Kereta Sewa Sabah Murah sekitar Kundasang dan Kota Kinabalu

Jadi kereta mana yang sesuai digunakan? Baca dulu perkongsian saya berkaitan kereta sewa yang mana patut anda sewa dan bila perlu anda mula booking kereta sewa.

Boleh je nak sewa kereta kat KK ni masa baru touchdown dari Airport. Banyak syarikat Car Rental yang boleh hantar kereta on the spot kat Airport atau hotel atau homestay. Tapi kan cara tu agak menyusahkan. Cara paling senang dah tentulah tempah kereta sewa ni awal-awal. Betul tak? Saya sediakan contact number untuk anda hubungi di hujung perkongsian saya ni.

kereta sewa kota kinabalu. Parking space di Kinabalu View Guesthouse Kundasang. Kawasan parking kereta yang luas.
Parking kereta kat kawasan Kinabalu View Guesthouse

Kalau bercuti ke Sabah, dan nak memandu sendiri memang kena dapatkan kereta sewa di Kota Kinabalu. Ini nasihat saya berdasarkan pengalaman saya bercuti kat Sabah sebelum ni. Ambil yang mana patut.

Saya memang akan book awal-awal sebelum datang ke Sabah ni. Seeloknya sebulan lebih awal. Atau sejurus saya dah confirm tiket flight saya. Buat dulu perancangan nak singgah kat mana, saya akan pastikan kereta yang nak disewa tu sesuai dengan percutian ke Sabah nanti.

Bukan apa, saya nak percutian saya nanti semuanya lancar, pantas dan tiada sebarang masalah.

Itulah yang kita nak sebenarnya kalau bercuti ni. Kita nak semua lancar dan mengikut apa yang diplan betul tak? Memandangkan dah banyak kali saya ke Sabah, jadi saya tahu apa yang perlu dibuat.

Korang boleh follow beberapa artikel saya yang saya kongsikan berkaitan Percutian ke Sabah dalam blog ni.

Harga Sewa Kereta KK Sabah

Ni saya senarai kereta sewa yang paling popular dan yang selalu disewa kalau nak jalan-jalan kat Sabah. Banyak lagi senarai sebenarnya, tapi yang ni yang paling popular.

Kereta sewa popular

Kereta sewaHarga Sewa
Axia AutoRM128
Myvi 1.3 AutoRM138
Myvi 1.5 AutoRM158
Bezza 1.3 AutoRM148
Alza 1.5 AutoRM198
Toyota 2.0 InnovaRM258
Toyota 2.5 Hiace (M)RM278
Toyota Vellfire 2.4 AutoHubungi Nombor di bawah
Van PersiaranRM618
Toyota FortunerRM488
Van Urvan 3.0 (M)RM318
Toyota Vios 1.5 AutoRM188
Exora 1.6 AutoRM218
Proton Persona 1.3 AutoRM178
Toyota HiluxRM338

Edit Table

Nak sewa kereta kat Kota Kinabalu Sabah ni boleh hubungi;

Hubungi Daeng Travel 0168407102 atau WhatsApp untuk tempahan kereta sewa.

Kereta Sewa Kota Kinabalu

– kereta sewa sabah
– sewa van kota kinabalu
– sewa kereta dengan pemandu
– kereta sewa kota kinabalu airport
– sewa vellfire, fortuner utk vip kota kinabalu
– Hubungi di wasap : https://kliksini.my/car-rental
atau office : 088213994

atau layari
Pages, IG, Tik Tok : DAENG Travel

Boleh tanya senarai kereta lain yang ada.

Dann… kalau nak dapat diskaun, kena sewa 3 hari ke atas. Nak lagi murah boleh sewa bulanan. Memang dapat murah serendah RM50. Tapi tak banyak syarikat Car Rental kat KK Sabah ni yang buat sewaan bulanan. Itu yang dimaklumkan kat saya lah.

Kereta Sewa Yang Sesuai di Kota Kinabalu

Masa nak decide untuk sewa kereta kat KK Sabah ni, saya perlu tahu kereta apa yang sesuai untuk disewa bergantung kepada bajet dan jumlah orang yang datang bercuti.

Maksud saya, termasuk jumlah bag yang dibawak tu.

sewa kereta honda city di kk Sabah
Ada bajet lebih sikit, boleh la sewa Honda City 

Biasanya saya datang bertiga je. Saya, wife dan anak. Jadi elok la saya sewa kereta dan drive sendiri sekitar Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau dan kalau nak lebih ekstrim mungkin boleh sampai ke Sandakan dan Tawau.

Sewa kereta atau Guna Grab

Nak guna Grab atau Uber?

Kalau setakat jalan-jalan sekitar KK boleh la. Itu lebih jimat. Tapi makin banyak tempat saya nak menyinggah kat sekitar KK tu, semakin la tinggi kosnya nanti.

Nak jalan-jalan cari kedai makan yang best sekitar Kota Kinabalu lagi, mestilah nak memandu sendiri kan? Wife saya ada kedai-kedai feveret dia. Itu adalah sebab utama kami selalu ke Sabah. Dah macam kampung kedua.

Kereta sewa Kota Kinabalu Sabah yang Murah, Baru dan Selesa

Jadi kat sini saya nak senaraikan nombor untuk dihubungi untuk mendapatkan tempahan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah.

Cari kereta Sewa Murah di Kota Kinabalu. Kereta di parkir di kawasan Kirams Village.
Saya pilih Saga auto sebab senang nak naik Kundasang, dan ruang boot yang luas. (bawak beg semua senang)

Kereta Sewa Terus Dihantar ke Airport atau Hotel

Pertama sekali, saya pasti kebanyakan orang yang datang ke Sabah mesti nak kereta yang disewa tu dihantar terus ke Airport kan?

Memang semua penyedia perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu ni buat perkara yang sama. Ini perkara biasa je. Takde yang special pun hihihi. Jadi ini merupakan kelebihan kepada kita sebagai pengguna/penyewa atau pelanggan kereta sewa kat sini.

Masing-masing akan bagi servis yang terbaik dan pantas kat pelanggan diaorang. Murah dan bersih (kereta) tu kira bonus yang boleh dijadikan sebagai pelaris bisnes. Amboi ayat.

sewa proton saga untuk pilihan lebih murah
Biasanya harga sewa Saga lebih murah. Pilihan terbaik kalau nak jimat.

Car rental ni perlu bersaing dengan Grab lagi. kan? Ntahla, saya rasa macam tak relevan untuk naik grab bagi korang yang datang ke Sabah ni untuk tujuan bercuti. Kalau untuk tujuan kerja, mungkin la sesuai.

Biasanya saya memang akan terus dapat kereta sejurus anda jejak kaki kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sebab wakil penyedia kereta sewa ni akan sampai awal sebelum anda touch down kat Airport. Untuk hal ni, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk maklumkan jadual penerbangan saya.

Kereta terus dihantar ke lokasi pilihan saya sendiri. Biasanya memang kat airport lah.

Nak hantar selain ke airport? atau terus ke Hotel? No problem. Saya hanya perlu maklumkan kat diaorang melalui Whatsapp. Setel.

Bagi anda yang dah sampai kat Airport KKIA dan baru nak cari kereta sewa, boleh jugak hubungi nombor yang saya sediakan kat bawah ni. Kereta akan terus dihantar ke lokasi anda.

Nombor untuk dihubungi

Antara servis sewa kereta paling terpercaya kat Kota Kinabalu yang saya boleh recommend, sama ada anda contact;

Hubungi Daeng Travel 0168407102 atau WhatsApp untuk tempahan kereta sewa.

Call atau Whatsapp sama mana-mana nombor ni untuk booked kereta sewa kat Kota Kinabalu, Sabah nanti.

Owh, perkhidmatan hantar kereta sewa ke lapangan terbang atau hotel atau homestay tu free je ye. Jangan ingat berbayar pulak.

Cara nak book kereta sewa ni pun senang je. Call atau Whatsapp je.

Kalau nak tanya2 dulu pun boleh. Boleh tanya harga, diskaun, syarat atau apa-apa yang berkaitan dengan perkhidmatan kereta sewa. 

Sewa kereta Saga Auto ke, Bezza ke, nak Axia ke, Viva ke, semua ada., ingat ye team mereka akan hantar kereta terus ke airport dan ambil balik kereta tu pun kat airport. Cuma perlu maklumkan kepada mereka jadual perjalanan anda untuk kelancaran pergerakan.

Pilih untuk sewa bezza sebab ruang bonet yang luas dan jimat minyak
Pilih Bezza untuk ruang bonet yang luas.

Takyah la pening-pening nak Grab atau Uber. Banyak tau bag nak bawak semua nanti.

Dari semasa ke semasa saya akan update nombor telefon kereta sewa kat Sabah untuk kemudahan orang yang nak bercuti ke Sabah ni. Yang penting semua nombor telefon ni boleh dihubungi dan latest.

Dan yang penting boleh pilih harga sewa kereta dari yang bajet khas untuk 2 orang sampailah ke bajet untuk family punya kenderaan.

Dari Axia, sampailah ke sewa Bas.

Owh ye, sewa motorsikal pun ada, jangan tak tahu pulak ye.

Call je diaorang ni cakap dapat nombor dari blog adzril.com, tahu lah tu diaorang. Selain call boleh jugak Whatsapp/sms kalau anda jenis pemalu hehe.

Setakat ni itulah  senarai nombor kereta sewa di Sabah yang boleh saya kongsikan untuk dihubungi bagi mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang murah kat Sabah.

Nanti kalau ada lagi saya akan tambah dan update kat sini. Yang penting anda puas hati dan rekemen kat member2 lain yang nak datang ke Sabah.

Rekeman sekali artikel saya ni okey.

Jadi selamat bercuti di Sabah dan harap anda happy dengan percutian anda.

avanza depan airpot kk
Kalau saya datang dengan family, memang saya pilih Avanza lah, jimat pun jimat. Luas pulak tu kan?