Buffet Ramadhan di Ube Banquet Hall D’Nilai 3, Kebiasaan Buffet Ramadhan dibuat kat hotel atau resort bersempena bulan Ramadhan.
Kalau sekitar Lembah Kelang ni memang banyaklah buffet Ramadhan setiap tahun.
Dan ada beberapa tempat yang sempat aku review khas untuk buffet Ramadhan ni.
Baiklah, camni.
Masa aku dapat jemputan untuk ke review Buffet Ramadhan kat Nilai 3 ni, aku agak teruja.
Belum cerita makanan ye. Baru nak cerita pasal lokasi dan konsep buffet Ramadhan je ni. Aku sangat suka suasana kat sini.
Isi Kandungan
Buffet Ramadhan di Ube Banquet Hall D’Nilai 3
Yes! Tak salah. Memang lokasi buffet Ramadhan yang aku review kali ni kat Nilai 3.
Memang dekat sangat dengan tempat borong kat Nilai 3 tu. Belakang tu je. Kalau waze “Ube Banquet Hall Nilai 3” mesti jumpa punya.
Aku dah try.
Kalau guna Google Maps tu akan tepat-tepat sampai kat pintu masuk Ube Banquet Nilai 3 ni.
Mula-mula tu aku ingatkan restoran ke atau resort.
Rupanya telahan dan sangkaan aku salah. Ube Banquet ni sebenarnya dewan yang amat luas dan dihias cantik khas untuk sebarang majlis.
Antara benda paling best, ruang parking yang banyak.
Tapi bersempena dengan bulan Ramadhan ni, dewan yang asalnya premis kilang ni dah diubahsuai dengan sangat sempurna sekali untuk dijadikan tempat untuk Buffet Ramadhan.
Dah macam datang ke majlis kahwin pun ada.
Suasana Yang Selesa dan Ada Penghawa Dingin
Perkara penting bila nak makan untuk berbuka puasa lagi-lagi dengan keluarga atau kawan mestilah kita nak suasana yang menarik kan?
Kat Ube Banquet Hall ni aku jamin suasananya sangat best.
Ruang dewan yang sangat luas, ada penyaman udara kat keliling dewan, ruang yang luas, susunan makanan yang sangat-sangat strategik dan teratur, dan kawasan yang sangat bersih.
Dah nyaman dengan suasana yang indah tu, ni aku nak cerita bab makanan.
Saje aku tak lunch tengahari tu sebab nak jamah makanan kat Ube Banquet Hall D’Nilai 3 ni.
Aku dah mula rambang mata sejurus aku masuk dewan besar tu.
Kat setiap penjuru dan keliling dewan tersedia makanan.
Pelbagai Jenis Makanan
Dari jenis sup, nasi, dessert, lauk-pauk, kuih, buah-buahan, Ya Tuhan!
Aku bahagia.
Aku bahagia tengok semua makanan kat sini.
Belum makan lagi tu.
Tengok je la gambar makanan yang aku snap ni. Tak larat nak sebut satu-persatu.
Memandangkan pilihan makanan terlalu banyak maka aku pun cuba ambik portion yang sikit konon-konon boleh dapat rasa semua.
Tapi nasi arab kat situ dah membuatkan aku tak larat nak try makanan lain secara bergilir-gilir. hahahaha!
Ada Surau Untuk Mahgrib dan Terawih
Dah setel makan nak solat Mahgrib kat mana? Oh yes! Pihak Ube Banquet Hall D’Nilai 3 memang ada ruang untuk solat berjemaah.
Kira-kira boleh memuatkan dalam 50-60 orang jemaah sekaligus tak termasuk jemaah perempuan.
Kat ruang solat ni pun best.
Ruangnya luas, ada penghawa dingin dan tempat yang bersih. Cuma yang tak best nak berwudhu susah sikit.
Takde ruang khas nak berwudhu. Aku amik wudhu kat toilet je time tu. Tak tau lah kalau ada tempat untuk berwudhu tapi aku tak perasan.
Aku suka bila pihak Ube Banquet Pasang lagu raya Aidilfitri kat dewan tu. Tak terlalu kuat dan takde la perlahan sangat.
Just nice untuk naikkan suasana.
Dan yang penting lagu yang dipilih semuanya lagu Aidilfitri yang gembira-gembira. Time solat Mahgrib lagu ditutup ye.
Harga Pakej Buffet Ramadhan di Ube Banquet Hall D’Nilai 3
Apa yang mengejutkan aku, harga untuk pakej Buffet Ramadhan Ube Banquet Hall D’Nilai 3 ni sangat murah.
Kesemua suasana, keselesaan, makanan yang banyak dan sangat sedap ni boleh didapati dengan harga RM49 sahaja untuk dewasa manakala RM15 untuk kanak-kanak dan untuk warga emas atau OKU ianya PERCUMA.
Harga RM49 dan RM15 adalah harga walk-in
Nak lagi MURAH? Teruskan Baca kat Sini
Nak harga murah lagi? Tempah awal untuk Buffet Ramadhan Ube Banquet Hall D’Nilai 3 dan dapatkan harga RM39 je untuk dewasa.
Nak tempah boleh hubungi nombor 0107007728 atau 0107007738 (Whatsapp atau call).
Dijamin puashati.
Bagitaulah dapat info dari blog adzril.com ni. hehehe!
Alamat lokasi Ube Banquet Hall D’Nilai 3 : Lot 16660, Jalan Delima 1, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Ataupun korang boleh waze Ube Banquet Hall Nilai 3.
Puas hati makan bufet kat sini, memang sedap & environment dia tenang tenang jee. Recommended sgt.
yeap. Suasananya yang best gile.
boleh saya tahu no tempahan dia?
Saya ada letak kat dalam artikel ni. 😎
Salam..
Tuan
Buffet ramadhan untuk tahun ni 2021 ada tersedia?
Tak pasti untuk tahun 2021 ni, saya tak lalu kawasan nilai 3 tu dalam tahun ni.