Tempat menarik biasa dilawati ketika bercuti di Sabah

Biasanya lah kan, kalau pergi bercuti kat Kota Kinabalu Sabah korang terpikir nak lawat tempat apa? Ok saya nak listkan tempat menarik dilawati ketika cuti di Sabah.

Tempat menarik dilawati cuti di Sabah

Sepanjang saya stay kat Sabah, saya perhatikan ada beberapa tempat yang popular yang jadi tempat wajib untuk dilawati kat Sabah ni. Walaupun sebenarnya kat Sabah ni banyak lagi tempat lain yang jarang orang pergi, tapi biasalah orang mesti nak pergi tempat yang memang jadi tumpuan pelancong.

Ni dia saya senaraikan tempat menarik dan biasa dikunjungi di Sabah;

Pulau

  • Pulau Manukan
  • Mamutik
  • Sapi

Bandar Kota Kinabalu (KK)

  • Gaya Street (Ahad)
  • Tanjung Aru
  • Perdana Park
  • Pasar Filipin
  • Todak Waterfront

Kundasang, Ranau;

  • Desa Cattle Dairy Farm
  • Kinabalu Park
  • War Memorial
  • Poring Hot Spring
  • Fish Spa Luanti

Tempat Makan best;

Homestay;

Travel Guide a.k.a Pemandu Pelancong

Itulah serba sedikit tempat yang biasa dilawat pelancong yang datang ke Sabah. Kalau diikutkan 3 hari 2 malam memang tak cukup masa. Korang perlukan Pemandu Pelancong untuk dapat ke semua tempat tu.

Cuba baca ulasan pendek 3 hari 2 malam saya bercuti kat Kota Kinabalu, dapat bayangkan betapa padatnya masa tu.

Tapi mana nak dapat pemandu pelancong kat Sabah dengan harga yang berbaloi? Omputeh kata travel guide 🙂

Kalau saya ada kat Sabah lagi, boleh je saya jadi travel guide untuk korang. Caj murah-murah punya. Tapi ni nak bagitau, saya ada kawan yang buat servis pemandu pelancong kat Sabah ni. Baru je saya tahu yang dia boleh guide siapa-siapa yang nak jalan-jalan kat Kota Kinabalu termasuk ke Kundasang.

Harga?

Sangat sangat sangat berpatutan dan berbaloi. Betul ni, win win situation la kiranya. Korang dapat pergi ke semua tempat peranginan kat Sabah tanpa bazir masa, my friend dapat bisnes.

Win win kan?

Ok korang boleh terus hubungi 0109469296 untuk berbincang berapa hari korang nak stay kat Sabah. Kat situ boleh la deal harga. Siap dengan pakej sewa kereta dengan pemandu sekali tau! Bagitaulah kat dia yang korang dapat nombor dari blog Adzril.com ni, kenal la dia tu nanti.

Nak bercuti ni biasanya kena buat research sikit kan? Tapi korang dah baca kat artikel yang betul. Kurang sikit kerja nak research tu.

Dah takyah pening-pening mana nak pegi, mana nak sewa kereta, mana nak cari homestay.

Selamat bercuti korang.

One Response

Leave a Reply