Tukar Onexox Prepaid ke Onexox Black

Apa je kelebihan Onexox Black berbanding prepaid? Dan kenapa korang perlu tukar Onexox Prepaid ke Onexox Black?

Dan kenapa korang perlu bertukar dari Digi, Celcom, Maxis, Tunetalk, Tone Excel, Tone Plus ke Onexox (Black/Prepaid)

Beza Onexox Prepaid dan Onexox Black

Kedua-dua onexox prepaid dan Black gunakan topup.

Jadi apa bezanya?

Dah tentu terletak pada plannya.

Onexox Prepaid terkenal data Season Pass yang boleh disimpan dan digunakan sikit demi sedikit.

Maksud sedikit demi sedikit tu adalah aktifkan data yang nak digunakan. Data mana yang nak digunakan? Data dari Season Pass tu tadilah.

Kat sini pada siapa yang pandai bajet penggunaan data, suka la.

Kelemahannya, data yang diaktifkan kalau tak habis digunakan dalam tempoh 30 hari, akan burn.

Contohnya user ada 10GB kat season pass, dia aktifkan 1GB untuk 30 hari untuk digunakan. Dalam masa 30 hari, user cuma gunakan 700MB je, maka 300MB akan burn.

Ingat yang burn hanya data yang diaktifkan tau, yang dalam season pass tu masih maintain sebab ia belum diaktifkan.

Kelebihan onexox prepaid?

Tak perlu topup sekiranya tak nak topup atau tak diperlukan.

Sebab onexox prepaid ada tempoh aktif minimum yang sangat panjang iaitu 2 tahun 4 bulan.

Dah kalau data season pass masih ada 20gb, minit panggilan ada 100 minit, nak buat apa topup kan? Habiskan dulu la mana yang ada.

Nanti dah habis data atau nak beli season pass, barulah topup.

Ingat! Semakin korang topup onexox prepaid ni, semakin jauh validitynya.

Onexox Black

Beza dengan Onexox Black ni, takde istilah aktifkan data.

Sebab apa?

Sebab datanya sentiasa aktif.

Ok saya ambik contoh plan Onexox Black B59.

Setiap bulan saya akan dapat 12GB data dan 100 minit panggilan.

Saya tak perlu aktifkan berapa data yang saya nak gunakan. SayaSaya h perlu guna data yang ada, yang diberi tu secara terus.

Andai kata dalam bulan tu saya cuma guna 6GB je, bulan depan untuk cycle baru saya akan terima lagi 12GB data hi-speed dan 100 minit panggilan.

Jadi totalnya berapa?

Baki data bulan lepas – 6GB

Peruntukan data untuk Bulan baru – 12GB

Total jadi 18GB data. Camtulah seterusnya. Setiap bulan data yang tak habis digunakan akan di bawak bulan depan dan ditambah dengan data baru.

Omputih kata carry foward data. Burn Proof data.

Kelebihan Onexox Black?

Tak perlu fikir nak aktifkan data. Hanya perlu guna peruntukan bulanan yang diberi. Tak habisĀ  akan carry forward.

Kekurangan Onexox Black

Kena topup setiap bulan mengikut plan yang dilanggan. Kalau B10, maka RM10 setiap bulan.

Baca berkaitan plan Onexox Black lengkap sekarang.

Perbezaan Onexox Prepaid dan Onexox Black

Nampak beza dia?

Onexox Prepaid – perlu aktifkan data season pass.

Onexox Black – hanya perlu guna tanpa fikir berapa perlu diaktifkan.

Kalau onexox black habis data camna?

Cepat-cepat la beli Season Pass atau Happy Hour season pass untuk tambah data sebelum datang next cycle.

Saya ada terangkan isu camni kat artikel tambah data onexox Black. Boleh la jenguk sana.

Mana yang terbaik?

Benda ni subjektif.

Pada saya kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.

Tengok pada penggunaan;

  • Berapa banyak data digunakan secara purata
  • Berapa minit panggilan dalam masa sebulan
  • Berapa total kos topup atau bayar bil sebulan

Daripada jawapan kepada soalan-soalan ni, saya tahu plan mana yang sesuai untuk korang.

Tukar Onexox Prepaid ke Onexox Black.

Nak convert Onexox Prepaid ke Black pun boleh hubungi saya 01O6OO9966.

Sebab cara nak convert onexox prepaid ke Black dan sebaliknya Black ke Prepaid boleh diuruskan oleh dealer.

Whatsapp saya.

Saya beri layanan terbaik. InsyaAllah.