Pilihan Sukar Antara KTM RC200 dan Duke 250

Sebelum ni mmg aku ada pasang niat nak pakai motor yang cc besar sikit dari Yamaha LC135. Kononnya untuk perjalanan lancar dan penjimatan minyak la selain jimat masa sebab cepat sampai dengan motor yang laju.

Ye ke laju? Laju la kot sebab cc (cubicle capacity) nya lebih besar. Ecewah ini kira2 orang kampung je la.

ktm rc malaysia bandar baru bangi
Pertama kali pegang KTM RC 200. Lain macam posisi tunggangan dia weh

Pilihan Sukar Antara KTM RC200 dan Duke 250

Kalau nak jimat memang ngam la sekiranya aku sambar sebijik Yamaha FZ150i yang version 2016 sebab sistem enjinnya guna fuel injection yang mana orang-orang kampung kata lebih jimat berbanding karburetor. Ye laa Yamaha LC tahun 2010 aku tu kan pakai karburator.

Kalau menurut kawan aku yang mmg pakai Yamaha FZ ni, dia cakap memang jimat gile. Katanya full tank (12 liter) lebih kurang RM18 boleh tahan sampai seminggu ulang alik kerja Seremban – Bangi.

Kalau tengok kadar penggunaan (consumption fuel) kat blog blog motor lain, katanya lebih kurang 40 liter setiap 1 kilometer (40kmpl). Design pun memang cun dari design asal versi sebelum tahun 2016 tu. ehehe

Tapi hati aku berubah lepas aku terpandang KTM Duke 250. Terasa macam seksi gile kot motor tu. Memang terus aku lupakan niat nak sambar Yamaha FZ 150i time tu jugak.

Mula la aku buat research pasal motor KTM Duke 250 ni. Dari segi harga, fuel consumption dia, maintenance sampailah aksesori dan alat ganti (spare part) dia. Memang puas hati. Lebih kurang macam maintain perodua viva sebijik hehehe!

Bila dah minat, pencarian informasi memang takkan berhenti selagi belum memiliki. Dalam proses berkunjung dari satu web ke satu web dan satu video ke satu video aku terjumpa satu jenama KTM dipanggil RC.

Ye, KTM RC yang jugak ada variasi cc dari 390, 250 dan 200cc. Tetiba hati aku cakap eh yang ni lagi best, lagi sporty. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya aku lebih meminati segmen naked sejak North Borneo Tour kat Sabah sebelum ni. Tapi setelah ‘berkenalan’ dengan KTM RC ni hati aku mula tertawan.

credit picture from motoroids

Kalau nak dikira dari segi harga, RC200 ni lagi mahal dari DUKE 200. Beza harga dalam RM1000 la camtu kalau tak silap aku. Bagi penggemar KTM DUKE mesti diaorang tau yang KTM RC ni agak penat kalau nak bawak. Beza dengan KTM DUKE yang nampak lagi sporty dan simple untuk ditunggang kat highway atau jalan bandar yang penuh sesak. Senang cilok la katanya.

Aku tak nafikan memang KTM DUKE cantik tapi seriusly hati aku dah tertawan kat KTM RC 200.

Baca : Betul ke KTM takde harga?

Tak cukup dengan cabaran nak pilih antara KTM RC dengan DUKE tiba2 Honda pulak keluarkan line 250cc yang baru iaitu CBR 250RR 2 silinder. Goyang sekejap.

Design yang ganas tapi kemas dan ada 2 silinder berbanding dengan variant KTM DUKE dan RC yang guna 1 silinder je yang kononnya 2 silinder akan menghasilkan bunyi yang lebih superb berbanding 1 silinder. Tapi hati aku tetap pada KTM RC200 ahahaa!

KTM Duke tak kurang seksinya

Harga KTM RC200 kalau mengikut kajian aku dalam RM15,000 on the road (OTR) tapi kalau hutang (biasanya Aeon Credit) akan jadi RM17,000 OTR dengan kadar bayaran RM346 sebulan selama 6 tahun atau RM315 sebulan selama 7 tahun. Lepas ni aku citer pulak la pasal maintenance KTM.