Cara Baca dan Semak Bil Baki Akaun Onexox Black

Betul-betul bagi penangan hebat la Onexox Black ni. Semakin ramai bertukar ke Onexox Black. Tapi ramai pulak masih keliru cara baca dan semak bil baki akaun Onexox Black ni.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Saya tak nak detailkan itemised bil yang dihantar ke email atau yang dipos tu. Detail sangat pulak nanti.

baca bil onexox black
Menu akaun Onexox Black

Cara Baca dan Semak Bil Baki Akaun Onexox Black

Saya baca line by line la ye;

  1. 6O1O6OO9966 – Dah tentulah nombor telefon
  2. Status : active – Maksudnya akaun Onexox Black saya ni boleh terima panggilan masuk dan boleh buat panggilan keluar. Kalau tak bayar bil camna? Hehe
  3. Plan : B59 – Ini plan Onexox Black B59. Yang dapat 12GB data (sekarang 15GB), 100 minit panggilan dan 100 sms setiap bulan tu. Ada jugak plan lain yang masing-masing berbeza mengikut kesesuaian pengguna.
  4. Plan renewal day : 25 – Maksudnya, setiap 25 haribulan setiap bulan, pemotongan kredit akan berlaku. Saya kena pastikan pada 25 haribulan setiap bulan akaun saya mesti dah topup RM59.
  5. Curr Usg : RM0.00 – Maksudnya current usage. Penggunaan terkini saya selain komitmen bulanan tu. Contohnya saya transfer data internet ke user Onexox lain, caj RM0.50 akan dikenakan, ini akan dimasukkan dalam current usage. Ataupun kalau saya nak beli Happy Hour RM30, maka jumlah RM30 tu akan dimasukkan ke current usage. Cukup bulan (25 haribulan) sebulan tu akan dikontrakan (ditolak) dengan Amt Due.
  6. Amt Due: Rm-9.79 – Ini adalah baki tertunggak. Negatif kan? maksudnya saya terlebih bayar untuk bulan tu. Yang ni jumlah kredit yang saya ada. Contoh RM-9.79 tu maksudnya saya ada lebihan kredit. Kalau dia RM9.79, tu maksudnya saya berhutang RM9.79 dengan Onexox. Kena bayar cepat la.
  7. 23.17GB – Ini jumlah data terkumpul saya. Semua data yang carry forward akan ditotalkan kat sini dengan data wajib bulanan tu. (Max 100gb)
  8. 365.0mins – Ini jumlah minit panggilan saya yang terkumpul.
  9. 364SMS – Ini jumlah SMS yang terkumpul dalam akaun black saya setakat ini.

Semua data, minit panggilan dan sms tu saya boleh kongsi/jual kat user Onexox lain tau.

Kalau saya transfer data, minit panggilan atau sms tu ke Onexox prepaid, dia akan masuk ke Season Pass.

Kalau saya transfer ke Onexox Black, data akan masuk ke errrr Onexox Black lah. Hehe.

And yes, semua tu takde tarikh expired. Kat prepaid akan tersimpan kat Season Pass selagi sim aktif.

Kat Black akan tersimpan akaun Black dan akan carry forward selagi tak digunakan.

Faham?

Kalau tak faham you can always Whatsapp me O1O6OO9966 untuk bertanya.

Layan video ni untuk lebih memahami.

Yang pengguna Program Tone Excel, Tone Plus, Tronexues nak bertukar ke real telco, boleh hubungi saya.