Kena Barred walaupun Tempoh Sah masih aktif

Onexox prepaid paling terkenal dengan tempoh sah aktif yang panjang tak masuk akal. Dalam kebanyakkan user leka dengan validity yang diberi ini, ada user yang cakap Onexox tak adil. Ceritanya berlaku bila simkad Onexox dia kena barred walaupun tempoh sah masih aktif dan belum tamat.

Kenapa?

tempoh sah masih aktif tapi sim dah kena barred, apa citer onexox?

Simkad Kena Barred tempoh sah masih aktif

Baru-baru ni ada seorang pengguna Onexox Prepaid yang komplen pasal ketidak adilan onexox.

Nak tau apa yang dia cakap tak adil?

Dia tunjuk screenshot status Onexox Prepaid yang sudah kena barred tapi tempoh sah masih ada 30 hari.

Dengan itu dia melabel Onexox Tidak Adil kepadanya sebab tak boleh buat panggilan sedangkan tempoh sah masih ada sebulan, kredit masih ada RM13 tapi dah kena barred

Ini tak adil!. (terus judge).

Apa yang user ni tak faham adalah, tempoh aktif sebenar nombor itu telah tamat. Tetapi sistem Onexox akan extend lagi 30 hari dari tarikh tamat tempoh tu bagi peluang kat user untuk topup supaya nombor tu aktif balik.

Bagaimana perkara ini berlaku?

Baik, semua sim Onexox Prepaid, sama ada dia beli nombor baru (starter pack) atau MNP dari telco lama akan dapat tempoh sah 2 tahun 4 bulan sekiranya mematuhi syarat yang ditetapkan.

Sekiranya user tidak membuat sebarang tambah nilai langsung dalam masa 2 tahun 4 bulan tu, nombor akan disekat (barred) dan tambah nilai perlu dilakukan.

Iklan

Kita ambil contoh.

Daftar sim Onexox Prepaid pada 3 Januari 2019, maka tempoh sah simkad berikut adalah sehingga 2 Mac 2021.

Pada waktu ini, akaun atau nombor Onexox Prepaid ni akan tertera camni;

MSISDN : 60123456789
DA: RM10.15
MA: RM5.00
Active Until : 02/03/2021
Status : Active

Lebih kurang camnilah paparan baki akan Onexox Prepaid menu ussd *132#

Andai kata user tu memang tak topup langsung sehinggalah 2 Mac 2021, apa akan berlaku? Dah tamat tempoh kan?

Sistem Onexox akan sekat (barred) nombor tu, dan extend tempoh sah lagi 30 hari untuk bagi user tu peluang topup sebarang jumlah supaya nombor tu kembali aktif.

dan paparan akan berubah jadi camni;

MSISDN : 60123456789
DA: RM10.15
MA: RM5.00
Active Until : 02/04/2021
Status : Barred

Status aktif berubah, dan tempoh active until tu akan di panjangkan lagi sebulan.

Salah Faham Berlaku disini.

Disebabkan active until tu nampak masih belum tiba, tapi nombor dah kena barred, jadi user tu mengamuk konon-konon dia telah dianiaya.

Kononnya sistem ni tak adil sebab ‘buta’ menyekat nombornya.

Kita ni, kalau tak tahu tanya dulu. Bukan terus meroyan tak tentu pasal. Nanti malu tau.

Kalau tanya elok-elok kan boleh.

Bukannya terus cakap sistem tak adil konon-konon kita ni je yang betul.

Solusi

Solusinya sangat mudah, dan takde telco lain yang buat camni.

Sebab apa?

Data, minit panggilan, sms yang ada dalam Season Pass, akan tetap boleh digunakan selepas nombor tu aktif balik.

Kredit yang berbaki tu pun boleh dapat balik tau tak? Ada telco lain selain onexox boleh bagi camtu?

Takde kan?

Camna nak aktifkan balik sim yang dah kena Barred ni?

Hanya buat tambah nilai RM10 (nilai yang dicadangkan) dan nombor tu akan dapat ‘nyawa’ lagi 10 hari.

10 hari je? Mana cukup?! Saya nak 2 tahun 4 bulan (kata si user tu kononnya)

Tak dapat.

2 tahun 4 bulan punya tempoh sah tu dapat sekali sahaja untuk 1 nombor tu.

Sekarang ni, nombor dah aktif, jumlah kredit pun dah bertambah, apa kata beli validity 6 bulan atau 12 bulan. Saya dah pernah terangkan dalam artikel cara panjangkan tempoh sah aktif onexox prepaid.

Tapi saya boleh terangkan lagi sekali.

  • Kalau nak beli tempoh sah 6 bulan, sms Valid 6 ke 22111 (RM18 kredit akan ditolak)
  • Kalau nak beli tempoh sah 12 bulan, sms Valid 12 ke 22111 (RM25 kredit akan ditolak.

OK lepas ni, kalau tak tahu, boleh tanya saya O1O6OO9966 (Whatsapp). Tak tahu bertanya, bukan meroyan.

Kalau meroyan boleh selesaikan masalah, silakan meroyan haha!

Iklan

Leave a Reply