Kalau dari KLIA2 nak ke Sabah ambik masa dalam 2 jam 30 minit je. Jangan anggap Sabah tu jauh lah. Dekat je. Korang boleh jadikan Sabah salah satu destinasi bercuti dengan keluarga, atau kawan atau sorang-sorang (solo traveler/backpaker). Ni dia tips bercuti di Sabah untuk 3 hari 2 malam.
Tips ni berdasarkan perjalanan dari KLIA2 ke Kota Kinabalu. Next nanti baru saya buat ke Tawau dan Sandakan pulak.
Baca pengalaman saya bercuti guna Pakej Bercuti Sabah selama 4 hari 3 malam.
Homestay atau Hotel di Kota Kinabalu
Persediaan Awal
Sebelum ke Sabah (Kota Kinabalu), apa yang perlu korang persiapkan adalah tempahan homestay atau hotel. Boleh book Homestay Effa.
Homestay yang BERSIH, pemandangan yang cantik dan akses yang senang untuk ke banyak tempat sekitar KK.
Pilih mana yang bersesuaian dengan korang. Kalau solo, elok ambil hotel. Kalau ramai-ramai, homestay adalah pilihan terbaik.
Seterusnya kereta sewa.
Kereta Sewa
Yah! Ini penting, sampai je Kota Kinabalu Airport, terus ada kereta sewa sendiri. Takkan dah sampai KK baru nak cari kereta kan? Boleh jugak cari masa dah sampai KK, tapi agak kalut sikit lah.
Nah terus book kereta sewa di Kota Kinabalu awal-awal.
Senang sikit dah sampai terus boleh jalan-jalan sekitar bandar Kota Kinabalu.
Baca artikel kereta sewa di Kota Kinabalu ni untuk dapatkan kereta sewa sejurus korang jejak kaki kat airport Kota Kinabalu (KKIA1).
Tak tahu jalan?
Guna Google Maps atau WAZE je.
Penginapan dah setel, kereta sewa pun dah setel. Itu 2 perkata penting untuk korang bercuti kat Kota Kinabalu dah setel sebelum korang jejak kaki di Sabah ni.
Cadangan Waktu Penerbangan
Sekarang saya akan bagi idea, Apa nak buat kat Kota Kinabalu untuk short vacation ni. 3 hari 2 malam kira short vacation la kan?
Ada orang cadangakan ambik tiket awal kan? Tapi saya punya cadangan, ambil flight tiket petang. Dalam pukul 3-4 petang la camtu.
Cadangan : Ambil flight Jumaat petang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, balik ke Kuala Lumpur semula hari Ahad petang dalam jam 4-5 petang.
Hari Pertama : Jumaat Petang.
Sampai je Kota Kinabalu dalam pukul 6-7 petang. Dah gelap. Boleh terus ke penginapan untuk setel down dulu apa yang patut. Refresh semua bagai lah.
Lepas je setel, boleh terus jalan-jalan cari makan kat area monumen Ikan todak berdekatan dengan hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu. Ini memang tempat kebanyakan orang yang datang bercuti ke Sabah ni.
Kat sini harga makanan murah sikit, tapi parking susah ya amat. Parking penuh dari tepi jalan sepanjang jalan sampai la ke Suria Sabah.
Kalau nak parking yang senang, pergi ke Welcome Seafood kat area Asia City (mohon waze). Tapi harga tak semurah kat area Monumen Ikan Todak tu la.
Cadangan Tempat Makan lain.
Kalau seafood bukanlah objektif utama, asalkan makan dan kenyang, korang pergi ke Imago Shopping Mall. Dalam tu korang ada banyak kedai makan dan suasana yang best.
Pilihan saya dan wife sudah semestinya Lucy Kitchen. Portion makanan dia besar.
Dah malam dah, esok standby bangun awal untuk ke pulau.
Hari ke 2 : Sabtu
Bangun pukul 5 pagi, siap-siap terus pegi ke Jesselton Point. Beli tiket ke Pulau.
Buat Island Hoping kat situ.
Manukan, Sapi, Mamutik. Bagitau kat bot untuk balik tenghari. Tapi kalau korang nak balik petang, suka hati korang.
Kalau saya, cepat bosan kat Pulau, sebab takde aktiviti lain nak buat. Snorkeling? Then?
So Balik je tenghari, terus pergi ke Salut berdekatan Politeknik Kota Kinabalu. Makan kat area situ. Ada Kelapa jelly dan lokan bakar. Nikmat kalau makan tenghari tu. Siyes.
Jarak dari Jesselton Point ke Salut tu agak jauh, dalam 45 minit. So nikmatilah pemandangan. (Sepanjang perjalanan ada Mcd kalau nak tapau, jangan risau)
Lepas setel kat Salut, terus balik hotel kat Kota Kinabalu.
Refresh.
Lepas refresh terus pergi Perdana Park di sekitar Tanjung Aru. Untuk apa?
Untuk tengok persembahan air pancut berirama.
Ntah la, wife saya cakap bosan. Tapi saya teruja masa kali pertama tengok air pancut berirama yang start tepat pukul 7 petang setiap hari. Dan setiap kali saya bawak sesiapa datang ke sini, saya gembira bila tengok muka diaorang happy masa air pancut tu bermula.
Lepas setengah jam (bila dah mula bosan tengok air pancut berirama tu) terus gerak ke Pantai Tanjung Aru untuk menikmati suasana deruan laut. Dulu kat sini ada food court, tapi sekarang dah dipindah ke Tanjung Lipat. Boleh lah waze ke Tanjung lipat untuk makan. Tanjung Lipat ni pun cantik gak macam Tanjung Aru.
Suasana kat Tanjung Aru ni best, kalau tak percaya cuba tengok artikel saya masa saya uji kamera Fuji x100 saya. Errr Tanjung Lipat pun best jugak tau.
Orait, kat Pantai Tanjung Aru ni sampai pukul 9 dah la. Lama-lama buat apa kan? kalau nak stay terus sampai pukul 10 malam pun okay.
Esok dah hari last kan? Hari Ahad.
Nampak tak? Sekejap je dah habis masa cuti korang kat Kota Kinabalu ni. Belum lagi saya bagi tips ke Kundasang.
Tapi sebenarnya saya dah bagi tips tu kat artikel sebelum ni untuk tips jalan-jalan Sabah.
Dah malam, tidur awal. Esok hari last sebelum flight balik ke Kuala Lumpur.
Hari ke 3 : Ahad
Untuk hari last ni, sama jugak macam hari semalam. Bangun Awal. Berapa awal? Seawal 5 pagi.
Siap-siap untuk ke pasar pagi untuk beli ikan, udang, sotong dan lain-lain makanan laut fresh untuk dibawak balik. Pukul 6 sepatutnya dah ada kat pasar ni. Waze : Safma Kota Kinabalu.
Tips: Mintak penjual udang tu packing siap-siap udang atau ikan, cakap kat dia korang nak datang ambik pukul 1 tenghari. Ambil nombor telefon dia. Bayar masa ambil packaging.
Bekas polistren tu harganya RM25 (siap salotep keliling) untuk 5kg. Jadi pandai-pandai korang kongsi dengan kawan-kawan lain untuk jimat.
Setel je kat pasar ni, terus ke Pasar Pilipin untuk beli ikan kering, udang kering, ikan bilis, amplang, kuih cincin (kampung Melugus punya sedap) dan lain-lain. Sama juga taktiknya, suruh packing siap-siap, cakap nanti pukul 1 atau 1.30 tenghari korang datang ambik.
Terus ke Gaya Street. Saya yang dah selalu ke KK pun sangat suka ke sini, tak tau kenapa.
Siap?
Tengok gambar kat Gaya Street dalam artikel saya bertajuk Gaya Street Kota Kinabalu.
Tempat ni memang best untuk pelancong beli dan tengok-tengok souvenir.
Ops! Lupa, korang dah sarapan?
Kat area Gaya Street ni ada Oldtown White Coffee. Boleh la nak sarapan kat sini sebelum korang masuk ke Pasar Gaya Street yang panjang tu.
Kalau tak suka Old Town, mungkin boleh cari kedai lain sekitarnya. Contohnya kedai makan Fok Yuen, atau kedai makan area Sadong Jaya. Ada banyak kedai makan lain.
Saya pernah suka makan kat Fok Yuen Restaurant kat sebelah Old Town White Coffee tu.
Bawak kamera ye, tempat ni best kalau korang buat street photography. Atau at least pastikan phone korang full charged. Boleh ambik-ambik gambar kat sini.
Jalan-jalan kat sini saya cadangkan limit sampai pukul 11.30 pagi atau 12.00 tenghari. Lepas tu terus balik hotel atau homestay untuk refresh dan siap-siap packing barang untuk check out.
Bergerak ke Airport
Lepas check out terus patah balik ke Pasar Pilipin untuk ambik bungkusan korang tadi. Dan terus menuju ke airport untuk check in baggage dan pemulangan kereta sewa di airport.
Boleh jugak kalau korang nak ambil bungkusan dulu dan balik ke hotel. Ikut kesenangan masing-masing.
Proses ni paling-paling setel pukul 2 ke 2.30 petang. Cun cun untuk korang santai kat airport tunggu flight balik ke Kuala Lumpur.
So itulah dia sedikit sebanyak tips bercuti di Kota Kinabalu untuk 3 hari 2 malam. Boleh jadi bahan rujukan korang.
Kalau ada permintaan, nanti saya bagi tips berjalan ke Kundasang, Tawau, dan Sandakan pulak ye.
Komen please.. ๐
Harap-harap ada lah rezeki ke Sabah
amin
Murah je. Tiket bulan julai 2018 rm98 ke kk.
nanti berkunjung pula ke pulau pulau di sabah ye..
Payung la.
Cool bro… Bile nak payung? Hahaha…
Bila2 je.
Asslam nak tny klu beli seafood awal pg…pastu bw balik hotel..flght ke kl kul 3ptg… ok ke lagi seafood tu?
Beli yg dah masak ke fresh?
Kalau yg dah masak memang xde la awal pagi.
Tapi kalau udang, ikan, ketam fresh mmg ada seawal 2-6pagi. Bayar awal2 pastu cakap nak pickup kul berapa. Nanti dia packing2 sebelum kita datang untuk ambik ke airport.
Encik, kalau nk ke KK & kundasang 4h3m sempat x??
sempat je..
Terima kasih , membantu sangat
sama-sama.
Terima kasih..sy pn tgh plan nk ke sabah 3 hari 2 malam..bw family..sng nk plan tmpt bc blog awak..
sama-sama.. ๐
Salam encik, nk tanya mana yg lebih jimat sama ada beli flight and hotel asing atau beli flight+hotels sekali lg jimat?
Benda ni subjektif, tgk tempat yg kita nak pergi tu.
Saya x pernah ambik flight + hotel sekali.
Tapi biasa yg combo mestilah lagi murah.
Kena buat comparison la. Kalau book terus flight + hotel lebih senang kot sbb x perlu pening nak cari hotel lain.
Terima kasih atas perkongsian…kami dh booking akan ke Sabah hujung Mac Ni…so sya buat tentatif utk family sya jalan2 berdasarkan perkongsian blog awk. Sgt2 membantu๐
Wahh sama. Saya hujung bulan ni pun ke Sabah lagi.
[…] Let say nak berpusing-pusing sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang dalam 3 hari 2 malam. […]
[…] 3 Hari 2 Malam di KK […]
Hi,
Nak tanya klau travel sendiri without travel guide … safe tak
Drive sendiri dengan Waze n follow internary boleh ke
Safe. Jangan risau. google maps dan waze boleh digunakan kat Sabah tanpa masalah.
bagi tips nak tawar menawar masa beli ikan atau udang?
beli terus dari nelayan atau orng tengah??
tiada spesifik tips. kalau ada kawan Sabahan boleh la mintak tolong. atau pandai cakap sabah ikut slang2 tertentu dah boleh la.. yang penting seller rasa selesa dengan kita pun dah cukup.
Assalamualaikum bro!
Nak bungkus seafood fresh tu, kita kene siap2 cari bekas polisterin tu dulu atau kat pasar atau pasar kering ada jual?
Kalo yg fresh tu, ada apa2 masalah tak bab2 berair waktu masuk bagasi?
diaorang boleh provide bekas polisterin tu RM25 harganya. kalau nak bawak sendiri sebelum pegi ke pasar basah tu pun boleh. tiada masalah masuk bagasi. semua ok.