Manfaatkan Trafik Blog Korang guna Display Ads Buatan Sendiri

Blog dan trafik ni memang sinonim sangat kan? Semua blogger suka bila trafik tinggi masuk ke blog mereka. Saya pun tak terkecuali. Jadi dalam artikel ni saya nak korang (blogger) manfaatkan trafik blog korang.

Ini adalah salah satu cara untuk buat duit dengan blog.

Apa guna trafik blog 1 juta kalau tak dimanfaatkan

 

Display Ads di Mobile dan Desktop

Ops kejap, Display ads?

Ramai je buat display ads kat blog kan?

Gambar bawah ni salah satu contoh display ads yang dipasang kat sidebar blog. Paparan ni dah tentu-tentu paparan desktop.

Display ads biasanya diletakkan di sidebar blog. (Contoh ni adalah Display Ads dari Google Adsense)

Tapi kalau mengikut statistik trafik kebanyakan blog, majoritinya pembaca datang ke blog gunakan mobile. Jarang sangat guna tablet dan pc.

Tak caya cuba cek statistik realtime visitor blog korang sekarang. Saya pasti mesti banyak view dari mobile.

Bila pelawat baca blog korang guna mobile (smartphone), kedudukan display ads yang biasanya korang letak kat sidebar tu akan terpapar kat sudut paling bawah, selepas artikel.

Maknanya apa?

Peratusan untuk display ads korang dilihat adalah sangat rendah, atau mungkin takde langsung.

Rata-rata template blog yang responsive memang akan letakkan display sidebar ke bawah untuk versi mobile.

Rata-rata semua blog zaman sekarang diakses menggunakan smartphone

Andai katalah, 80% pelawat datang guna mobile, lagi 20% guna pc/desktop. Secara matematik kampungnya hanya 20% keberangkalian iklan display ads korang akan didedahkan kepada pelawat.

Selebihnya?

Bergantung kepada pelawat 80% yang guna smartphone tadi samada dia nak skrol sampai bawah artikel korang (bahagian bawah page) atau tak.

Optimumkan View Rate

Jom saya bagi penyelesaian untuk tinggikan view rate display ads korang dari 20% kepada 100%.

Tapi, kena buat manual la. Serius manual. (saya memang suka manual).

letakkan display ads korang dalam artikel. Ye letakkan iklan bergambar  tu di antara perenggan dalam artikel tu.

Dengan ini, pelawat dari mobile (smartphone) dan dekstop (pc) akan nampak iklan tu semasa membaca artikel di blog korang.

Yang penting tanpa rasa terganggu, sebab bukannya iklan pop up kan?

Pergh!

“Banyak tu artikel saya, takkan nak bubuh satu persatu?” – Kata seorang blogger yang genuis mencari alasan.

Rileks brader and sistur.

Ada 10 je kan artikel yang kita pilih tadi berdasarkan 90 hari punya time period.

Nak ke tak nak? Kita nak jual value trafik blog ni tau.

Kalau nak teruskan bacaan.

Pencarian Artikel Paling Popular

Jom kita buat kerja bijak.

  1. Langkah pertama, masuk ke Google Analytic. Saya anggap korang bukak guna Google Analytic guna desktop.
  2. Lepas login, tekan butang HOME kat sebelah kiri tu.
  3. Skrol ke bawah cari “What pages do your users visit?” (rajah dibawah)
  4. Ubah value kat bawah tu ke 90 Days untuk dapatkan artikel paling popular dalam masa 90 hari.
Gambar untuk point nombor 3 tu.

Tadaaaaa!

Sekarang korang dah dapat artikel paling popular untuk blog korang kan?

Asing dan singkirkan artikel review berbayar oleh client, yang ni jangan kacau.

Dapatkan at least 10 artikel yang tak related dengan client yang pernah mintak kita buat review. (kalau nak lebih sukahati korang, korang kan rajin).

Untuk duration tu, tak semestinya 90 hari, korang boleh buat ikut kesesuaian masing-masing, boleh pilih;

  • 7 hari,
  • 28 hari,
  • 90 hari,
  • bahkan 1 tahun pun boleh.

Korang tetap akan dapat top 10 artikel untuk dipilih.

Letakkan Iklan di Antara Artikel

Letakkan Display ads kat setiap artikel tu tadi. Maksimum letak 2 cukup la. Ini pendapat peribadi saya sendiri.

Letak kat;

  • Pertengahan artikel,
  • dan satu lagi letak kat hujung artikel.

Kalau banyak sangat nanti bersepah, orang menyampah nak baca artikel.

Contoh iklan dalam blog (versi Desktop). Design sendiri, letak sendiri.

 

Contoh Display Ads di versi Mobile. Design sendiri, letak sendiri.

Jumlah ads yang ideal.

Suka hati la korang nak letak ads yang sama atau berbeza untuk setiap artikel tu. Yang penting letak la caption kat display ads tu “iklan” atau “sponsored ads”. Nampak sikit yang kita ni jujur. hehehe!

Yang penting apa? Iklan ni tak popup. Popup ni cukup mengganggu kosentrasi pelawat yang datang ke blog kita nak cari info.

Jenis Ads yang Sesuai

Ads apa yang sesuai untuk diletakkan dalam artikel tu?

Terserah korang.

Benda paling common orang suka letak adalah Banner Affiliate. Itu common sangat. Tapi still deadly jugak teknik tu kalau kena pada tempatnya.

Display ads ni lebih bertujuan untuk brand awareness, bukan untuk sales. Tapi sales tu bonus lah!

Ni saya nak bagi idea lain.

Dari list artikel paling top yang korang dapat tu, jumlahkan semua trafik dan dapatkan purata trafik harian.

Alahhhhh, apa susahnya.

Meh saya kirakan.

Contoh trafik korang 28,764 pageviews (untuk satu artikel tu) dalam masa 90 hari, 28,764 pageviews tu bahagi lah 90. *Tekan calculator.

Jawapan : 319 pageview / hari.

Banyak tu!

Ini jumlah trafik yang pasti tau. Bukan main sebut.

Eh! nak buat apa jumlah pageview ni? Penat-penat korang kira kan?

Kadar Sewa Ruang Iklan di Blog

This is the best part, offer kat mana-mana owner produk dan servis dan siapa-siapalah yang ada bisnes. Jual ruangan iklan ni.

Siapa tak nak? Trafik dah pasti. Data dah ada. Tinggal korang je nak jual value tu. 391 trafik sehari untuk 1 artikel. Kalau 2 artikel? Kalau 3? Kalau 10? You do the math!

Ini value yang perlu korang jual.

Nak lagi best, kalau artikel yang ditulis tu berkaitan dengan servis atau produk yang dijual. Sewakanlah bulanan.

Tips : Offer tapak iklan kepada bisnes yang related dengan artikel korang. Itu lebih awesome. Contoh artikel cara renew roadtax dan insuran kereta, offer kat orang yang jual insuran.

Sebulan RM50-RM100 (bergantung berapa divanya korang).

Nak lagi best, offer kat dia untuk buat artikel berkaitan bisnes dia tu. Kat sini korang dah boleh tambah internal backlink untuk artikel korang.

Camna caranya tu?

Begini,

Linkkan display ads tu ke artikel bisnes yang korang buat.

Tak nak offer kat owner bisnes?

Letak iklan sendiri. Setel.

Apa????!

Takde artikel yang bukan artikel review?

Banyakkan berkongsi la brader, U have your own experience in life that may useful for others. Share it!

Ingat, blog kita, kawasan kita, hak kita. Ianya kekal selagi kita menjaganya. Kalau guna blogspot, ianya kekal sampai Google gulung tikar.

Saya dah apply almost setahun untuk beberapa artikel saya. Boleh tampung untuk hosting dan domain.

Ingat, manfaatkan segala trafik yang datang. Kalau boleh cari yang targeted (tepat pada sasaran) dah kira bonus.

Ok itu je, thanks me later. Or thank me in the comment section below. (sekali sekala speaking).