Onexox Black B89DB 100GB Hi-Speed. Berbaloi ke?

Akhirnya Onexox muncul dengan plan Onexox Black B89DB dengan data yang agak besar. Data Onexox 100GB Hi Speed B89DB. Maksimum sehingga ‘kenyang’.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Apa bestnya plan ni? Untuk keterangan lengkap berkaitan Plan Black B89DB boleh rujuk artikel terbaru saya.

Pakai 20gb kena bayar RM89, pakai 40gb pun kena bayar RM89, pakai 80gb pun bayar RM89 maksimum sehingga…. (ayat ini telah disorokkan, whatsapp saya O1O6OO9966 untuk keterangan lanjut).

Plan Onexox Black B89DB

Plan ini dipanggil plan Onexox Black B89DB.

DB tu bermaksud Data Buffet.

Kelebihan Plan Onexox Black B89DB

Apa yang bestnya plan B89DB ni?

Macam yang semua pengguna Onexox tahu, plan Black dalam Onexox adalah plan yang ada komitmen (bayaran) bulanan.

Jadi B89DB ni sama je dengan Plan Onexox Black yang lain yang ada komitmen bulanan dan Data, Minit panggilan, SMS yang diberikan setiap bulan.

Pakej data, minit dan sms B89DB

Apa yang pengguna dapat sekiranya langgan plan Onexox Black B89DB ni?

PlanB89DB
Data20GB ~ Data Bufffet (Total 100GB)
Minit panggilanUnlimited ke semua rangkaian
SMS200 (kesemua rangkaian)

Eh kejap. Macam pernah nampak kan ada plan B89 dalam keluarga Plan Onexox black?

Pernah dengar B89?

Bayaran bulanan sama iaitu RM94.34 (RM89 + 6% SST).

Tapi B89 hanya dapat 20gb data, 200 minit panggilan Unlimited Call dan, 200 sms.

Jauh beza tu bang dengan plan B89DB… Jauh beza kat mana? Tengok jadual bawah ni;

PlanB89DBB89
MinitUnlimitedUnlimited
SMS200 200
Data20GB data buffet (Total 100GB)20GB

Perbezaan Data B89 vs B89DB

Perbezaan ketara pada data. Iaitu B89 cuma dapat data 20GB bulanan manakala B89DB dapat 20GB data sehingga maksimum 100GB data buffet. Beza banyak tu. Data hi-speed dan takde pecahan hari minggu atau hari biasa ye.😉

Perbezaan Minit Panggilan B89 vs B89DB

Dari segi minit panggilan pulak, B89 dan B89DB sama je. Unlimited call ke semua rangkaian. Tidak termasuk talian 1800 XX XXX atau 1300 XX XXX

Sms B89 dan B89DB

Sms pulak, B89 dan B89DB dapat kuantiti yang sama. Iaitu 200 sms. Nampak B89DB lebih berbaloi kan?Nanti dulu. Teruskan bacaan.

Mana lagi Berbaloi?

Biar saya jujur kat sini. B89DB tak berbaloi untuk semua orang. Mungkin sesuai untuk saya, tapi tak sesuai untuk orang lain.

Tapi yang pasti sesuai untuk kebanyakan orang pada zaman Internet sekarang ni.

Sabar dulu.

Bagi pengguna yang memang kadar purata penggunaan data sekitar 100GB sebulan, dan panggilan yang melebihi 100 minit sebulan, maka berbaloilah langgan plan B89DB ni. No doubt. Takde telco lain yang lebih berbaloi dari plan ini.

Tapi kalau penggunaan data anda tak menentu setiap bulan, kadang-kadang 10gb, kadang-kadang 20gb, maka eloklah langgan je plan Black yang lain (cadangan B39 atau B59) instead of B89DB tu.

Atau mungkin anda lebih sesuai guna Onexox Prepaid sahaja.

Tak Boleh Share Data TAPI…

Dan perbezaan plan B89DB dengan plan Black yang lain adalah…. Semua data, minit panggilan, dan sms TIDAK BOLEH DITRANSFER ke pengguna Onexox yang lain.

Tapi jangan risau, pengguna B89DB boleh hotspot data sampai lebam (100% boleh hotspot) dengan device pengguna lain. Tiada had, sampai habis kuota 100GB. Kira boleh buat modem la phone korang tu hehe 😅

Jadi.. Sekarang anda tahu plan mana yang lebih sesuai untuk anda?

B89 (atau plan black yang lain) atau B89DB?

Dengan bayaran bulanan yang sama iaitu RM94.34, anda berhak memilih plan mana yang sesuai untuk anda.

Saya sebagai dealer bertanggungjawab untuk jelaskan kesesuain plan mengikut penggunaan masing-masing. Selebihnya terserah kepada anda untuk buat keputusan mana yang terbaik. Duit anda, hak anda.

Kalau rasa Onexox B89DB dengan 100GB ni banyak sangat, ada satu lagi plan yang boleh anda pilih. Ye, ini plan baru yang muncul selepas B89DB. Plan Onexox B59DB. Lebih murah dan sesuai untuk mereka yang guna data tak sampai 100GB sebulan. Boleh baca penjelasan saya berkenaan plan Onexox B59DB sekarang.

Dan untuk pendaftaran B89DB, bayaran pemulaan adalah RM149 dan boleh Whatsapp saya untuk pendaftaran di O1O6OO9966.

Perkenalkan nama dan plan Onexox mana yang anda nak daftar. Tak kiralah Onexox Prepaid, atau Onexox Black, saya sedia membantu.