Gaya Street Kota Kinabalu

Dah lama tak berjalan-jalan ke salah satu tempat kunjungan wajib kalau datang bercuti kat Kota Kinabalu Sabah ni, termasuklah yang menetap dan bekerja kat sini.

Memang kawan2 yang ‘senior’ atau kawan Sabahan akan rekemen tempat ni. Gaya Street Kota Kinabalu Sabah.

Gaya street ni cuma ada pada setiap hari ahad bermula 6 pagi dan tamat pada lebih kurang jam 1 tengahari.

Gaya Street Kota Kinabalu 1

Kalau nak diikutkan, dah banyak kali aku ke sini. Tujuannya tetap sama, street photography. Ya, Street photography.

Itu adalah terapi aku dikala aku rasa nak mengasah skill dan dikala aku kebosanan atau bila-bila aku terdetik, aku akan pegi ke sini. Biasanya aku sorang-sorang je pegi Gaya Street ni.

Awal-awal pagi aku akan gerak ke Gaya Street dan perkara pertama aku buat bila sampai kat sini adalah lepak kat Old Town White Coffee atau Restoran Fok Yuen.

Layan secangkir kopi dan bila dah puas, aku akan bergerak menyusuri kesesakan Gaya Street ni.

Tapi baru-baru ni, special sket. Aku berteman. Siapa lagi, isteri aku la.

At least ada lah ‘model’ yang boleh aku shoot berbanding aku shoot membabi buta.

Si Dia menggayakan Shwal ciptaannya, Thea by Vivadea. Shawl tanpa inner yang ada V Shape kat dahi.

Gaya Street Kota Kinabalu 2

Outing kalini, macam biasa aku bawak Fuji X100 aku untuk beraksi. DSLR boleh rehat kat rumah buat kerja-kerja dalam studio ye.

Gaya Street Kota Kinabalu 3
Gaya Street Kota Kinabalu 4
Gaya Street Kota Kinabalu 5
Gaya Street Kota Kinabalu 6
Gaya Street Kota Kinabalu 7

Jadi kalau korang tengah susun itinerary nak bercuti ke Sabah, Kota Kinabalu khususnya, pastikan hari Ahad korang berada kat sekitar Kota Kinabalu.

Lepas tu nak gerak ke Kundasang ke, ke Tawau ke, ke Sandakan pun takde masalah.

Jangan risau, seawal 6 pagi memang dah meriah Gaya Street ni. So boleh bersiar-siar cuci mata kat sini dalam 1-2 jam lepastu pergi Sarapan kat tempat makan sekitar Kota Kinabalu. Next dah boleh gerak ke tempat lain.

Kalau korang datang bercuti ke Sabah guna pakej, jangan lupa bagitau company travel tu untuk pastikan Gaya Street dimasukkan dalam itinerary. Tempat ni percuma je untuk datang, bukan kena bayar pun.

Selamat bercuti.