Adzril Trusted Runner plate Putrajaya

Since 2019 zaman plate Putrajaya masih FC (time tu masih ada F, FA, FB) saya bermula untuk ambil tempahan nombor plate Putrajaya. Tak pernah terfikir pun untuk buat kerja runner ni. Tapi since banyak permintaan, saya pun seronok buat kerja camni. Time ni masih tak muncul lagi isu trusted runner plate pada saya.

Sampai ke hari ni, saya masih lagi menguruskan tempahan nombor pendaftaran Putrajaya dan negeri-negeri lain. Bezanya sekarang saya tak buat seorang, saya bina team untuk lancarkan lagi urusan tempahan berjalan.

Timbul isu tak percaya

Ada 1 perkara yang menjadi dalam urusan tempahan antara saya dan customer. Iaitu kepercayaan. Memandangkan urusan semuanya online, dari pertanyaan nombor, prosedur, dokumen dan pembayaran serta penyerahan slip nombor pendaftaran, maka muncullah soalan begini;

  1. Pejabat encik kat mana?
  2. Awak ni trusted ke?
  3. Kena bayar full atau depo ye? Kalau full saya tak berani.
  4. Boleh saya dapatkan ic awak?
  5. Apa FB awak?
  6. dan lain-lain.

Yang mana soalan-soalan tu sebenarnya menjurus ketidakselesaan pada saya. Sebenarnya ok je untuk berjaga-jaga. Tapi kadang tu saya terfikir begitu celakanya scammer-scammer kat luar sana yang berjaya menjadikan ramai orang tak percaya kepada runner atau peniaga yang betul-betul buat kerja.

Research dulu Trusted runner plate

Scammer ni semua memang sindikated sampai ramai orang tak percaya walaupun sebenarnya boleh je customer buat research berkenaan dengan runner yang mereka nak berurusan. Contohnya;

  1. Tengok phone numbernya, adakah jenis pakai buang atau memang nombor ‘VIP’. Logiknya kat sini, kalau scammer dan tentu-tentu akan menggunakan phone number yang jenis hit and run. Tak mungkin la scammer akan menggunakan nombor VIP atau nombor telefon yang cantik untuk buat scam.
  2. Semak nombor telefon melalui CallApps atau Truecaller. Dari situ dah boleh bantu naikkan sikit nilai kepercayaan pada diri sendiri untuk teruskan atau tak berurusan dengan runner berkenaan.
  3. Tengok logik penyampaian runner tu. Cuba tanya beberapa soalan tentang prosedur yang mana biasanya runner memang arif tentang selok belok urusan berkaitan urusan JPJ/Puspakom.
  4. Tengok dari mana anda sebagai customer mendapatkan nombor telefon runner tu. Kalau dari FB, boleh tengok profile FBnya. Kalau dari TikTok, tengok penyampaian dalam akaun TikTok tu legit ke tak. Kalau dari website, tengok kredibiliti website tu, takkan la ada scammer bina website guna nama sendiri semata-mata nak scam orang.

Sebagai customer tak perlu lah sampai perlu minta runner punya kad pengenalan. Sebab ada kes customer yang nak berurusan dengan saya sampai mintak kad pengenalan saya semata-mata nak sahkan saya wujud ke tak. Padahal sebelum tu macam-macam dah tanya prosedur itu ini, last-last mintak ic. Bila saya refuse, terus tak nak teruskan urusan.

Jangan teruskan transaksi

Tapi baguslah tak teruskan. Saya pun biasanya akan nasihat customer untuk tidak transfer duit sekiranya ada keraguan dalam diri dia. Dan saya akan mintak dia berurusan dengan runner yang dia boleh percaya sahaja.

Saya faham golongan yang mempunyai keraguan yang tinggi dalam diri tu memang ada, tapi tak perlu lah sampai tanya “Awak bukan scam kan?” “Awak ni trusted kan?” Kalau soalan tu ditujukan kepada scammer pun dah tentu-tentu scammer tu cakap “Saya legit, saya trusted dan saya bukan scammer”. Soalan tu sendiri tak relevan dan kadang menyakitkan hati jugak :D.

Customer dari Syurga

Begitulah ceritanya. Tak semua customer tu sama. Saya bersyukur sebenarnya kebanyakan customer saya jenis senang berurusan. Ada sampai tahap mudahnya urusan tu sampai tahap proses semudah abc

  • customer: Saya nak nombor FC####, ada tak?
  • saya: Kejap saya cek.. (buat semakan), ahaa nombor tu ada.
  • customer: Bagi nombor account bang.
  • saya: (bagi nombor acc dan minta dokumen yang diperlukan).
  • Customer: done transfer.

Ya! betul ni. Saya rasa macam, “aku bermimpi ke ni?”.

Apa pun sebenarnya berniaga tu memang perlu ada seni. Seni untuk orang percaya tu paling penting untuk close sales. Saya sentiasa sedaya upaya mewujudkan kepercayaan dari orang ramai untuk memastikan semua urusan berjalan lancar.