Saya biasa berkeliaran di sekitar Alamesra, Kota Kinabalu dan Putatan sebelum ni, ada banyak kedai makan yang offer ayam penyet. Yes saya pemburu Ayam Penyet. Dan ada 1 restoran ayam penyet yang saya kunjungi ni saya kategorikan sebagai salah 1 ayam penyet terbaik di Sabah.
Boleh dikatakan rata-rata ayam penyet di Sabah ni memang sedap. Masing-masing ada keunikan sendiri.
Saya memang ada favorite saya sendiri di satu-satu tempat tu.
Tapi kali ni saya nak kongsikan 1 kedai makan ayam penyet yang sedap dan memuaskan. Bukan di Alamesra tapi di Putatan Sabah.
Kebetulan dekat dengan Homestay Ustazah Jamilah, memang plan cuti yang terbaik lah.
Jarak antara Putatan dan Kota Kinabalu lebih kurang 10-16 minit kalau tak jem.
Supreme Ayam Penyet ataupun SAP.
Dalam banyak-banyak restoran yang sediakan ayam penyet kat Sabah ni, inilah kedai paling kemas dan cantik pernah saya datang untuk makan ayam penyet.
Menu ayam penyet pun ada pelbagai. Ada ayam penyet Original, ayam penyet Meleleh, Super Supreme, dan macam-macam lagilah. Saya pun tak ingat.
Yang saya ingat, Supreme Ayam Penyet Meleleh atau ringkasnya SAP Meleleh.
Apa yang meleleh?
Sambal dia meleleh membanjiri ayam penyet. Puas hati!
Saya belanja gambar untuk tatapan anda semua ye.
Sebenarnya saya jadikan ayam penyet di Supreme Ayam Penyet (SAP) ni sebagai salah satu alasan untuk saya kembali bercuti di Sabah selain seafoodnya.
Bukan apa, kat Semenanjung ni susah pulak saya nak cari ayam penyet yang sedap menepati citarasa. Korang ada cadangan kat mana ayam penyet yang sedap area Klang ni? Drop komen untuk cadangan.
Peta Lokasi Supreme Ayam Penyet
[…] Supreme Ayam Penyet Putatan […]
[…] malam tu saya nak makan ayam penyet kat kawasan berdekatan dengan tempat penginapan. Nama kedai tu Supreme Ayam Penyet, lokasinya terletak di Putatan. Kebetulan pulak homestay Ustazah Jamilah ni memang kat Putatan […]