Barang siapa tak jadikan blog milik mereka mesra mobile maka rugilah dia sebab zaman sekarang internet diakses 90 peratus daripada smartphone.
Tujuannya adalah untuk memudahkan pelawat membaca isi kandungan dalam blog dengan lebih jelas dan selesa. Ada 2 cara yang menjadikan blog mesra mobile bagi blogger atau blogspot yang aku tau.
Cara pertama dengan setting On/Off mobile mode kat menu template dan satu lagi cara guna sedikit coding.
Sebelum pergi jauh, aku nak terangkan sikit berkenaan mobile mode untuk blog korang tu. Ada sesetengah template blogger menyokong fungsi mobile pada template mereka.
Maksudnya tak perlu nak on mobile mode pada setting mobile kat menu template tu, biarkan je dia dalam mode Disable pun tetap akan jadi paparan mobile pada device atau smartphone korang.
Ini yang kita nak.
Tapi kalau template tu tak ada fungsi tu, maka blog akan dipaparkan dalam paparan sama seperti di pc atau laptop.
Bagi template yang takde fungsi mobile tu, boleh terus aktifkan fungsi tu pada bahagian mobile kat menu template yang aku sebutkan tadi.
Paparan mobile akan terhasil dan ianya tak la berapa cantik dan akan hilang identiti template tu menjadi template mobile yang standart yang disediakan oleh Blogger.
Perkara ini juga akan berlaku kepada template yang sudah ada fungsi mobile, maksudnya identiti template pun akan hilang pada template tersebut sekiranya mobile mode diaktifkan sedangkan template itu sudah mempunyai fungsi mobile tersendiri.
Jadi kat sini aku nak tunjukkan cara untuk jadikan template blog mesra mobile dengan cara enable mobile mode blogger dan cara koding.
Isi Kandungan
Enable Mobile Blogger Mode
Ini cara paling senang. Masuk ke panel/dashboard blogger. Pergi ke menu template. Klik pada ikon gear pada bahagian Mobile, kemudian tick pada “Yes. Show mobile template on mobile devices.” Maka paparan blog korang akan jadi versi mobile jika diakses oleh smartphone.
Untuk teknik ini, template akan hilang identiti dan segala paparan iklan seperti Adsense, Innity, Mobicow bahkan iklan bergambar yang diletakkan pada gadget/widget pun tidak akan dipaparkan pada versi mobile ini. Kelebihannya adalah paparan yang ringkas dan ringan.
Coding Untuk Blog Template Versi Mobile
Cara letak coding ni agak tricky. Tapi bagi blogger yang tak nak tukar template lain yang ada versi mobile tanpa menghilangkan identiti template dan bagi mereka yang nak appearkan iklan di blog mereka boleh la guna coding ini.
1. Copy kod ini :
<meta content=’width=device-width,initial-scale=1.0,minimum-scale=1.0,maximum-scale=1.0′ name=’viewport’/>
2. Pergi menu template > Edit HTML dan cari tag <head>
3. Paste kan Kod (1) di bawah tag <head>
4. Siap.
Hasilnya akan menjadi seperti ini.
Ada beberapa tweak lagi yang perlu dilakukan pada teknik koding ini. Tapi buat masa ini cukup setakat untuk menjadikan template blog mesra mobile. Untuk uji sama ada template korang mesra mobile atau tak, boleh la ke web untuk uji blog Mobile Friendly anda. Selamat maju jaya.
Untuk memaparkan widget atau gadget pada paparan mobile, korang boleh rujuk code pada blogger kat sini. Dengan kod tu korang bebas menetukan widget mana yang perlu timbul atau perlu disorokkan pada paparan mobile.
terima kasih ya kerana berkongsi, post ini sangat menarik.
Sama2… Terima kasih sbb singgah.
t.kasih ats perkongsian..sgt membantu.
sama2…