Biasa kalau cakap pasal bekam je, mesti korang akan terbayang pengamal bekam ni adalah dari pengamal perubatan alternatif atau pengamal perubatan traditional kan? Pernah dengar seorang doktor menyediakan rawatan bekam? Iyer, memang ada.
Kalau korang pernah dengar Dr Hijama Bekam Professional, mesti korang tahu servis bekam yang disediakan kat sini memang dikendalikan oleh seorang yang terlatih.
Waktu operasi Dr Hijama Bekam Professional adalah dari 10 pagi sampai ke 10 malam. |
Pengasas Dr Hijama Bekam Professional Dr Azrinaz, sebelum ni pernah bertugas di Hospital Serdang tapi sekarang dah resign la sebab dah bukak pusat rawatan bekam yang sekarang ni dah ada 2 cawangan. 1 kat Seri Kembangan, dan 1 lagi yang baru bukak kat Meru, Klang.
Yang aku pergi buat rawatan bekam aritu kat cawangan Seri Kembangan. Berhadapan dengan Jusco Equine dan Apartment Zeva, atas MyMydin, sebaris dengan dengan Maulana Bistro. Memang senang cari punya la.
Terus terang aku cakap, ini sebenarnya pertama kali aku buat bekam. Kalau nak ikut aku punya andaian berkaitan rawatan bekam ni, kita cakap nak bekam, pastu terus rawatan dimulakan. Tapi kat Dr Hijama Bekam Professional ni lain.
Semua orang yang nak jalani rawatan bekam ni akan dikonsultasi dulu berkaitan bekam sebelum rawatan dijalankan. Tak lama pun lebih kurang 15 – 20 minit.
Penting ye sebab benda ni la yang orang selalu terlepas pandang berkaitan bekam, sampai ingat bekam tu untuk ringan badan. Bak kata Dr Azrinaz, nak ringan badan baik pergi derma darah.
Nak ringan badan baik pergi derma darah.
Konsultasi berkaitan bekam sebelum proses bekam. Eii perut tu.. |
Hasil dari konsultasi yang Dr Azrinaz bagi aritu, antara yang aku ingat la, bekam bukanlah semata-mata nak keluarkan darah. Ianya lebih kepada untuk rawatan pencegahan penyakit yang berkaitan kardiovaskular.
Bila sebut pencegahan ni, yang sihat walafiat tu digalakkan la untuk pergi buat rawatan tu. Tapi jangan la yang dah ada penyakit tu tak nak buat rawatan pulak sebab hasil dari research didapati;
- Kolestrol ‘jahat’ turun, kolestrol baik pulak meningkat
- Paras saturated fat pun turun
- Kadar gula dalam darah pun turun, pengidap diabetes elok buat bekam ni.
- Paras asid urik pun menurun. (siapa suka seafood?)
- Kadar Creatinine dan Urea menurun ( fungsi buah pinggang makin efisien)
- Dapat meningkatkan keanjalan salur darah. (pembuluh darah semakin elastik)
Dan semua ni memang dalam kelompok kardivaskular. Jadi keseimpulannya nak berbekam ni bukan sebab nak badan terasa ringan semata-mata atau nak buang darah kotor semata-mata tapi lebih kepada nak improve fungsi kardiovaskular kita.
Bacaan tekanan darah yang dilakukan sebelum proses bekam. Bacaan normal 120. |
Ok berkaitan dengan buang darah kotor dengan berbekam ni, bagaimana seorang tukang bekam boleh menentukan darah yang dikeluarkan itu kotor? (Sebenarnya darah kotor atau bersih hanyalah istilah mudah untuk difahami semua orang) Sebab darah macam sama je dari badan kita semua kan, mana satu kotor mana satu bersih?
Menurut Dr Azrinaz darah kotor dan darah bersih ni ditentukan dari mana ianya dikeluarkan. Teknik torehan untuk bekam tidak boleh sampai ke saluran Vein mahupun Arteri sebab salur darah ini adalah yang membawa ‘darah bersih’ tu tadi ke organ-organ dalam badan. Bekam sebenarnya hanya akan mengeluarkan darah dari salur darah kapilari.
Drhijama dibangunkan adalah untuk mempromosikan cara bekam yang bersih dan selamat. Kami mahu menyelesaikan isu ketakutan masyarakat dalam berbekam.
13 cup di badan, 2 cup di kaki untuk bekam. |
Isi Kandungan
Bekam Klinikal Dr Hijama Terbaik
Semua petugas di Dr Hijama Bekam Professional dah dilatih untuk memastikan darah yang dikeluarkan adalah darah dari salur kapilari.
Lagipun memang alat yang digunakan bukanlah pisau untuk toreh kulit korang tu heheh. Mereka guna jarum yang super halus dan setting untuk tusukan ke permukaan kulit memang ngam ngam pada salur kapilari sahaja.
Pengamalan bekam yang tidak betul boleh menyebabkan risiko penyakit berjangkit.
Pada yang takut pada jarum, jangan risau sebab jarum tu tak nampak pun dan tak terasa pun masa ditusuk tu. Bagi memastikan tusukan berjaya beberapa proses akan dilakukan.
Proses infra merah yang akan membuatkan kapilari mengembang dan yang best tu kan, ada proses cupping massage. Time tu korang akan diurut guna cup kat belakang badan tu untuk merangsang semua kapilari sebelum proses tusukan jarum dan bekam.
Semua proses ni termasuk bekam angin dilakukan supaya nanti masa nak bekam darah tu, takdelah rasa sangat. Ini yang orang panggil Bekam Klinikal.
Ok guys, gambar penuh, wow! kaki takde bulu. hehehe! |
Bekaitan kebersihan, semua peralatan bekam termasuklah jarum telah disteril terlebih dahulu bagi memastikan kebersihan dan keselamatan dari sebagai penyakit berjangkit. Dr Hijama Bekam Professional memang mementingkan perkara ini sebab inilah benda paling orang pandang remeh kat luar tu.
Bekam Kosmetik
Bekaitan dengan Bekam Kosmetik pulak, aku tak berpeluang nak buat sebab masa dah suntuk. Lagipun muka aku takde masalah jerawat. Oh ye bekam kosmetik ni sebenarnya adalah rawatan untuk muka yang berjerawat. Boleh kurangkan pigmentasi dan jadikan wajah korang segar.
Jangan risau pasal kesan bekam kat muka sebab dalam masa 3 hari kesan tu akan hilang. Teknik bekam dilakukan dengan cara membersihkan cupping sebelum sempat kulit korang bengkak.
Pengalaman Bekam Pertama Kali
So far aku memang puas hati lah dapat berbekam kat Dr Hijama Bekam Professional ni. Aku tak boleh nak compare la dengan perkhidmatan bekam kat tempat lain sebab ini pun pengalaman kali pertama aku berbekam.
Apa pun yang meyakinkan adalah teknik ‘torehan/tusukan’ untuk mengeluarkan darah pada tempat yang betul iaitu salur darah kapilari dan kebersihan peralatan dan tempat berbekam. Selain tu, petugas kat Dr Hijama Bekam Professional ni semua mahir dan ramah.
Pandai diaorang berborak dan olah topik sambil merawat. Tempat untuk berbekam ni pun ada bahagian lelaki dan perempuan. Petugas Dr Hijama Bekam Professional terdiri dari lelaki dan wanita. Lelaki akan bekam orang lelaki lah dan wanita akan bekam wanita. begitulah.
Maklumat Bekam dari Rakan Blogger
Korang boleh baca info pasal Dr Hijama Bekam Professional ni kat blog rakan-rakan aku macam Uncle Zuan (Rawatan Bekam Professional Dr Hijama), Dhia Vivadea (Rawatan Bekam Bertauliah), Farah Dafri (Manfaat Bekam dan Cadangan Tempat Bekam di Selangor) dan Neyra (Rawatan Bekam Dr Hijama). Artikel diaorang semua memang membantu untuk korang yang nak tau lebih lagi berkaitan rawatan bekam. Yang penting apa tau, bekam dengan selamat dan bersih.
Bersama pengasas Dr Hijama Bekam Professional, Dr Azrinaz. |
Petugas yang menjalankan proses bekam kat aku, Encik Faiz. |
Bersama +Dhia Vivadea |
dia buat bekam pulak dahh
ahahahahaha! kemon Nik Khazami… join buat bekam..
Berbekam mmg baik. Mcm tukar minyak hitam.
Hubungi saya jika hendak masuk MLM
First time tau tentang bekam kosmestik ni. Elok sangat la terbaca pasal Dr Hijama Bekam ni sebab muka pun da penuh jerawat ni ha…sobsob
amboi jerawat ye.. mcm zaman remaja plak tetiba muncul jerawat.
Assalamualaikum wbt .. terlebih dahulu saya memohon maaf jika sekiranya menggangu ruangan komen ini. Cuma inginkan kepastian mengenai tulisan tuan diatas tadi mengatakan Dr Azrinaz pernah bertugas di Hospital Serdang, Dari apa yg saya dengar (tiada bukti sahih) beliau tidak menamatkan latihan praktikal selama 2 tahun untuk melayakkan beliau diiktirafkan sebagai seorang doktor selepas menamatkan pengajian Bidang Perubatan selama 4 tahun, cuma menjalani latihan praktikal selama 1 bulan sahaja di Hospital Sedang. Wallahua’llam.
Tidak dinafikan beliau merupakan pakar/profesional dalam bidang bekam akan tetapi jika benar sekiranya beliau bukan seorang DOKTOR seperti yg tuan nyatakan, disini terdapat unsur2 yg kurang baik atau lebih tepat helah/penipuan untuk meyakinkan pesakit atau pelanggan. TanxQ.
Terima kasih. Saya akan dapatkan kepastian. Apa2 pun sy akan ubah artikel ini. Thanks.
Mana tempat saya Hijama treatment mahu saya shah alam ada
Ada. Call number dalam tu.