Cara guna ActionCam RD990 menggunakan handphone lebih kurang sama je dengan cara guna GoPro dengan handphone. Bezanya adalah aplikasi yang digunakan. Kalau GoPro gunakan aplikasi GoPro App dan kalau ActionCam RD990 pulak perlukan Apps ActionCam990 di PlayStore.
Cara guna handphone untuk control RD990 action cam |
Aku ada buat kajian, selain dari Apps ActionCam990, RD990 pun boleh guna Apps kamera lain yang ada fungsi sambungan wifi dari smartphone ke kamera. Tapi yang paling stabil setakat ni adalah ActionCam990 (walaupun ada bugs sket.)
Cara Guna ActionCam RD990 Dengan Handphone
- On kan fungsi wifi di RD990 anda dengan menekan butang disebelah kiri ActionCam tu. Tekan beberapa saat sehingga lampu biru muncul pada butang itu. Tunggu lagi beberapa saat sehingga lampu biru berhenti berkelip.
- Di smartphone korang tu, connect / sambung phone korang ke Wifi ActionCam990 tu. Nama wifi (SSID) bagi actionCam990 tu adalah ActionCam990. Password default untuk sambungan wifi RD990 ini adalah 8888888888. (nombor 8 sebanyak 10 kali)
- Bila sambungan wifi dah connected, open apps ActionCam990 kat handphone korang dan tekan pada icon kamera dan dah boleh control guna handphone anda untuk tangkap gambar atau record video.
Klik icon kamera setelah wifi tersambung |
Untuk proses memindahkan gambar dari kamera ke smartphone tidak selalu menjadi buat masa ini (semasa artikel ini ditulis.) Tapi aku dah jumpa cara berkesan untuk transfer gambar dari ActionCam990 ke smartphone gunakan sambungan wifi. Kalau nak lagi mudah, pakai kable je la.
sila berkomen okey.
Wah bagus banget nie mas..terima kasih kerana berkongsi info
terima kasih kembali kerana sudi jalan2 sini.