Kelebihan Bercuti ke Sabah Guna Pakej Percutian

Posted by

Sambungan dari perkongsian saya dalam artikel Bajet dan Kos Bercuti Ke Sabah, kali ni saya nak buat perbandingan antara bercuti guna pakej percutian atau bercuti secara backpackers. Mana lagi berbaloi.

Saya terus terang kat sini. Saya ringkaskan dalam jadual.

PerkaraCuti SendiriGuna Pakej
ItineraryKena kaji dulu yang sesuaiTelah disediakan dan boleh custom
Kereta SewaIsi minyak sendiri, pandu sendiri, guna Google Maps, WazePemandu / Tourist guide akan pastikan perjalanan lancar
Tempat MakanKena cari tempat yang bersih, sedap dan harga berpatutanTermasuk dalam pakej.
Tempat lawatanKena pastikan tempat yang nak dilawat tak jauh antara satu tempat dengan tempat yang lain.Telah ditentukan, dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Kalau anda rajin nak kaji tempat yang best untuk dilawati, tempat makan yang bagus, yang sedap kat sekitar Kota Kinabalu, dan Kundasang, anda boleh bercuti ke Sabah tanpa gunakan pakej.

kawasan dairy farm kundasang sabah
Kundasang Dairy Farm ni memang tempat wajib kalau bercuti ke Sabah sama ada sendiri atau guna pakej.

Owh lagi satu jangan lupa, kalau anda jenis suka memandu dan isi minyak kereta sendiri, memang takde masalah untuk anda bercuti di Sabah guna itinerary sendiri. Lebih Santai.

Anda hanya perlu sewa kereta di Kota Kinabalu, dan pandu sendiri guna Waze atau Google Maps sebagai pandu arah yang boleh dipercayai.

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Saya ada terangkan serba sedikit panduan dan tips untuk bercuti ke Sabah pada artikel saya sebelum ni. Boleh rujuk untuk percutian anda.

Sebaliknya, kalau anda nak jalan mudah dan tak nak peningkan kepala, anda boleh la bercuti guna pakej percutian Sabah.

Ada beza ke?

Ya! Memang berbeza.

Kos dan bajet bercuti kat Sabah antara guna pakej dan bercuti sendiri tak jauh beza. Saya dah buat artikel tentang bajet bercuti kat Sabah ni. Tak jauh beza pun.

Dengan perbezaan yang tak berapa ketara, saya rasa adalah lebih berbaloi kalau bercuti guna pakej bagi anda yang jenis tak nak peningkan kepala nak cari tempat yang best untuk dilawati, tempat makan yang sedap dan lain-lain.

Masing-masing ada kelebihan.

Kalau saya datang sorang-sorang ke Kota Kinabalu, sudah semestinya saya tak ambil pakej. Sebab saya lebih suka guna masa sendiri untuk ke tempat-tempat menarik yang saya biasa pergi.

  • Saya tahu serba sedikit selok belok jalan di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang
  • Saya tak kisah menginap kat Skyppod
  • Saya tahu tempat makan feveret saya.
  • Saya rasa elok saya guna Grab kalau saya cuma nak bersantai kat sekitar Kota Kinabalu.

Tapi kalau saya datang bersama keluarga dan rakan, sudah semestinya gunakan pakej lebih ideal.

Apa pun pilihan anda, pilih la yang bersesuaian.

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *