Tips Bercuti Di Kota Kinabalu Sabah 3 Hari 2 Malam

Nak ke Sabah kalau dari KLIA2 ambik masa dalam 2 jam 30 minit je. Jangan anggap Sabah tu jauh lah. Dekat je. Korang boleh jadikan Sabah salah satu destinasi bercuti dengan keluarga, atau kawan atau sorang-sorang. Ni dia tips bercuti di Sabah untuk 3 hari 2 malam.

Makan seafood di Ikan Todak

Tips ni berdasarkan perjalanan dari KLIA2 ke Kota Kinabalu. Next nanti baru saya buat ke Tawau dan Sandakan pulak.

Persediaan Awal

Homestay atau Hotel di Kota Kinabalu

Sebelum ke Sabah (Kota Kinabalu), apa yang perlu korang persiapkan adalah tempahan homestay atau hotel. Boleh book Hotel Shangri-La Kota Kinabalu atau Homestay Effa.

Pilih mana yang bersesuaian dengan korang. Kalau solo, elok ambil hotel. Kalau ramai-ramai, homestay adalah pilihan terbaik.

Seterusnya kereta sewa.

Iklan

Kereta Sewa

Yah! Ini penting, sampai je Kota Kinabalu Airport, terus ada kereta sewa sendiri.

Takkan dah sampai KK baru nak cari kereta kan? Atau nak call Uber atau Grab? Lambat! Membazir.

Nah terus book kereta sewa di Kota Kinabalu awal-awal. Senang sikit dah sampai terus boleh jalan-jalan sekitar bandar Kota Kinabalu. Baca artikel kereta sewa di Kota Kinabalu ni untuk dapatkan kereta sewa sejurus korang jejak kaki kat airport Kota Kinabalu (KKIA1).

Tak tahu jalan?

Guna Google Maps atau WAZE je.

Penginapan dah setel, kereta sewa pun dah setel. 2 perkata penting untuk korang bercuti kat Kota Kinabalu dah setel sebelum korang jejak kaki di Sabah ni.

Sekarang saya akan bagi idea, Apa nak buat kat Kota Kinabalu untuk short vacation ni. 3 hari 2 malam kira short vacation la kan?

Ambil flight tiket petang. Dalam pukul 3-4 petang la camtu.

Cadangan : Ambil flight Jumaat petang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, balik ke Kuala Lumpur semula hari Ahad petang dalam jam 4-5 petang.

Hari Pertama : Jumaat Petang.

Sampai je Kota Kinabalu dalam pukul 6-7 petang. Dah gelap. Boleh terus ke penginapan untuk setel down dulu apa yang patut. Refresh semua bagai lah.

Lepas je setel, boleh terus jalan-jalan cari makan kat area Ikan todak.

Sotong goreng tepung

Udang butter kering

Situ murah sikit untuk makan, tapi parking susah ya amat. Kalau nak parking yang senang, pergi ke seafood Welcome kat area Asia City (mohon waze).

Kalau seafood bukanlah objektif utama, asalkan makan dan kenyang, korang pergi ke Imago Shopping Mall. Dalam tu korang ada banyak kedai makan dan suasana yang best.

Dah malam dah, esok standby bangun awal untuk ke pulau.

Hari ke 2 : Sabtu

Bangun pukul 5 pagi, terus pegi ke Jesselton Point. Beli tiket ke Pulau.

Buat Island Hoping kat situ, Manukan, Sapi, Mamutik. Bagitau kat bot untuk balik tenghari. Tapi kalau korang nak balik petang, suka hati korang.

Kalau saya, cepat bosan kat Pulau, sebab takde aktiviti lain nak buat. Snorkeling? Then?

So Balik je tenghari, terus pergi ke Salut. Makan kat area situ. Ada Kelapa jelly dan lokan bakar. Nikmat kalau makan tenghari tu. Siyes.

Kelapa Jelly, slurrppppp

Lokan Bakar, sedap. 2 x order.

Jarak dari Jesselton Point ke Salut tu agak jauh, dalam 45 minit. So nikmatilah pemandangan. (Sepanjang perjalanan ada Mcd kalau nak tapau, jangan risau)

Lepas setel kat Salut, terus balik hotel kat Kota Kinabalu.

Refresh.

Lepas refresh terus pergi Perdana Park di sekitar Tanjung Aru. Untuk apa?

Untuk tengok persembahan air pancut berirama. Ntah la, wife saya cakap bosan. Tapi saya teruja masa kali pertama tengok air pancut berirama yang start tepat pukul 7 petang setiap hari.

Air pancuran berirama

warna hijau pulak

Lepas setengah jam (bila dah mula bosan tengok air pancut berirama tu) terus gerak ke Pantai Tanjung Aru untuk menikmati suasana deruan laut. Kat sini ada food court.

Suasana kat sini best, kalau tak percaya cuba tengok artikel saya masa saya uji kamera Fuji x100 saya.

Orait, kat Pantai Tanjung Aru ni sampai pukul 9 dah la. Lama-lama buat apa kan? kalau nak stay terus sampai pukul 10 malam pun okay.

Pantai Tanjung Aru

Kacang dan jagung rebus

Pemandangan sekitar food court Tanjung Aru

Esok dah hari last kan? Hari Ahad.

Nampak tak? Sekejap je dah habis masa cuti korang kat Kota Kinabalu ni. Belum lagi saya bagi tips ke Kundasang. Tapi sebenarnya saya dah bagi tips tu kat artikel sebelum ni untuk tips jalan-jalan Sabah.

Dah malam, tidur awal. Esok hari last sebelum flight balik ke Kuala Lumpur.

Hari ke 3 : Ahad

Untuk hari last ni, sama jugak macam hari semalam. Bangun Awal. Berapa awal? Seawal 5 pagi.

Siap-siap untuk ke pasar pagi untuk beli ikan, udang, sotong dan lain-lain makanan laut fresh untuk dibawak balik. Pukul 6 sepatutnya dah ada kat pasar ni. Waze : Safma Kota Kinabalu.

Tips: Mintak penjual udang tu packing siap-siap udang atau ikan, cakap kat dia korang nak datang ambik pukul 1 tenghari. Ambil nombor telefon dia. Bayar masa ambil packaging.

Satu kota polistren tu harganya RM25 (siap salotep keliling) untuk 5kg. Jadi pandai-pandai korang kongsi dengan kawan-kawan lain untuk jimat.

Setel je kat pasar ni, terus ke Pasar Pilipin untuk beli ikan kering, udang kering, ikan bilis, amplang, kuih cincin (kampung melugus punya sedap) dan lain-lain. Sama juga taktiknya, suruh packing siap-siap, cakap nanti pukul 1 atau 1.30 tenghari korang datang ambik.

Amplang

Ikan bilis

Ikan kering

Kedai jual ikan kering dan ikan bilis

Siap?

Terus ke Gaya Street.

Tempat ni memang best untuk pelancong beli dan tengok-tengok souvenir.

Ops! Lupa, korang dah sarapan?

Kat area Gaya Street ni ada Oldtown White Coffee. Boleh la nak sarapan kat sini sebelum korang masuk ke Pasar Gaya Street yang panjang tu. Kalau tak suka Old Town, mungkin boleh cari kedai lain sekitarnya. Ada banyak kedai makan lain.

Bawak kamera ye, tempat ni best kalau korang buat street photography.

Jalan-jalan kat sini saya cadangkan limit sampai pukul 11.30 pagi atau 12.00 tenghari. Lepas tu terus balik hotel atau homestay untuk refresh dan siap-siap packing barang untuk check out.

Balik ke Airport

Lepas check out terus patah balik ke Pasar Pilipin untuk ambik bungkusan korang tadi. Dan terus menuju ke airport untuk check in baggage dan pemulangan kereta sewa di airport.

Boleh jugak kalau korang nak ambil bungkusan dulu dan balik ke hotel. Ikut kesenangan masing-masing.

Proses ni paling-paling setel pukul 2 ke 2.30 petang. Cun cun untuk korang santai kat airport tunggu  flight balik ke Kuala Lumpur.

So itulah dia sedikit sebanyak tips bercuti di Kota Kinabalu untuk 3 hari 2 malam. Boleh jadi bahan rujukan korang.

Iklan

Kalau ada permintaan, nanti saya bagi tips berjalan ke Kundasang, Tawau, dan Sandakan pulak ye.

8 Comments

    • Adzril
  1. tini
    • Adzril
  2. Hanna
    • Adzril

Leave a Reply