Saya akan terangkan secara santai berkenaan apa itu borang K1. Pendek kata saya akan terangkan dalam bahasa yang mudah difahami oleh ramai orang. Secara ringkas borang K1 adalah borang untuk daftar kenderaan baru. Tak kisah la kereta atau motor, sebelum kenderaan itu didaftarkan di JPJ, perlu ada borang K1 untuk kenderaan tersebut.
Borang K1 ini akan disediakan oleh Sales Advisor (SA) atau kedai motor. Borang ini perlu disiapkan sesudah kereta atau motor sudah tersedia dan sebelum urusan pendaftaran dibuat di JPJ.
Isi Kandungan
Isi kandungan borang K1
Apa je maklumat yang terkandung dalam borang K1 tu? Ada 6 maklumat yang terdapat dalam borang K1;
- Nombor enjin
- Nombor Chassis
- Nombor pendaftaran (perlu diisi sekiranya nombor telah ada)
- Penama dan nombor ic
- Alamat
- Jenis kenderaan, CC dan warna.
Urusan pendaftaran guna borang K1
Macam yang saya terangkan awal tadi, SA atau kedai motor akan siapkan/sediakan borang ini sesudah kereta atau motorsikal sudah tersedia (ada stock) dan ready untuk dihantar ke pelanggan. Urusan pendaftaran biasanya dibuat oleh SA atau runner kedai motor di JPJ. Sebab tu tak ramai tahu apa itu borang K1.
Kegunaan borang K1
Borang K1 juga boleh digunakan untuk urusan interchange (tukar nombor) kenderaan. Sebagai contoh anda ada kenderaan terpakai dan nak buang nombor itu, anda boleh gunakan borang K1 (borang daftar kenderaan baru) ini untuk meletakkan nombor kenderaan lama itu ke kenderaan baru, biasanya motorsikal.
Jadi dalam borang K1 itu tadi, akan dimasukkan 6 maklumat tadi termasuk nombor plate kenderaan terpakai itu tadi. Nombor kenderaan terpakai itu akan diletakkan pada kenderaan baru dan kenderaan terpakai akan dimasukkan nombor pendaftaran baru yang belum pernah didaftar di mana-mana kenderaan.
Tukar nombor plate (Interchange)
Urusan tukar nombor plate kenderaan ini agak rumit bagi mereka yang tak pernah buat. Tapi bagi runner, biasanya mereka mahir dengan selok belok urusan interchange ini. Secara ringkas untuk interchange;
- Kenderaan lama buat pemeriksaan B2 Puspakom,
- Print borang K1 yang lengkap dan keputusan B2 Puspakom yang telah lulus,
- Bawa ke JPJ Dan buat urusan interchange.
Bagi anda yang berniat yang buang nombor kenderaan lama Dan nak masukkan nombor pendaftaran baru ke kenderaan lama, anda boleh hubungi saya untuk proses lengkap dan cara mendapatkan borang K1.
Hubungi saya, O1O6OO9966.
Next topik saya akan terangkan cara untuk buat temu janji di Puspakom.