Kos Bercuti ke Sabah kiraan bajet kos secara kasar

Posted by

Pernah terfikir tak berapa bajet dan kos bercuti ke Kota Kinabalu Sabah?

Saya baru terfikir nak kongsikan secara ringkas berapa kos dan peruntukan yang kita akan keluarkan semasa bercuti di Sabah.

Betul ke kalau bercuti guna pakej percutian lebih mahal, atau sebenarnya bercuti sendiri lebih mahal kosnya?

kiraan bajet dan kos bercuti ke sabah
Sejuk kat Kundasang ni, tak sia sia bawak baju lengan panjang.

Saya akan terangkan dari 2 sudut.

  • Bercuti sendiri (tanpa guna pakej percutian) dan,
  • bercuti dengan Pakej percutian Sabah yang biasa dioffer oleh syarikat travel.

kat sini anda akan dapat buat keputusan, nak melancong ke Sabah dengan berjalan sendiri, atau guna travel agent / agen perlancongan / pemandu pelancong.

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Kos Bercuti ke Sabah tanpa agen pelancongan/Pemandu Pelancong

Tiket Flight Untuk Seorang Dewasa

Harga tiket ulang alik dari Kuala Lumpur (KL) ke Kota Kinabalu (KK) naik AirAsia biasanya dalam range RM400 ke bawah.

Kalau harga lebih dari RM400 dah kira overpriced (at least bagi saya la). Paling biasa saya dapat dalam range RM300

Kalau dapat bawah RM200 dah kira sangat beruntung. Ini tak termasuk luggage semua la. Luggage digalakkan beli 20kg semasa balik ke KL.

Jadi kos untuk tiket adalah RM300 untuk seorang.

Kos Sewa Kereta di Kota Kinabalu

Let say nak berpusing-pusing sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang dalam 3 hari 2 malam.

Harga sewa kereta di sekitar Kota Kinabalu adalah RM80 ke RM100 untuk Axia.

Nak sewa kereta murah? Baca artikel saya Kereta sewa murah Kota Kinabalu Sabah.

Biasanya, penyedia kereta sewa akan bagi harga murah dan diskaun kalau kita sewa kereta 3 hari dan ke atas.

Jadi untuk kita stay di KK lebih kurang 3 hari, anggaran adalah RM80x3 = RM240.

Pastikan nak pilih kereta sewa tu, pilih yang sesuai. Takut nanti nak sewa Axia, tup tup tak muat sebab bawak banyak luggage.

Tapi kalau datang seorang, dan nak pusing-pusing around KK je, elok naik grab je.

Kos Penginapan Hotel Atau Homestay

Kalau 3 hari 2 malam, maksudnya kita perlu keluarkan duit untuk 2 malam penginapan.

Hotel dalam range RM120-RM150 untuk 1 malam. Sesuai la kalau datang bertiga atau berempat.

Kalau datang sorang, boleh stay kat backpacker hostel macam Skypod yang harganya jauh lebih murah iaitu RM27-RM40 untuk 1 malam (termasuk sarapan). Dah cukup selesa.

Kalau ramai? Elok ambik Homestay. Alang-alang ambik homestay, biar yang selesa. Range dalam RM350 ke RM380 untuk 1 malam. Boleh stay ramai-ramai, siap boleh masak.

Jadi camna nak kira ni?

Saya ambil yang hotel la. RM120x2 = RM240.

Kos Makan (Tak termasuk Seafood)

Perkara wajib kalau datang Sabah ni mesti nak makan seafood kan? Tapi takkanlah setiap hari nak makan seafood.

Ok jom kira secara kasar.

Sarapan pagi RM20, tenghari RM20 dan makan malam RM20. Lebih kurang RM60 untuk sehari.

Kalau bajet lagi, boleh dapat kurang lagi. Kena pulak ada sarapan kat hotel, lagi jimat kos. Maksud saya hotel yang include breakfast la 🙂

Kalau makan seafood, bajet dah berubah.

Jadi saya ambil RM60 untuk sehari seorang x 3 dalam RM180.

Kalau makan seafood dah kira lain harga dah ni. Tapi tak la mahal. Kan Sabah terkenal dengan seafoodnya yang murah.

Tiket Masuk ke Tempat Menarik di sekitar Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau.

Saya ambik yang top rated dan selalu jadi kunjungan orang ramai lah ye.

  • Desa Dairy Farm Kundasang, RM5 seorang
  • Fish Spa, Kampung Luanti, RM5 seorang + RM5 untuk bayaran masuk kamera.
  • Canopy Walk, Poring, RM5 seorang.
  • Ant House Borneo, RM18 seorang.
  • Pergi ke Pulau Manukan, Sapi, Mamutik (Island Hoping), Rm50 seorang.

Jadi jumlah untuk tiket masuk secara kasarnya adalah RM88 seorang. Tak semestinya pergi semua tempat tu. Ini anggaran je.

Tak semua tempat menarik kat Sabah ni kena bayar untuk masuk. Ada je tempat-tempat yang tak perlu bayar sebab memang tempat tu public dan still enjoy sangat.

Borneo ant house. Replika semut besar.
Ni lah semut replica kat Borneo Ant House. Ada semua real kat bahagian atas tu. Kena datang sini untuk tengok.

Jumlah keseluruhan bajet dan kos bercuti ke Sabah.

  • Tiket RM300
  • Kereta sewa RM240
  • Hotel RM240
  • Makan RM180
  • Tiket masuk ke tempat menarik RM88

Jumlah keseluruhan secara kasarnya adalah RM1048.

Tapi jangan pulak anggap semua orang perlu keluarkan kos ni. Ini kan termasuk kereta sewa.

Maksudnya kalau datang berdua, yang lagi sorang tu kosnya rendah sikit.

Jadi dengan kiraan bajet yang saya gambarkan ni, anda dah boleh buat keputusan sama ada nak bercuti ke Sabah ni sendiri atau guna agen.

Kalau nak tahu berapa bajet seorang untuk guna agen pelancongan, boleh baca artikel saya bertajuk Pakej Percutian Ke Sabah dengan Tiket Kapal Terbang.

Kalau ada sebarang soalan yang berkait dengan percutian ke Sabah ni, boleh tulis kat ruangan komen. Saya sentiasa menanti komen-komen dan soalan-soalan anda.

Rating Pembaca
[Total: 82 Average: 4.5]

11 comments

    1. jumpa kawan camna tu? kalau just satu orang elok ambil grab je. dan duduk di backpacker hostel atau capsule di area kk tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *