Saya pernah terangkan cara truecaller berfungsi untuk mengetahui siapa yang call kita walaupun kita tak save nombor telefon tu. Tapi kali ni saya nak ulas balik dalam artikel yang lebih ringkas dan khusus.
Pada andaian logik saya, bila saya install truecaller dalam phone saya, semua contact dalam phone saya akan dijadikan sebagai ‘rujukan’ database truecaller.
Contoh dalam phone saya, saya save nombor 01234567890 dengan nama Ali.
Suatu hari Ali (01234567890) call Abu. Yang mana Abu tak save nombor Ali, tapi Abu dah install Truecaller dalam phonenya.
Apps Truecaller dalam phone Abu secara automatik akan memaparkan nama Ali semasa Ali call tu.
Jadi, walaupun Abu tak save nombor Ali, tetap Abu boleh tahu siapa yang menghubunginya waktu tu.
Itu baru saya sorang yang install apps Truecaller.
Cuba bayangkan, sampai ke saat ni, dah lebih 100 juta orang yang install apps ni seluruh dunia. Jadi berapa banyak nombor yang kita boleh trace dari setiap 100 juta orang punya contacts dalam phone masing-masing tu?
Dah, lepas ni jangan tanya siapa yang call kita bila nombor yang tak dikenali call.
Install Truecaller sekarang.