Korang nak tau apa AntiVirus Ringan Halang Ransomware? Satu Malaysia kecoh pasal Virus / Malware WannaCry Ransomware yang mula masuk ‘market’ Malaysia dan Indonesia secara meriah minggu ni. Kalau ikutkan virus ni dah 2-3 tahun (kalau tak silap aku) dan mungkin mangsa kat Malaysia masih kurang.
Isi Kandungan
AntiVirus Ringan Halang Ransomware Wannacry
Malware WannaCry Ransomware ni dia akan menyerang sistem komputer (windows) dengan memblok dan menghalang file dalam PC kita untuk diakses. Kalau nak dapat balik akses tu kena bayar duit tebusan lebih kurang 400USD ke 600USD dalam matawang BitCoin.
Taktik Malware Disebarkan
Hacker biasanya akan pancing pengguna PC untuk execute malware ni dari email dengan tawaran kerja, file zip dan beberapa lagi taktik. Yang pasti taktik tu akan memastikan pengguna install atau execute Malware WannaCry ni ke dalam sistem PC kita dan initiate malware WannaCry tu ke seluruh sistem PC.
Cara terbaik nak halang adalah dengan berhati-hati dengan setiap fail yang kita download dari email atau saluran muat turun yang lain. Pastikan segala software atau perisian yang kita nak install ke dalam PC adalah selamat.
Tapi kita ni sebagai manusia kekadang terleka jugak. Tak sedar tiba-tiba dah install malware tu dalam PC. Kalau PC tu takde sekuriti lagilah senang malware berleluasa beranak pinak dan berpesta dalam PC kita tu.
Langkah Keselamatan
Jadi untuk langkah keselamatan, kita wajib sebenarnya untuk pasang antivirus dalam sistem PC kita sebagai langkah keselamatan. Lagipun harga antivirus takdelah mahal mana kalau nak dibandingkan kena bayar duit tebusan ke penyangak siber ni.
Antivirus yang ringan yang pernah aku guna dan powerful adalah Webroot Secure Anywhere. Harganya RM99 je untuk setahun. Itupun boleh guna untuk 3 device.
Kalau nak dibandingkan dengan antivirus lain yang pernah aku guna sebelum ni, Webroot ni memang sangat ringan dan tak kacau sistem PC langsung.
Webroot boleh diinstall kat PC, iMAC, dan Android.
Aku pernah ulas pasal antivirus Webroot sebelum ni kat artikel bertajuk Pendapat dan Review tentang antivirus Webroot. So aku memang sarankanlah untuk pengguna kat luar sana sebab selain ianya murah dan Webroot pun dah umumkan bahawa antivirus diorang ni memang boleh menghalang WannaCry Ransomeware dalam web rasmi Webroot.
Ada sesetengah antivirus yang pernah aku pakai sebelum ni lama-kelamaan akan membuatkan PC jadi macam berat semacam. Tapi dengan Webroot memang sistem PC aku makin ringan dan laju.
Korang boleh beli antivirus Webroot ni kat Lazada. Tak payah la susah-susah nak cari yang pirate, memang tak ada pun pirate-pirate ni sebab semua sistem dia online. Bila beli original ni memang la puashati sangat-sangat.
Cerita menarik.. Dan menakutkan juga.
itu la. so better beringat sebelum kena.
Tq for sharing
welcome Rabiahtul…
nama virus tu mmg awesome.. mmg wannacry la kalo kena kan?huhu
eh.. pandai kelakar jugak SO ni ye. hahahah!
Terbaik! Baru nak survey anti virus ape yg bagus.. tau2 dah share da.. senang keje.. tq ��
memang disarankan ni, terbaek.
Ringan mcm mana tu melayang ker hehehe. Good sharing.
ahahah melayang la Maha..
salam. oh awak lah penulis blog yg tkenal tu ye. saya suka bc artikel2 kat blog awk. syabas anak muda.
ah sudah… siapa plak ni.? hahahah!
semua orang secara umumnya perlu sentiasa berwasapada ketika menggunakan internet..selain ransomware bnyak lagi ancaman siber yang boleh membahayakan kita huhu
iyer… ini adalah salah satu cabang bisnes developer antivirus. hehehe