Bagai Imam Muda Layan Live Band

Siapa pulak call aku tengah2 malam camni. Oh abang Man. “Ril jom tengok live band.” Alahai mata aku dah ngantuk ni, live band mana pulak ni? “Depan hotel je ni Ril.” Esok je la bang, saya dah ngantuk ni. Abang Man tak tau yang esok aku dah ke Sandakan.
 
 
 
“Jangan ko risau la, takde minum2 la.. Meh aku belanja ko coca cola.” Aku pikir-pikir dah la aku tak pernah pegi live band ni semua jadi aku pun beranikan la diri masuk kat tempat tu. Masuk2 je tuuu dia dah tonggang beer. Tapi abang man steady je, aku pun steady dengan situasi camni. Terus dipanggilnya cewek seksi kat situ order coke untuk aku. Sambil order abang man sempat jerit kat telinga awek tu “budak baik!” Sambil tunjuk kat aku. Awek tu senyum2. Maklumlah tempat tu bising memang la kena jerit2.
 
Ini kali ketiga aku pernah masuk tempat camni. 1st kat Keningau, 2nd kat Kota Kinabalu, 3rd kat Tawau ni la. Tapi serius aku kata, aku memang terasa janggal. Aku terasa yang aku tersangat ‘kampung’ untuk masuk tempat hiburan camni. Teringat kata2 kawan aku dulu masa zaman poli, time tu aku AJK masjid, “ko ni Ril, memang muka Imam Muda, muka Ustaz2, nak ajak ko pegi main snuker pun aku rasa serba salah.” Dialog tu terngiang-ngiang kt kepala aku time ni.
 
Ekceli tempat camni not bad untuk berhibur, tapi yang ‘bad’ nye adalah ramai sangat pompuan seksi yang joget2 dengan pasangan masing2. Sukar untuk alihkan pandangan. Hehe.. Yang datang ngan kawan laki layan live band je lah sambil usha2 awek. Amboi jangan la marah aku.
 
Sambil aku hirup air coke yang menambah pedih perut aku, aku perhatikan beberapa perkara dalam pusat hiburan yang penuh sesak bak filem-filem kebobrokan sosial dikalangan remaja arahan Syamsul Yusof dulu2 dengan lampu berkelip2.
 
Yang pertama sekali, aku kagum adalah persembahan band tu sendiri. 3 perempuan seksi dan sorang lelaki sebagai penyanyi. Drummer, bassis dan lead gitar takyah cerita, memang terbaik. Tapi 3 penyanyi pompuan tu membuatkan aku terfikir betapa energeticnya diaorang dalam menghiburkan pelanggan. Vokal nyanyian yang sangat bagus, jauh meninggalkan vokal pelajar AF yang ada. Menari sambil menyanyi sikit pun tak jejaskan vokal mantap diaorang. Aku pasti diaorang gigih berlatih untuk membuat yang terbaik dan aku yakin diaorang enjoy melaksanakan kerja diaorang.
 
 
Selain dari performance bertenaga dari band, aku perhatikan sekeliling umat manusia yang enjoy, bergembira, menari berjoget tak ingat dunia. Aku tak pandai nak menari camtu, rasa malu plak hehehe. So aku just enjoy the show. Ok berbalik kat isu gembira, aku dapat feel betapa ‘bebas’ nya jiwa mereka tanpa rasa duka dan lara. Aku suka melihat orang gembira dan bersuka ria. Tapi aku tau korang ada jugak yang tak setuju dengan cara aku suka melihat kegembiraan. Betul, memang banyak cara lain untuk bergembira. Tapi lain orang lain caranya, lain feelnya.
 
Sistem Audio dalam premis juga aku perhatikan. Jenama apa yang mengeluarkan bunyi yang begitu padu. Tak lain tak bukan speaker berjenama BMB masih lagi tergantung di setiap sudut premis dihiasi lampu laser yang menaikkan suasana bingit. Betapa bagusnya kualiti speaker BMB itu membuatkan aku bangga sebab aku pernah kerja memasang speaker premium ini.
 
Benda paling aku tak suka dan memang tak boleh tak ada dalam premis camni adalah rokok. Ruang suram, bunyi bingit ditambah dengan perokok2 yang menghembuskan asap rokok membuatkan aku pening. Selain tu habis seluruh badan dari hujung rambut ke hujung kaki termasuk pakaian akan berbau rokok yang sangat kuat. Ntah berapa banyak asap dah aku sedut sepanjang aku layan live band tu. Balik bilik terus aku mandi secara keseluruhan ahahaha!
 
Saje aku cerita pengalaman camni sebab rasanya tak ramai yang pernah datang tempat camni lagi-lagi yang jenis ‘imam muda’ macam aku ni. Bekas AJK masjid. Aku tak nak galakkan tak nak jugak menghalang untuk siapa-siapa untuk pergi tengok live band. As long as korang boleh jaga batasnya (jadah apa batas kalau dah pegi tempat camtu). Dari kau saja tu!