GoPro Hero 3+ vs SJ4000 vs WDV5000 Action Camera

Tiba-tiba action kamera menjadi fenomena kebelakangan ni. Dulu orang tak kenal pun GoPro, sekarang ni hampir semua penggemar sukan ekstrem dan penggemar selfie mengenali GoPro ni. Tapi harga GoPro ni bukan alang-alang.

Bagi pioneer dalam bidang action kamera ini mereka terlebih dahulu menguasai pasaran dunia jadi harga yang diletakkan tak menjadi pertikaian sehinggalah datang persaingan dan rival yang bertubi-tubi. Tapi menurut pandangan aku, GoPro masih buat ‘tak kisah’ dengan pesaing-pesaing dia ni.

Sebab apa? Sebab GoPro ni ada peminat2 dia sendiri dan pembeli2 yang pentingkan jenama dan kualiti dan waranti.


dari kiri GoPro, WDV5000 dan SJ4000

GoPro unggul pada jenama dan kualiti
Harga untuk GoPro 3+ Black Edition adalah RM1499 manakala Silver Edition RM1299. Beza ketara antara dua edisi ni adalah megapixel Black Edition 12MP berbanding Silver Edition 10MP. Selain itu Black Edition ada wireless remote dan Silver Edition tiada.

Namun kedua-dua model ini mempunyai keupayaan wifi yang membolehkan smartphone korang jadi wireless remote. Memang sangat awesome. Aku pernah nak beli kamera ni, time tu memang dah kat kedai kamera, cuma apa yang membatalkan aku dari membeli kamera ni adalah apabila orang kedai tu cakap tak boleh bayar pakai kad debit.

Niat masih ada masa aku on the ke ATM machine, memandangkan ATM machine agak jauh time tu, setibanya aku kat ATM , niat aku berubah dan berkata dalam diri why not aku try yang lebih murah? Jom aku cerita pasal action kamera SJ4000 plak.

SJ4000 lebih murah tanpa Wifi dan remote

SJ4000 menjadi sebutan ramai penggemar GoPro yang nak dapatkan nilai terbaik bagi duit diaorang. Mana taknya, harga SJ4000 adalah sekitar RM290 – RM350 sahaja. Murah lebih 2 kali harga GoPro dengan spesifikasi yang tak kurang hebatnya.

Dari segi kualiti gambar dan video masih lagi boleh menandingi kehebatan GoPro. Cuma apa yang kurang kat SJ4000 ni adalah peranti ni takder wifi dan of coz la takder wireless remote. Tapii… SJ4000 ada skrin kat belakang kamera ni berbanding GoPro yang kene beli skrin tambahan dengan harga lebih kurang RM399.

Malah keluasan lens SJ4000 ni adalah lebih berbanding GoPro iaitu 175 darjah keluasan. Yang ni hampir jugak aku terbeli. Tapi aku ni jenis nak yang ada Wifi + Murah. Jadi kat situ aku jumpa WDV5000 yang murah dan ada wifi.

WDV5000 action camera 5MP paling berbaloi dimiliki dengan kualiti rakaman suara yang teruk.

Akhirnya aku jumpa action camera yang betul-betul murah dan ada wifi dan wireless remote. WDV5000 ni lebih kurang RM280 kalau kat amazon.com. Kelebihan WDV5000 ni selain murah dan ada wifi, ianya juga ada internal memori 1GB!

Bentuk dan kualiti binaan yang terbaik (menurut review kat dealextreme) tetapi still WDV5000 ni ada kelemahan. Satu kelemahannya adalah kualiti rakaman suara yang sangat teruk walaupun menggunakan external mic. Kelemahan ni memang langsung tak mengganggu niat aku untuk membeli.

Nak dijadikan cerita, aku dah set apa yang aku nak beli kat amazon ni iaitu dolly car dan magic arm untuk digabungkan dengan action kamera idaman aku tu.

Lazada Malaysia
Selepas membuat kiraan, aku dapati harga keseluruhan adalah lebih kurang RM600. Tiba-tiba (again) aku terasa yang aku perlu jujur pada diri aku kalau ada duit lebih kena buat simpanan. Dulukan keperluan dari kehendak.

Terus aku batalkan niat beli kesemua tu dan transfer RM600 ke akaun bini aku dan mintak dia beli 1Dinar emas 916 kat Public Gold. Haritu jugak dia pegi beli emas seberat 4.25 gram tu tanpa lengah. Lega aku! Lenkali la aku beli action kamera.

Baca juga : Pengalaman dan Pendapat Guna Action Cam RD990

Untuk pengetahuan korang, sekarang aku guna Eken H9, gambar memang clear, tapi kalau low light memang out. Aritu pening dengan apps dia ni sebab tak tau mana dia download semua video atau gambar dalam Android ni, rupa-rupanya dia simpan kat phone storage kat folder DCIM/WIT/EziCam/. Gigih aku cari satu persatu folder.

8 Comments

  1. Tanpa Nama
  2. Mohd jasman
    • Adzril

Leave a Reply