Nak Sewa Kereta Apa yang Sesuai bercuti di Sabah?

Inilah nasihat saya yang patut korang fikirkan betul-betul. Nak sewa kereta apa pun kena pastikan tak salah pilih. Jangan pilih sebab nak murah. Tapi pilih kereta yang praktikal untuk disewa semasa korang bercuti di Sabah.

Bersama kereta sewa saga flx auto di nabalu market kundasang sabah
Singgah di Nabalu Market

Nak Sewa kereta apa yang Rate Harga Murah

Dah jadi lumrah, semua orang nak rate kereta sewa yang murah kan?

Tapi jangan lupa, faktor terpenting nak sewa kereta adalah ruang tempat simpan beg/bagasi.

Kalau datang ke Sabah berdua je, boleh la sewa kereta Myvi atau Axia atau Viva. Setakat sorang bawak 2 luggage besar takde masalah nak simpan barang tu kat ruang belakang. Atau naik motor je. Eh, apa pulak tak boleh? Boleh je sewa motor kat KK ni.

Ruang simpan beg yang cukup

Tapi kalau datang bertiga, pulak yang bertiga tu jenis bawak barang banyak, elok la sewa kereta Bezza atau Saga. At least ada ruang bonet yang besar.

Nak lagi ekstrim, sewa Alza terus. Tapi ikut bajet la. Alza ni sesuai kalau datang bercuti ke Sabah ni bertiga atau berempat.

Selain tu, pastikan kereta yang dipilih untuk disewa tu sesuai dengan perjalanan korang.

Nak Sewa Kereta apa yang sesuai dengan Lokasi Perjalanan

Kalau korang nak ke Tawau atau Sandakan dari Kota Kinabalu, fikirkan balik sesuai ke kereta biasa ni. Lagi-lagi kalau nak masuk pedalaman Sabah. Sewa la yang 4 wheel drive.

Tapi saya percaya, rata-rata yang datang bercuti ke Sabah ni akan pergi ke tempat-tempat yang biasa orang lain pergi. Yang mana jalannya semua ok. Takde jalan ekstrem pun. Jangan risau okay.

Kundasang, Ranau, Keningau, Tamparuli, dan sekitar Kota Kinabalu.

Korang baca jugak Tempat makan best dan sedap sekitar kota kinabalu Sabah.

Kalau nak pengalaman yang best, ambik je Pakej Percutian Sabah yang ditawarkan oleh beberapa syarikat ni. Jimat masa dan semua terurus.

Jadi takde masalah la kereta apa pun. Cuma kena consider tempat simpan bag dan barang-barang lain.

Memang penting untuk pastikan nak sewa kereta apa yang sesuai masa bercuti kat Sabah ni.

Bukan apa, untuk memudahkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Melainkan memang korang stay 1 hotel je sepanjang percutian dan tak bergerak ke tempat lain.

Barang bertambah bila nak balik Airport

Nanti nak balik ke Airport, barang dah semestinya bertambah.

Dengan ikan kering la, ikan bilis la, amplang lagi, kuih cincin lagi.

Belum lagi udang fresh dengan udang galah yang dipacking nak bawak balik rumah nanti.

Jadi pilih la kereta yang sesuai. Nak sewa kereta boleh baca artikel senarai kereta sewa Sabah yang saya pernah tulis sebelum ni.

kereta sewa Sabah, Kundasang, Ranau
Parking di Kinabalu View Guest House.

Anda boleh mintak nasihat daripada penyewa kereta tu untuk tanya nak kereta sewa apa yang sesuai.

Bagitau dapat nombor telefon kereta sewa diaorang ni dari blog Adzril.com tau, manalah tau dapat diskaun ke kan?

Selamat bercuti ke Sabah.