil bulan Ogos, yang bulan September belum bayar.
Jadi nampak kan konsepnya?
Sekiranya user tak bayar RM59 pada 25 Sept, talian akan terus disekat dan user perlu melangsaikan kesemua baki hutang tertunggak.
Pada tahap ini, user tak boleh guna talian Onexox ni dah. Call out tak boleh, call in pun tak boleh.
Data dan SMS pun tak boleh guna.
User kena topup kredit phone untuk 2 bulan sekaligus, RM59 (Ogos) + RM59 (September) = RM118.
Peluang akhir sebelum talian ditamatkan.
Sekiranya user tak bayar jugak pada 25 Oktober, yang mana dah cecah 3 bulan, maka barulah nombor akan dihentikan (terminate).
Lepas tangan?
No no no,

Pilih plan Black yang Sesuai
Hutang tetap hutang, setiap sim didaftarkan atas penama yang sah. Maka penama tu perlu bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang yang telah dibuat.
Untung tau masuk bulan ketiga dah kena terminate.
Ada telco lain tu, dibiar je sampai setahun. Tup tup datang bil beribu ribu lemon.
Tapi tu bukan telco kat Malaysia la, tu telco negara lain, saya dah lupa hehe.
Itulah kelebihan Onexox ni.
Mencegah lebih elok dari mengubati.
Komitmen
Kalau rasa tak boleh beri komitment pada plan B59, apa kata downgrade ke B39.
Tapi jangan cakap B39 dapat data sikit je (6gb data, 50 minit panggilan, 50 sms).
Kenalah berpada-ada nak guna data.
Jadi itulah yang terjadi kalau anda tak bayar bil Onexox Black.
Apa macam? ada soalan boleh tulis kat ruangan komen. Dengan penuh kasih sayang saya akan reply ye.
By the way, kalau anda user yang baru nak gunakan Onexox atau nak upgrade dari Onexox Prepaid ke Onexox Black, boleh Whatsapp saya O1O6OO9966. Kita pilih plan mana yang sesuai untuk anda.
Onexox Tak adil! Sekat nombor saya, padahal masih ada tempoh sah! – User tak Faham.
wajib baca 🙂
Terima kasih tuan atas penerangan. Saya juga pengguna ONEXOX dan masih berpuas hati dengan service yang disediakan. Internet pun laju je dan tak banyak karenah.
alhamdulillah. Terbaik tuan.
Saya nak tanye, kalau no onexox dah terminated. Boleh buat balik x no onexox tu??
Hubungi saya untuk solusi lanjut.
hai sir, saya dapat one xox simcard free. So sya tak guna pun. Tiba2 dpt sms kata hutang tertunggak RM 20+. rugila saya mcm ni. apa patit saya buat untung buang telco ni terus?
ni mesti dealer bagi FREE tapi kena register guna ic kan?
hubungi saya O1O6OO9966 untuk keterangan lanjut.
Salam, macam mana nak langsaikan hutang di curr ussage? Kena tunggu kitaran dia ke, atau ada kaedah lain?
betul. kena tunggu kitaran baru dia akan masuk ke amt due.
Salam, macam mana cara untuk terminate ye tuan?
Call 12273 dan inform mereka.
kalau tak bayar jgk hutang akan bertambah ke
3 bulan sahaja boleh bertahan.
sooo kalau kite ambik planB10 maka hutang adelah RM40 ringgit sahaje ………….ataupun kita first ambik bulan 6 june make dia akan habis bulan berape?
#tq sooomuch
Bulan september. Tapi cara terbaik untuk terminate adakah dgn bayar kesemua jumlah hutang dan call 12273 untuk terminate.
Salam sir macam mana nak matikan nombor ni ya ? Saya dpt sim card ni free yg B10 tu dan saya taknk dh guna simcard ni. So macam mana ya nak matikan nombor ni tanpa perlu tunggu hingga 3 bulan ?
dapat balik ke data selepas bayar hutang
Ye dapat.
Salam , i dapat sim free from dealer on october . N now dec , amt due : rm10.60 . Tu maksud nye saya hanya brhutang rm10.60 shje or kena tmbh lagi rm10 eh ?
Bayar rm10.60 sahaja. Beli topup rm10 dan rm5. Balance nanti utk pemotongan bulan depan.
boss saya pun dapat masalah yang sama, dapat sim free tapi takpernah guna pun sbb sim tu rosak tapi tup2 dpat mesej ada hutang rm20++ rugilah kalo nak bayar benda tu sbb takpernah guna pon kan. kalau nak hidupkan balik kena tambah lagi rm10 so agak takberbaloi. n ada dealer ckap kalau takbayar nnti sim prepaid pun kena block betul ke?
Saya pun dapat sim free tak guna apa2 tiba2 masuk bil rm10.60. Takkan saya kene bayar atas apa yang saya tak guna .
Suruh dealer yg bagi sim ni kat awak yg bayar. Dia tamak sebab tak terangkan keperluan b10 kat awak.
Kalau tak bayar bil lebih 3bln & bila nak check balance pun tak dapat jadi tu makannya no.sim xox black tu dah x boleh digunakan kerr?
Ye. Boleh huhungi saya utk penjelasan bil.
saya dapat 2 simkad free pd 28.08.2018. simkad tu sampai skrg sy belum aktifkan. tp sy dpt bil rm31.80 daripada salah satu no yang didaftarkan itu melalui emel saya . bila saya call customer servis rupanya terdapat 3 nombor didaftarkan atas nama saya pada hari yang sama. setiap nombor berjumlah rm42.40. saya kena jelaskan semua amaun tersebut sekiranya sy mahu terminate.
soalan:
1. adakah saya kena bayar semua bil tersebut sedangkan sy belum aktifkan?
2. kenapa akaun saya tidak ditamatkan selepas 3 bulan?
3. apa yang perlu saya lakukan?
Sebanrnya tu bukan dapat. Tapi tuan ambil sebab dikatakan free.
1. Yes. Perlu bayar. Dealer yg BAGI free tu patut terangkan. Mcm x jujur dealer tu atau tuan tak tanya betul2.
2. Bil hanya akan stop kt bulan ketiga. Bulan ke 4 barred dah tu.
3. Call 12273 guna sim xox tu utk urusan pembayaran. Atau contact balik orang yg bagi FREE sim tu kat tuan.
Saya nk terminate number xox tu.. tapi simkad dah hilang.. macam mana nk buat ya?
Cari balik siapa yg registerkan sim tu atau siapa yg bg sim tu.. mintak dia callkan xox. Atau pergi mana2 kaunter xforce onexox.
camne nak terminate onexox ni kalu kita x mau guna atau mmg kna tunggu 3 bulan jugak baru dia terminate sendiri
salam tuan . masalah saya pun sama. simcard entah hilang kemana tiba2 daapat email kata ada tunggakkan almost RM48.88 . masa bagi free cakap nk guna just perlu topup je , takde pulak cakap ada monthly commitmnt apa semua . please advice . kesian la saya tiba2 kena bayar Rm50 untuk benda yang saya tak guna .
Ye tuan. Kena bayar tu. Dealer tu menipu. Saya pantang dealer yg menipu demi kepentingan diri sendiri atau dia mmg x cukup ilmu onexox. In the end yg dapat nama buruk Onexox jugak. Please dont.
Ada 2 option,
1. Contact balik dealer tu mintak dia yg bayar (sebab dia dah menipu)
2. Tuan bayar sendiri di https://xox.com.my/onlinestore/fast.php dan call 12273 cakap nak end account.
Boleh tak?klau kita Pakai b39 pstu setiap bulan bubuh topup rm20 ..dia Kira mcm mna to..
Boleh. Tp bila ada amount tertunggak, dia akan jadi barred. Xleh call out or call in. Data pun xleh guna.
Terima kasih Ats penjelasan…. Baru sya faham.
Macam mana nak terminate number onexox and tukar balik kpd celcom, sbb daa bnyk kli pg celcom centre utk request penukaran dari onexox ke celcom tpi x bleh tukar…
Mcm mana sy nak bayar bil tertunggak ni ? Ada no acc onexox ke atau kene pegi centre ?
bayar melalui laman xox fast https://xox.com.my/onlinestore/fast.php
atau melalui saya, Whatsapp O1O6OO9966
Nape bila tmbh topup tarikh dya xbergnjak pon.
Meh whatsapp saya O1O6OO9966
Okay. Jpgi saya chat.
salam..nak tanya saya dah bayar bill yang tertunggak tapi no saya still kena bar..nak call out mmg tak boleh la kan sbb dah kena barred tapi pergi kedai xox dia ckp kalau cal yg 12273 tu boleh je tapi saya call memang tak boleh soi mcm mana eh?
Rasanya cara topup awak tak betul. Whatsapp saya 0106009966
Saya pindah dari OneXOX Black 39 ke Celcom, Customer servis minta saya topup RM42 untuk pembayaran B39 walaupun semasa ini Current Usage : RM2.00 dan Amount Due : -RM5.00. Jadi kena la topup RM40 baru bolen MNP keluar. (port out)..
Thanks kena dail *150*1# baru boleh nampak jumlah tertunggak sebenar.
Kadang2 user keliru sebab jumlah tunggakan tu berubah selepas tarikh cycle.
Yer baru faham.. Terima kasih
Sama2
Assalamualaikum tuan, kalo dah taknak pakai one xox nie.. camna nak deactive no. Nie yeaa?? Sebab dah pkai sim line lain ..
boleh baca artikel ni https://adzril.com/cara-terminate-sim-onexox/
macm mna nak aktifkan balik no tuh?
kalau dah sampai tahah terminated, baca artikel ni https://adzril.com/dapatkan-semula-nombor-terminated/
kalau setakat barred, topup je.
Bodong xox , buatkan orang terperangkap Dalam hutang. Aku Salah sorang mangsanya. Memang dapat SIM free pastu tak tahu pulak bende ni postpaid.
Fish you.
Betul ke onexox yg bodoh?
Saya rasa diri sendiri yg bodoh sbb bodoh2 terima sim tu. Bodoh sebab percaya dealer tamak tu bagi sim.
No offence.
Assalamualaikum..nk tanya..klu acc dh terminated tiga bulan..then kita bayar..acc active balik ke..??
3 bulan tu lama sgt dah. Mungkin sim dah kena recycle.
Line xox sy plan B39 kene sekat gara2 terlewat bayar bil sehari..sy kene byr bil tarikh11 bulan okt..tp sy terlupe sy byr 12 hb..so line sy kene block..mcm mn nk aktifkn balik…sy kene pergi sentre ke?
Tak perlu. Topup je mcm biasa. Nanti dia terus aktif.
Saya ada bayar bill pada bulan sept guna vouchermethod rm50 2kali pada hari yg sama, tapi bila dpt bill statement okt dia tulis payment received hanya sekali. So baki lagi rm50 ada dkt overdue charges okt. Mcm mana nak buat ye?
yang second tu betul2 masuk ke masa key in? simpan lagi voucher tu?
Yup betul2 masuk. Cuma yg jadi confuse sbb dkt bill statement je yg ada tulis overdue charges tu. Klau dkt apps dgn dail *150*1# takde pulak charges tu. So boleh ignore jelah kan?
[…] akaun Onexox Black saya ni boleh terima panggilan masuk dan boleh buat panggilan keluar. Kalau tak bayar bil camna? […]
[…] bayar bil Onexox Black pun senang. Jangan sampai tak bayar nanti kena barred la […]
[…] Baca fasa nombor Onexox di terminate kat artikel saya bertajuk Tak Bayar Bil Onexox, Nombor kena Block. […]
Salam. Boleh bagi details x tentang cas penggunaan kuota xox black?
Contoh dkt apps Fb, wasap, ig, telegram dll.
Sbb bila check data x sampai setengah jam padu kena telan padahal baru lyn fb.
Ke mmg Xox ni line dy kuat telan kuota?
kalau tengok kat kaunter data phone kita boleh tau berapa byk data digunakan. KUAT TELAN DATA adalah perangai APPS. Bukan masalah pada line xox. Data terlalu lancar tanpa sebarang catuan(capped) onexox tu yang mungkin menyebabkan terasa data cepat habis.
Okay.. tapi sebelum ni sy try gak saving kuota, termasuk hotspot, ig n youtube mmg jarang2 sgt pakai. Tp xpenah pun dpt carry forward data. Mgkin sy sorg je yg ade prob mcm ni, tp sbg user sy xpuas hati.. mintak tuan boleh bg penjelasan
Whatsapp saya 0106009966… senang sikit nak tunjuk skrinsyot semua
Kalau tk bayar ade kemungkinan saman ke..
Tak. Tapi nama akan blacklisted
Saya nak bertanya, contoh kalau kita dah lama tak guna sim xox ni dan dah tak aktif lg no di sim xox ni, agak² bill masih lg tertunggak ke macam mana?
Maksimum tunggakan untuk onexox black adalah 3 bulan shj. lepas tu kena terminate. dan wajib bayar hutang tertunggak 3 bulan termasuk sst 6% tu.
No sy dh kene terminate mungkin..call out call in data semua tk boleh guna…mcm mne sy nk aktifkan balik no ye?…dh 3 bulan tk bayar
masih boleh diselamatkan tu. baca artikel saya aktifkan balik nombor terminated.
Askm sy nak batalkan simkad sy bagaimanayer.sy Sudah email tp x der tindakan susulan reply Dari centre. Apa yg perlu sy buat
call 1300888010 untuk tindakan lanjut.
Klau saya nak tukar dari bayar bil secara online kepada topup biasa dan boleh beli data n buat seasons pass mcm mna yer??
Boleh je topup macam biasa guna XOXFast, atau beli topup kat kedai. Lepas topup baru boleh beli data. Setiap data yang dibeli memang akan masuk ke akaun Seasonpass. kecuali akaun black.
now I’m using xoxblack plan b10,&how to cancel the plan and remain xox as an active prepaid account?
call careline 12273 and ask them to convert back your account to prepaid. dont forget to topup rm50 for 28 months validity.
Mcm mana nk tukar dari black kepada season pass semula ya? Kena terus beli season pass dan automatik bertukar ke?
Dan mcm mana nak downgrade black 59 kpd 39?
Trm ksh
1. Perlu hubungi careline 12273 untuk urusan pertukaran dari Black ke Prepaid.
2. Kalau nak tukar plan dari black ke black yang lain, boleh Whatsapp saya 0106009966
Saya nak tanya.. Akaun b59 saya dah barred, boleh ke saya nak bayar separuh dulu yg tertunggak? Atau mmg kena bayar full terus?
kena bayar full terus. barulah akaun aktif.
Klu no barred and tidak bayar. Blacklist tak?
iya. akan disenaraihitamkan. hutang wajib bayar tuan.
Macamne nk terminate no xox ye..saya pengguna b59..nk terminate sbb ada masalah kewangan
hubungi careline onexox 12273 dan maklumkan tentang pemotongan.
Assalammualaikum tuan.. saya nak tanya… saya memang ada tunggakan xox… dah lama dah lebih 3bulan… sim tu pun Da x boleh pakai lagi… adakah xox boleh potong melalui akaun bank saya terus kalau saya x bayar langsung….? mohon penjelasan tuan….
Wasalam. Tak boleh. Kena call careline onexox utk selesaikan tunggakan tu sebab sim dah tak boleh guna.
Assalamualaikum tuan t.kasih kerana adakah tangan ini permasalahan saya,saya guna xox black,bulan pertama saya guna untuk percubaan,malangnya speed di area saya agak slow dan saya tidak menggunakan lagi selepas itu.saya sudah dapat 2 bulan bil yg tertunggak,seawalnya saya memang tidak tahu yang pihak xox akan auto charges,salesman pon tidak menerangkan secara details berkenaan ini.bagaimana cara untuk batalkan account xox saya?Dan hapuskan saya membayar charges untuk bulan seterusnya?t.kasih tuan
max caj adalah 3 bulan untuk black. Sepatutnya kalau dah tak nak guna perlu maklumkan kepada careline untuk stop. Sebab ini adalah black, bukan prepaid.
Apa2 pun boleh hubungi careline Onexox, atau email kepada [email protected] untuk bantuan pembayaran bil tertunggak.
Ni saya nak tanya,,,kalau tak bayar,,kena heret ke makamah ke?? Ke saman ke??
Blacklisted untuk daftar telco lain.
Nak tanya, kalau kita dah tak byr postpaid lebih 3 bulan, and then no kita dah terminate dah, adakah hutang tu msih tertunggak? Adakah benda tu akan effect kita masa nak buat loan (contoh loan hp ip 13), menyebabkan kita tak dapat buat loan sbb ad hutang postpaid onexox tertunggak?
Assalamalaikum tuan… Bulan pertama no ke barred sbb x bayar.
Bulan kedua masih masuk bil.. barred
Bulan ketiga masih kene bill masuk tp blocked
Memang kene bayar total amaunt 3bulan tersebut atau ada cycle payment.. sbb 2bulan internet barred. Mohon pencerahan…
once kena barred atau blocked, kena terus bayar jumlah tunggakan untuk aktifkan semula nombor.