Berlumba Untuk Kebaikan di IJM Land Half Marathon 2016

Lebih sebulan aku asyik memikir pasal motor je. Dah naik angau, model RC (Racing Competition) dari KTM Motor ni membuatkan aku hilang fokus kat benda lain.

Asyik pikir nak racing je, hahaha. Bukan nak berlumba pun sebenarnya tapi lebih kepada nak keselesaan tunggangan atas lebuhraya.

Cerita pasal race ni kan, untuk refresh balik fokus aku yang asyik tertumpu kat motor je, aku datang ke acara Half Marathon yang dianjurkan oleh IJM Land 15 Ogos tempoh hari.

Dengan tema Race For A Good Cause at IJM Land Haf Marathon, membuatkan aku rasa terma lumba tu memang patut dialihkan kepada sesuatu yang baik.

Ye la kan, berlumba untuk kesihatan, berlumba untuk kejayaan dan macam-macam lagi benda2 elok yang boleh kita lumbakan.

RACE FOR A GOOD CAUSE AT IJM LAND HALF MARATHON

Ok sambung cerita pasal IJM Land Half Marathon Race For A good Cause ni, ianya berlangsung di Dataran Centrio Seremban 2 betul-betul berdepan dengan Mydin Mall Seremban 2. Sebenarnya acara larian ni bermula seawal 5.30 pagi iaitu seramai 6000 peserta telah menyertai larian ni.

Gile ramai weh! Bagi aku ini menunjukkan rakyat Malaysia memang amalkan budaya sihat sebab sambutan acara larian ni sangat-sangat menggalakkan.

Laluan

Track untuk Half Marathon ni adalah sejauh 21 kilometer bagi kategori lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun ke atas dan terdapat jugak track sejauh 10 kilometer bagi kategori junior iaitu lelaki dan perempuan yang berumur 12 ke 17 tahun.

Biasalah dalam program besar camni, semua peserta larian Half Marathon ni beruntung sebab diaorang semua dapat goodies bag dari penaja-penaja bagi acara larian ini seperti  BMW Millenium Welt Seremban.

Selain tu diaorang semua kompom2 dapat medal custom made dan sijil khas untuk acara Half Marathon ni. Dannnnn diaorang ni berpeluang untuk dapat cabutan bertuah ikut nombor larian masing-masing.

Penaja

Selain peserta larian, pelawat macam aku ni pun beruntung jugak sebab dapat minum Yakult percuma selain dapat merasakan suasana meriah kat Dataran Centrio tu. Ye lah, dah macam karnival dah aku tengok.

Selain BMW Millenium Welt tu, ada lagi penaja2 program lain macam Yakult, Mcdonald (oh my god!), Spine & Joint, TDK, 100 plus, Ice Mountain, Mydin, dan Sworke.

Moment Cabutan Bertuah

Dalam banyak2 moment masa aku kat situ, moment paling best mestilah moment masa cabutan bertuah. Walaupun aku takleh join cabutan tu (sebab aku takde nombor larian) tetap jugak aku rasa debaran weh. Macam la nama aku leh naik time tu hahahaha!

Yang paling best ada sorang budak ni dia dapat iPhone 6s dan lagi sorang budak dapat TV LED 49 inch, Semua bebudak je yang dapat hadiah.

Orang dewasa lain semua kelaut, paling2 dapat rice cooker. haha! kira oklah dari aku pun xdpt apa. Tapi yang best aku dapat datang ke event camni.