Saya percaya ada beberapa orang dalam kalangan kita pernah kehilangan motorsikal atau kereta. Tak kiralah samada mereka itu leka atau memang dah nasib motor atau kereta tu nak kena curi. Jadi camna nak kesan Motor kereta yang dicuri ni?
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Ada yang safety sistem dia ntah apa-apa tapi tak pernah kena curi. Ada jugak yang lock dan sekuriti macam kat bank negara tapi kena curi pulak dan vice versa.
Isi Kandungan
Kesan Motor Kereta Dicuri dengan GPS Tracker
Orang yang pernah mengalami kes kecurian ni mesti faham betapa mereka harap sangat dapat balik kereta atau motor yang kena curi tu.
Kalau zaman dulu-dulu saya pernah dengar orang jumpa bomoh untuk cari balik motor yang kena curi tu. Konon-konon nanti pencuri tu lembut hati pulangkan motor tu balik. hahaha!
Saya paham betul situasi orang camni sebab motor saya pun pernah kena curi, memang tak puashati betul.
Sekarang ni sebenarnya ada cara untuk kita dapatkan balik atau jejak balik motor atau kereta yang kena curi. Tapi dengan syarat motor atau kereta korang dah dipasang dengan GPS Tracker.
Mahal? Tak lah! Kat Lazada ada jual GPS tracker ni.
Untuk korang pembaca setia blog adzril.com, saya dah buat sikit research untuk 2 jenis GPS Tracker yang korang boleh beli kat Lazada. Yang pertama TK102B Spy Mini GPS Tracking Device dan lagi satu Mini GPS GPRS Tracker SMS Network.
Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan masing2. (Saya akan menerima komisen sekiranya anda membeli dari link yang saya sediakan itu)
TK102B Spy Mini GPS Tracking Device
TK102B ni gunakan GPS dan GSM untuk dikesan. Tak silap saya fungsi utamanya akan menggunakan GPS tapi bila GPS lost signal, maka sistem LBS (menggunakan GSM) akan digunakan untuk mengesan lokasi device/peranti tu berada dengan menghantar koordinat melalui sms ke handphone korang.
Device TK102B ni tak perlukan pendawaian/wiring untuk digunakan. Macam kotak mancis lebih kurang saiznya.
Ada fungsi spy yang mana korang boleh dengar perbualan orang kat sekitar device apabila korang call device tu. Kira device ni ada fungsi macam telefon la bila terima arahan sms.
GPS dan LBS akan generate koordinat lokasi dan hantar koordinat tu ke handphone korang.
Bateri untuk TK102B ni rechargeable dan boleh bertahan maksimum 48jam. Lepas tu kena caj balik la.
Disebabkan sistemnya guna bateri yang rechargeable, maka device ni tak boleh la korang nak sorokkan kat dalam kereta atau motor dengan kekal sebab bila bateri kong susah pulak nak keluarkan device ni untuk caj baterinya.
Harga kat Lazada RM79.68 selepas diskaun (harga semasa artikel ini dibuat), Bagi saya kira murah la jugak kan?
TK102B ni sesuai untuk diletakkan kat kereta atau motor.
Tapi tak boleh pasang kekal atau permanent sebab baterinya perlu dicaj bila dah kong.
Secara keseluruhannya ianya boleh menghantar SMS lokasi koordinat ke handphone yang menghubunginya atau hantar arahan melalui SMS dan boleh merekod suara di sekitarnya. Awesome kan?
Mini GPS GPRS Tracker SMS Network
Untuk GPS Tracker ni lebih murah harganya iaitu RM55.25.
GPS Tracker yang ni perlukan wiring pada sistem motor atau kereta korang sebab ianya tak guna bateri, ia perlu sumber kuasa dari motor atau kereta korang (bateri kereta / motor).
Kena cari lah pomen yang pakar untuk buat wiring ni.
Jangan nak memandai pasang sendiri plak kang tak pasal2 meletop hahah! Jangan risau, wiring dia agak simple. Kalau bagi kat pomen senang2 je dia buat sambil tutup mata.
Untuk Mini GPRS Tracker ni dia cuma ada sistem pengesanan LBS sahaja iaitu melalui data GPRS.
Beza pengesanan LBS dengn GPS ni, LBS lebih cepat detect lokasi tapi tak accurate macam GPS. Dan GPS pulak senang lost signal berbanding LBS senang dapat signal sebab dia akan detect koordinat ikut liputan rangkaian simcard yang korang bubuh dalam device tu.
Memandangkan Mini GPRS Tracker ni perlukan wiring dan ianya gunakan signal LBS melalui GSM maka device ni boleh disorokkan (dalam kereta atau motorsikal) kat tempat yang tak tercapai dek akal pencuri.
LBS ni beza beb ngan GPS. GPS kalau ko letak kat dalam enjin bay pun dia boleh lost signal. Tapi kalau LBS ni ko sorok la kat mana pun dia still boleh detect punya.
Cuma kelemahan LBS ni dia tak accurate berbanding GPS yang lebih tepat koordinate trackingnya. Boleh baca lanjut tentang perbezaan antara GPS dan LBS (GSM).
Persamaan kedua-dua GPS Tracker kat atas ni
Untuk kedua-dua device yang saya citer kat atas ni, masing-masing perlukan simcard untuk ianya beroperasi dan berfungsi.Device akan hantar koordinat lokasi ke handphone yang call atau sms device tu gunakan simcard tu. Jadi korang larat ke nak topup tiap2 bulan untuk pastikan device korang tu berfungsi setiap bulan?
Ye la kalau sim card tu tak ditambah nilai kreditnya maka tamatlah tempoh aktif nombor tu dan tak berfungsi la simcard tu.
Solusi Terbaik untuk Jimat
Jadi penyelesaiannya adalah gunakan simcard onexox. Sebab cuma telco onexox yang boleh bagi tempoh aktif paling lama iaitu 2 tahun 4 bulan atau 28 bulan atau 840 hari tanpa korang perlu pening nak fikir untuk topup tiap2 bulan.
Kalau nak jadikan 3 tahun 4 bulan pun boleh. Semua boleh diurus. Nak berapa2 tahun pun boleh.
Selain tu smsnya jugak free (dari onexox ke onexox, kalau ke rangkaian lain kena caj 2 sen je pun) jadi device GPS tracker boleh hantar sms koordinat kepada handphone korang tanpa masalah.
Rangkaian antara yang terluas di Malaysia
Liputan rangkaian onexox pulak tersangatlah meluasnya kat Malaysia ni.
Jadi kat mana pun device tu berada, ianya pasti boleh dikesan dan boleh hantar sms dengan kadar murah dan percuma! Dah alang2 saya cerita pasal onexox ni, sesape yang nak dapatkan nombor onexox boleh la whatsapp saya kat O1O6OO9966.
Call ngan SMS memang murah beb. Internet jangan citer, laju gile kot. Murah pulak tu. Maaf saya tak jual GPS Tracker tu ye.
Dengan pemasangan GPS Tracker kat motor atau kereta korang ni, InsyaAllah korang boleh locate atau kesan kedudukan sebenar motor atau kereta korang tu.
Sekurang-kurangnya kita ni berusaha untuk jaga keselamatan kenderaan kita ni, bukan barang seringgit dua kan? Kepada pencuri motor dan kereta insaflah.
Carilah kerja lain ye, senang lagi jual simcard ni berbanding nak mencuri.
salam..sy da guna tp x bole ditec
Cal anuar O142758939anuar
Salam, macam mana nak install ke phone kita GPS tracker.
Soalan kurang jelas.
saya dah guna TK102B yg guna GPS & GSM . Pasang kekal kat kereta, alhamdulillah tak der masalah.
ko pasang sendiri ke?
ye. atau mintak bengkel yang pandai pasang GPS
Salam bro..nak tanya kalau pasang kat motor, xde effect ke pd bateri motor ? Sbb sbg contoh klau gps kena wiring ke bateri motor, incase 2-3 Hari motor x hidup, adakah bateri motor tetap akan salurkan tenaga pada gps tersebut.. minta penjelasan sedikit berkaitan ini..
Saya guna tapi yang asal dari kedai motor tetapi problemnya…bateri motor saya yg cepat kong…3 bulan dah 2 bateri motor saya tukar…ape penyelesaiaanya