Tak dinafikan Shopee lebih popular berbanding Lazada sekarang ni. Ramai peniaga yang mula menggunakan platform Shopee untuk menjual produk-produk mereka. Dan tak kurang juga muncul panduan cara berniaga di Shopee yang dikeluarkan untuk membantu mereka yang nak bermula berniaga di Shopee.
Saya dan isteri juga antara yang berniaga produk menggunakan platform Shopee ni. Jadi saya ingin berkongsi asas menjual produk menggunakan Shopee untuk anda yang mungkin ada beberapa orang yang keliru cara berniaga di Shopee.
Isi Kandungan
Perlu Hantar Produk ke Shopee?
Ada yang menganggap kita sebagai peniaga perlu menghantar produk yang kita nak jual ke Shopee untuk pihak Shopee jualkan produk kita ke pembeli. Salah ye, bukan macam tu.
Semua barang yang kita nak jual disimpan oleh kita sendiri. Kita hanya perlu tangkap gambar produk dan masukkan (upload) gambar ke Shopee. Kemudian tulis penerangan berkaitan produk yang kita nak jual dalam ruangan yang Shopee sediakan. Bila dah siap langkah tu, produk kita akan dipaparkan bersama berjuta-juta produk oleh peniaga-peniaga lain mengikut kategori masing-masing.
Dah semestinya anda perlu ada akaun Shopee untuk berbuat demikian. Saya percaya anda sendiri mesti sudah ada akaun Shopee kan? Kalau belum ada, boleh daftar sekarang di Shopee.
Bagaimana Nak Pos Barang Yang Orang beli di Shopee?
Sekiranya ada pembeli yang membeli produk anda di Shopee, anda akan dapat notifikasi di Seller Centre Shopee tentang order itu. Selain itu Shopee akan menghantar email memberitahu ada pembeli yang membeli produk anda.
Tujuan Shopee memaklumkan pembelian ini di email adalah untuk anda membuat persiapan pengeposan barang yang terjual itu.
Anda perlu masuk ke bahagian Seller Centre Shopee dan cetak (Print) Consignment note yang disediakan oleh Shopee berdasarkan tempahan yang diterima. Ya! Tugas anda hanya perlu cetak consignment dan letakkan di luar bungkusan produk anda.
Kemudian anda hanya perlu letakkan produk yang telah siap dibungkus dan diletakkan Consignment Note tadi di J&T atau Pos Laju atau Kurier yang anda telah pilih semasa proses pendaftaran akaun Shopee. Tak perlu beratur pun. Hanya perlu letakkan sahaja di bahagian yang disediakan oleh Kurier.
Nak senang pilih Kurier J&T atau Pos Laju. Sebab senang nak jumpa cawangannya di banyak lokasi.
Kiraan Kos Pos untuk Hantar Barang Shopee
Sebagai peniaga di Shopee, sudah semestinya anda tak perlu bayar kos pos untuk menghantar barangan anda kepada pembeli. Ini kerana pembeli sudah pun membuat pembayaran melalui Shopee dan Shopee akan memasukkan duit ke dalam wallet Shopee anda. Anda boleh keluarkan duit itu ke dalam akaun bank kemudian.
Apa yang saya perasan, kos pengeposan yang dikenakan oleh syarikat Kurier menjadi sedikit murah sekiranya anda menggunakan sistem Shopee. Maksud saya, harga pos yang anda perlu bayar adalah sedikit mahal sekiranya anda hendak hantar barang tanpa melalui proses jual beli di Shopee.
Ini menguntungkan kedua-kedua pihak penjual di Shopee (anda) dan pembeli. Menarik kan?
Cara Terima Bayaran dari Pembeli di Shopee
Selepas pembeli membuat pembayaran untuk membeli produk anda, anda tidak akan terus dapat bayaran tersebut. Pihak Shopee akan hold bayaran kepada anda selagi barang yang anda Pos tidak diterima oleh pembeli.
Semua proses dari pembelian, respons dari penjual (anda), pengeposan oleh pihak kurier dan penerima barang (pembeli) boleh dipantau di dalam sistem Shopee.
Duit dari pembelian produk anda akan dimasukkan ke dalam Wallet Shopee anda selepas pembeli menerima barang dan menekan butang Order Received di dalam akaun Shopee pembeli. Sekiranya pembeli tidak menakan butang Order Received pihak Shopee akan memasukkan duit berkenaan ke dalam Shopee Wallet penjual (anda) selepas 3 hari pihak kurier mengesahkan penghantaran.
Memang ada sesetengah pembeli yang tak nak ambil pusing untuk bagi kerjasama melengkapkan kitaran jualan yang telah Shopee sediakan. Yang penting bagi mereka (pembeli) asalkan barang yang dibeli dah sampai.
Nasib baik Shopee ada sistem auto release payment tu.
Berapa lama perlu pos barang selepas terima tempahan di Shopee?
Tempoh yang diberikan kepada anda untuk membuat pengeposan selepas anda terima tempahan dari pembeli adalah 2 hari. Sebenarnya 2 hari tu dah terlalu maksimum atau dah terlalu lama bagi saya. Seeloknya anda susun la jadual pengeposan setiap hari.
Contohnya tempahan yang dibuat atau diterima sebelum jam 2 akan terus dipos pada hari yang sama. Manakala tempahan yang diterima selepas jam 2 akan dipos keesokan harinya.
Mungkin anda boleh buat 2 sesi pengeposan setiap hari sebab Syarikat kurier J&T kebanyakan cawangan tutup operasi jam 8.30 malam.
Potensi Berniaga di Shopee
Shopee ni dah macam pasar atau supermarket yang ada ramai pengunjung. Kalau menurut data yang saya perolehi dari Similar Web, lebih kurang 3 juta trafik masa 24 jam.
Rugi kalau anda tak ambil peluang untuk pasarkan produk dalam Shopee ni. Ada kawan saya ni, dia jual tudung. Ada je sales dia walaupun tak banyak. Bila saya tanya dia, ada buat marketing (pemasaran) tak untuk kedai Shopeenya? Dia cakap takde.
Jadi saya berpendapat, Shopee ni macam satu kolam yang banyak ikan piranha, campak je mesti kena serbu. Letaklah apa pun produk dalam Shopee, asalkan betul kategorinya insyAllah ada yang membeli. Cuba bayangkan kalau anda buat marketing untuk kedai Shopee anda tu? Tak ke jauh pergi dia?
Saya nak cakap lebih-lebih pun income dari Shopee tak lah lebat sangat. Kalau nak dapatkan jualan yang banyak, boleh dapatkan panduan cara berniaga di Shopee yang dijual di laman Klikjer. Selamat berniaga!
Anda akan terima 3 Bonus panduan berniaga di Shopee sekiranya membeli Panduan Bisnes Shopee ini iaitu;
- Cara Jual Produk Tanpa Pesaing
- Promosi Secara Percuma ( 7 Cara didedahkan)
- Strategi berniaga di Shopee tanpa Modal ( 2 teknik didedahkan)
Semoga panduan yang disediakan bermanfaat untuk anda. Sekian terima kasih.