Pengalaman Pandu dan Review Honda Civic FC Baru

Kalau rasa-rasa bulanan boleh bayar RM1200++ dengan deposit lebih kurang RM5k-RM10k, boleh la berangan-angan nak beli Honda Civic 2019 baru ni. Saya nak kongsikan review saya berkenaan pengalaman pandu Honda Civic 2016 yang saya alami pada tahun 2016 masa mula-mula kereta ni dilancarkan di pasaran Malaysia.

review blogger uji pandu honda civic FC baru.

Masih segar dalam ingatan kuasa pecutan dan tujahan Honda Civic ni. Unit yang saya pandu adalah varian 1.5 Turbo Charged Premium warna maroon.

Berdesup tak berbunyi langsung. Tau-tau meter dah cecah 160km/h.

Confirm sesiapa yang pernah drive Civic baru ni (tak kira versi Turbo atau NA), mesti termimpi-mimpi nak beli kereta ni.

Siap-siap cek berapa kelayakan nak buat loan bagai semua.

  • Berapa bayaran bulanan
  • Berapa interest rate
  • Berapa deposit
  • Berapa kos maintenance yang perlu dikeluarkan
  • dan macam-macam lagi.

Dari segi jenama, rata-rata orang asia sudah cukup percaya dengan jenama Honda. Dan memang itulah sebenarnya yang saya cuba sampaikan.

In brief, kalau korang nak memiliki kereta yang laju, yang harga maintenance dan sparepart ok, service meluas dan dilengkapi teknologi terkini dengan harga yang berpatutan, korang boleh consider jenama Honda.

Dan model Civic semestinya pilihan anak muda macam saya. hehehe!

Pengalaman Pandu Uji Honda Civic 1.5 Turbo-Charged Generasi ke 10 Baru

2 hari saya diberikan peluang untuk pandu uji Honda Civic 1.5 turbo dari Kuala Lumpur ke Setia City Shah Alam ke Bentong dan Putrajaya.

Tahniah kepada pihak penganjur sebab pilih laluan yang tepat untuk menguji kebolehan Honda Civic 1.5 Turbo 2016 ni.

Cukup lengkap untuk speeding, maneuver, stuck dalam traffic jem, dan jalan mendaki bukit.

Tak cukup dengan tu, aksi emergency pun dilakukan (oleh pemandu professional) untuk menguji sistem VSA (Vehichle Stability Assist) yang juga menguji adrenalin saya . Berderau kejap.

Speed dan Tork yang Effortless dan Padu

Bab speeding, mula-mula tu saya agak ragu-ragu sebab karang kena perangkap AES tak ke naya? Tapi memandangkan saya follow kereta Lead1 (Honda HRV), jadi saya yakin semuanya selamat.

Kereta Lead1 yang mengetuai konvoi kitaorang ni memang sangat professional.

Selain memantau semua ahli konvoi, dia jugaklah yang akan bagitau apa yang perlu diuji pada Honda Civic 1.5 turbo yang saya bawak ni.

“Okay! tekan minyak sampai 160 km/h”

“Okay! Masuk ke lane kiri semua!”

“Pastikan pandu berhati-hati”

Lebih kurang camtulah arahan dalam walkie-talkie yang dibekalkan penganjur kepada semua unit pandu uji Honda Civic.

review honda civic 1.5 turbo FC warna maroon
review honda civic fc baru dengan amoi.

Speed paling laju saya tekan cecah 160km/h masa kat area Genting Sempah.

Memang effortless, pantas, lincah. Yang paling best dan buat saya geram adalah daya tujahan dia tu.

Sebenarnya belum pun full blast  saya tekan pedal minyak tapi kereta ni dah memecut sangat-sangat pantas dan sangat efektif.

Enjin tu baru nak mengaum sikit saya dah cucuh rapat kereta Lead1. Takkan nak take over pulak kan? Lawan tokey tu namanya.

Dalam speeding tu sempat Marshal suruh tukar lane tengah, kekadang lane kiri dan kanan. Sangat mantap dan penuh kawalan. Alahai skema pulak ayat ni.

Pendek kata saya rasa full confident bab handling kereta ni. Cornering pun jitu.

Kecekapan di Dalam Trafik Jam & Interior Design

Masuk hari kedua, banyak gak stuck dalam jem. But fret not, saya masih boleh enjoy kot dalam Honda Civic ni. Sound system dia memang sedap, dan audio system boleh disync dengan iphone.

Saya sambung lagi pasal interior Honda civic 2016 ni, bukan je cantik malah cukup selesa sampai saya tak sabar-sabar nak masuk dan drive kete ni balik dari Putrajaya ke KL walaupun saya penat dari aktiviti Flyboarding kat Marina Putrajaya dan saya yakin jalan kat KL sesak gile.

Servis dan Maintenance (Kos / Harga)

Bab servis? Alahai tak perlu risau la.

Pusat servis Honda ni ada merata kat Malaysia. Senang nak cari. Kat Seremban ni je dah boleh nampak setiap kali saya lalu Highway atau nak ke NSK Seremban. Hehe.

Cuma bab kos maintenance tu kena bijak sikit urus duit. Saya ada buat artikel berkaitan plan untuk servis Honda FC dari segi kewangan.

Masa hari pertama aritu pandu uji kereta tu, kitaorang dibawak ke Kah Motor Selayang untuk alami sendiri prosedur nak servis Honda civic ni.

Dari reception sampailah ke tempat menunggu semuanya selesa.

Oh ye, setiap hari disediakan sarapan untuk pengunjung yang datang ke Pusat servis Honda ni. Tempat solat pun ada.

Tapi kebanyakan orang yang datang servis cuma hantar kereta pastu blah sementara kereta diservis. Kalau tunggu pun tak sampai 1 jam kalau ikut SOP dia la.

penerangan technician berkenaan perkara yang diservis untuk honda civic FC baru

Pssttt! Honda Civic 2016 ni akan alertkan korang untuk pergi servis kereta tu kat panel meter.

Kat situ akan dipaparkan samada korang perlu tukar minyak enjin je tanpa perlu tukar oil filter atau perlu tukar kedua-duanya sekali.

Anggaran Kos untuk setiap kali servis adalah RM400-RM700.

Kalau nak tahu harga servis Civic FC ni lebih lanjut, baca Kos Servis dan Maintenance Honda Civic FC terbaru.

Tapi berbeza dengan variant Turbo 1.5 dan Normal Aspirated 1.8 dan…

Bergantung kepada cara pemanduan korang.

kawasan servis centre Honda selayang. REview honda civic fc baru
Honda civic 1.5 turbo charged premium maroon. review honda civic fc

Ciri Keselamatan VSA

Masuk bab cara pemanduan ni, memandu cermat camna pun kita, kita masih perlukan satu sistem keselamatan semasa kita memandu.

Dan saya pasti, semua manusia mempunyai satu tindakan refleks bila menghadapi kecemasan semasa memandu.

Vehicle Stability Assistance (VSA) adalah apa yang diperlukan pada setiap kereta.

Sistem VSA yang ada pada Honda civic 2016 ni membantu pemandu untuk mengawal kenderaan di saat kecemasan.

Sistem ni bertindak mengawal kereta dari terbabas dan terbalik.

So far banyak lagi ciri-ciri canggih honda civic 2016 yang korang kena rasai sendiri selain penggunaan petrol yang effisien untuk sesuatu yang dijana oleh kuasa turbo ini.

5 warna pilihan Honda Civic 1.5 turbo / 1.8 NA (Normal Aspirated)

  1. Dark Ruby Red Pearl
  2. Modern Steel Metallic
  3. Crystal Black Pearl
  4. Lunar Silver Metallic
  5. White Orchid Pearl

Antara ciri Honda civic 2016 yang cuba diemphasiskan. Dilengkapi 6 air bags

  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Anti Lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Distribution (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • ISOFIX (Smart nehh!)

Rekabentuk Aerodinamik

Rekabentuk dan design Honda Civic 2016 ni, kalau saya teka awal-awal dulu, ingatkan Honda Accord. Sebab designnyer macam agak eksekutif sikit.

Tapi bila saya perhati betul-betul, ianya agak sporty.

Design yang betul-betul aerodinamik. Pandang dari belakang, sisi, dan depan alahai, melting sangat. Lagi-lagi warna putih, semacam ada tarikan kat situ.

Layanan Terbaik Dari Pihak Penganjur

Penginapan di Aloft KL Sentral

Sepanjang 2 hari 1 malam haritu, kami semua blogger dilayan begitu baik. Untuk penginapan kami menginap di Aloft Kuala Lumpur Sentral.

Sarapan pagi yang banyak pilihan dan tempat makan yang sangat-sangat selesa selain bilik yang luas untuk saya beristirehat.

Sayangnya saya tak join geng-geng lain pergi ke Rooftop untuk berenang kat kolam renang petang tu. Petang tu saya just relax tengok tv dalam bilik.

Lunch Pertama di Closer Kitchen Mutiara Damansara

Untuk hari pertama, selepas konvoi kami setel lawatan kat Kah Motor Selayang, kitaorang terus ke tempat makan Closer Kitchen & Ekspresso Bar Mutiara Damansara untuk makan tenghari.

Fuh, tempat ni kemas berkaca.

Saya makan menu ikan Salmon dengan minuman Spinach juice yang masam-masam manis.

Puas sangat-sangat. Malam tu pulak kitaorang dijamu dengan makan nasi ayam Penyet dan Sate.

Sangat kenyang dan sampai tak boleh nak jalan dah.

Lunch Hari Kedua di The Garage KL

Hari kedua, selepas puas kitaorang layan corner dekat Genting Sempah kami terus berkonvoi ke The Garage KL.

Untuk apa agaknye?

Apa lagi, untuk lunch la.

Sarapan pagi tadi masih terasa kekenyangannya, sekarang ni kami kena makan lunch pulak. Saya rasa tempat ni dah ramai yang tahu sebab dah ramai blogger dan facebooker yang buat review.

Apa yang saya boleh katakan tempat ni unik, makanan sedap sangat dan pencuci mulut dia perghh…. New York Cheese Cake yang diletakkan di atas kayu dan disiram caramel memang satu kombinasi yang rare membuatkan saya nak tambah lagi New York Cheesecake ni.

Flyboarding di Marina Putrajaya

Ini adalah aktiviti kemuncak dan yang paling saya tak boleh move on sampai sekarang.

Baru saya tau camna cara flyboard ni berfungsi.

Flyboarding putrajaya
Hye Rawlin, kagum ke tu?
Yosh!

Caranya adalah dengan memindahkan air bertekanan tinggi yang dilepaskan oleh Jetski dengan kekuatan lebih kurang 240 kuasa kuda ke hos yang disambung dari Jetsi ke alat flyboard yang dipasang kat kaki tu.

Dengan daya tujahan tu orang yang berat 150kg pun boleh terapung ke udara.

Save the best for the last. Senarai Harga Honda Civic 2016 adalah.

  • 1.8S (RM113,800) RM108,000
  • 1.5 Turbocharged TC (RM127,800) RM123,800
  • 1.5 Turbocharged Premium TCP (RM135,800) RM128,800
Lampu LED honda Civic baru lebih terang
Lampu LED

Paling-paling gaji bersih kena ada dalam RM4k-RM5k untuk selesa pakai kereta ni.

Dan pastikan langkah bijak la kalau nak beli kereta.

Jangan la pulak terus beli tanpa mengira komitmen lain.

Kalau memang layak dengan gaji RM4k-5K, adalah lebih elok tambah lagi sumber pendapatan lain khas untuk bayaran bulanan dan servis maintenance Honda Civic ni.

Barulah net worth kita tak susut. (tak juga berkembang).

Untuk tau lebih lanjut berkenaan dengan cara tambah sumber pendapatan tanpa kacau gaji, boleh subscribe Channel Youtube saya Adzril Bloggertalk.