Masa saya dan isteri bercuti ke Tawau haritu, memang guna kereta sewa dari Daeng Car Rental je. Rasanya memang ini antara syarikat kereta sewa Tawau yang paling popular di Sabah. Ni lah saya nak kongsi siri pengalaman saya bercuti kat Tawau tempohari.
Nombor contact Daeng Travel and Tours (Car Rental) ni saya kongsi kat hujung artikel. Sementara tu jom layan dulu cerita saya cari makanan kat area Tawau. Naik kereta sewa dari pihak Daeng di sekitar Bandar Tawau.
Sepatutnya Aktiviti ke Pulau
Kalau ikut plan (itinerary) sepatutnya saya, isteri dan kawan-kawan lain akan pergi ke Bohey Dulang, Pulau Mantabuan dengan Pulau Sibuan di Semporna, Tapi memandangkan saya dan isteri bawak budak kecik, jadi kami cadang untuk stay je kat Bandar Tawau.
Kiranya saya ubah pakej percutian yang disediakan oleh pihak Daeng Travel and Tours.
Untuk perjalanan ke tempat-tempat best kat Semporna tu, Pakej Percutian Murah Sabah (Tawau – Semporna). Terasa sayang betul sebab tak dapat join sekali. Tapi apakan daya, Aali masih kecil dan kami tak nak risiko bawak Aali ke pulau dan atas nasihat dari pihak Daeng Travel sendiri.
Berjalan Cari Makan Sekitar Tawau
Agak mengejutkan, pusing-pusing area Bandar Tawau not bad jugak. Mula-mula tu saya bingung nak buat aktiviti apa sementara seharian tunggu kawan-kawan yang berseronok ke pulau tu. Seawal 6 pagi pihak kereta Sewa Daeng dah inform untuk bergerak ke Semporna.
“Jam 6 pagi tayar golek” – Camtulah lebih kurang ayatnya. Saya tak boleh bayangkan betapa penatnya kalau kami perlu pandu sendiri kereta sewa ke Semporna tu. Jadi pagi tu team ke Semporna Sabah bergerak jam 6 pagi dengan 1 kereta Vios siap pemandu.
Kereta Sewa Siap Pemandu
Saya dan isteri pulak diberikan kereta Perodua Bezza siap pemandu jugak oleh pihak Daeng Car Rental untuk pusing-pusing Tawau. Awal pagi lagi saya dan isteri cuma sarapan kat kedai Nasi Ayam depan Hotel kitaorang menginap tu. Heritage Hotel. Tapi tempat sarapan tu sebenarnya kedai makan yang dilantik oleh pihak hotel untuk sediakan sarapan. Tapi sarapan pagi tu tak membuka selera saya. Mungkin badan terlalu penat.
Lepas sarapan saya dan isteri bersama Aali naik ke hotel berehat. Saya masih bingung nak habiskan satu hari ni buat aktiviti apa kat Bandar Tawau ni. Panduan untuk aktiviti percutian di Tawau kat blog-blog yang ada pun tak banyak. Isteri saya lah yang banyak google sana sini cari info makanan yang boleh dicuba kat sekitar Bandar Tawau.
Ya… aktiviti makan.
Nasi Ayam Paling Sedap di Sabah (Tawau)
Lebih kurang pukul 11 pagi camtulah, isteri saya cakap dia jumpa satu blog ni cakap kat Tawau ada nasi ayam sedap. Saya macam biasalah, skeptikal tak sudah. Paling mengejutkan, kedai nasi ayam tu adalah kedai yang kami bersarapan pagi tadi. Bertambah skeptikal kuasa dua la saya.
Memandangkan memang kami takde aktiviti lain, saya dan wife pun turun lah ke kedai makan tu untuk beli nasi ayam. Tapi bukan untuk kami, untuk Aali. Sebab Aali tak boleh sebarangan makan, dia masih ada alergi beberapa makanan. Tapi nasi ayam memang dia boleh makan. confirm.
Lepas beli tu, isteri suap kat Aali. MasyaAllah, bau dia sedap dan wangi. Saya tengok tekstur nasi ayam ni padu dan cantik. Ayam dia lembut. Ehh susah nak nak gambarkan dengan kata-kata. Kiranya ni kali kedua kami iktiraf nasi ayam sedap kat Sabah. Satu kat sekitar Kota Kinabalu, satu lagi kat Bandar Tawau. Menyesal pulak tak beli 2 bungkus tadi.
Kat Semenanjung tak pernah jumpa lagi nasi ayam yang sedap macam ni. Kalau ada, tolong bagitau kat komen ye.
Tapi takpe, isteri saya dah plan nak pusing-pusing sekitar Bandar Tawau ni. Sebab dia ada jumpa beberapa makanan lain yang dia nak cuba.
Makanan Tawau Yang Wajib Cuba
Saya pun siap-siap Whatsapp bagitau pemandu kereta sewa tu (dah macam personal driver pulak). Kereta sewa datang tepat pada waktunya. Kami pulak yang lewat sikit sebab nak uruskan Aali ni adalah satu cabaran hahaha.
Tapi tulah, pemandu kereta (lupa namanya) sempoi je. Dia faham situasi kami yang bawak budak kecik. Dengan stroller lagi, dengan beg lampin lagi. Memang the best la Daeng Car Rental.
Destinasi makan yang seterusnya adalah di Cafe@Seven Tawau. Kami dah target dah nak makan apa kat cafe tu. Senang encik kereta sewa bawak satu tempat je. Cafe@Seven ni satu bangunan dengan Hotel Borneo Royale Hotel (Dulu dikenali sebagai hotel Promenade).
- Pisang Penyek
- Kapurung
- Bubur Berobbok
- Nasi Gondrong
Wife saya dah buat artikel penuh berkenaan dengan makanan ni di artikel tempat makan sedap di Tawau. Tapi saya nak kongsikan satu makanan ni, Nasi Gondrong.
Nasi gondrong ni saya makan waktu sebelah malam. Sebenarnya tak lapar sangat. Tapi memandangkan wife nak lengkapkan semua list makanan yang perlu dimakan sementara kat Tawau, jadi saya pun ikut je lah. Macam biasa, kereta sewa hantar kami ke tempat makan yang ada jual nasi gondrong ni. Tempat makan ni pun dekat je dengan hotel tempat kami menginap.
Mula-mula tu saya cakap dengan wife order satu je nasi gondrong ni. Takut tak habis memandangkan saya masih kenyang. Jadi order satu je lah. Wife makan sorang. Saya cuba untuk mencicip sikit nasi gondrong ni. Lepas suapan pertama, saya panggil abang kedai tu untuk order lagi satu set nasi gondrong. Subhanallah! Sedap Weh!
Balik Hotel Berehat
Lupa saya nak kongsikan kat sini. Semua jalan-jalan makan tadi kami disponsor pihak Daeng Travel & Car Rental. Kami dah cakap nak guna duit sendiri, tapi mereka insist jugak nak bayarkan. Terharu sangat. Sebelum balik hotel tu, saya sempat tapau makanan untuk geng-geng pulau. Manalah tahu diaorang balik dari pulau nanti kepenatan dan kelaparan. Pemandu kereta sewa kami memang awal-awal tolak sebab dia cakap dah makan.
Sangkaan saya meleset. Afzal, Neyra dan Lizy dah makan sebelum balik ke hotel. Geng kereta sewa yang bawak diaorang ke pulau tu dah belanja diaorang makan jugak selepas selesai aktiviti ke pulau tu. Untung la korang, dah lah dapat jalan-jalan ke pulau, dibelanja makan lagi dengan pihak Daeng Travel. Alhamdulillah rezeki.
Malam tu memang masing-masing kepenatan. Saya ni yang tak pergi pulau pun penat, apatah lagi mereka yang balik dari pulau tu. Tapi saya tahu walaupun penat, ada terpancar sinar kepuasan di muka masing-masing sebab dapat pengalaman berjalan ke pulau-pulau di Semporna.
Hubungi Daeng Travel & Car Rental
Jadi kat sini saya dan semua kawan-kawan lain mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pihak Daeng Travel & Tours (Car Rental) atas semua perkhidmatan yang diberikan. Dari persiapan itinerary perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang, lepas tu ke Tawau dan Semporna, Tenom, Keningau, Tamparuli, dan banyak lagi tempat yang best-best.
Sekiranya anda berminat menggunakan perkhidmatan kereta sewa di Tawau, boleh hubungi pihak Daeng di 0199779460 (Henry Esmanto) atau 0105469460 (Samnor)
InsyaAllah, anda akan mendapat servis dan perkhidmatan terbaik dari Daeng Travel and Tours seperti mana kami mendapat layanan 1st class dari mereka.
Tawau – kereta sewa tawau / semporna – sewa van tawau / semporna – sewa kereta dengan pemandu – sewa kereta tawau airport – sewa vellfire, fortuner utk vip tawau / semporna – Hubungi di wasap : https://kliksini.my/Car_Tawau atau layari Pages, IG, Tik Tok : DAENG Travel |