Unlimited Data Plan Onexox Prepaid (Data Basic) – XTRA Plans

Akhirnya Onexox mengumumkan pakej data plan internet asas bagi memenuhi permintaan orang ramai berkenaan Unlimited Data plan Onexox. Tapi data asas yang disediakan dalam plan Onexox Prepaid ini bukanlah unlimited, ianya hanya 1GB sahaja dan berkelajuan 64Kbps (Capped Speed).

Bukan Unlimited Data tetapi ianya Basic Data 64Kbps

Saya suka betul dengan pendekatan Onexox yang tak gelojoh untuk meletakkan nama plan ini dengan nama “Unlimited Data” dalam kempen pemasaran bagi mengaburi fikiran pengguna. Onexox dengan jelas menunjukkan dan memaparkan ciri-ciri data asas (data basic) yang ditawarkan. Tiada sembunyi-sembunyi.

  • berkuota 1 Gigabyte untuk tempoh sebulan.
  • berkelajuan 64Kbps (untuk 1GB berkenaan).
  • dibundle sekali dengan data Hi-Speed bermula dari 500MB.
  • berharga serendah RM12 sebulan

Cara Nak Beli Plan Data Basic Onexox Prepaid

Fungsi data basic 1GB ini hanya boleh dinikmati oleh pelanggan Onexox Prepaid sahaja. Tiada fungsi data basic bagi pelanggan Onexox Black buat masa ini.

Dari handphone anda

  • dail *150#
  • pilih menu 3 – (internet)
  • pilih menu 3 – XTRA plans
  • pilih pakej yang dikehendaki (cth 1. RM12: 500MB/30 days)
  • pilih 1 untuk mengesahkan.

Walaupun tidak dipaparkan di menu berkenaan 1GB data basic, namun sinonimnya nama XTRA plans adalah plan yang mana semua pilihan didatangkan sekali dengan 1GB data internet asas dengan kelajuan 64Kbps.

Cara Aktifkan Data Asas Onexox Prepaid XTRA plans

Data basic XTRA plans ini tidak perlu diaktifkan. Data basic berkapasiti 1GB dan berkelajuan 64Kbps ini akan aktif secara automatik sejurus data berkelajuan tinggi (Hi-Speed Data) telah habis.

Sebagai contoh, sekiranya anda melanggan XTRA plans 500MB untuk 30 hari dengan harga RM12, selepas 500MB itu habis digunakan dalam tempoh sebulan, maka data basic (asas) 1GB berkelajuan 64Kbps akan diaktifkan secara automatik bagi memastikan talian internet anda terus aktif.

500MB data berkelajuan tinggi dan 1GB data asas ini hanya boleh digunakan dalam tempoh sebulan. Sekiranya anda tidak menghabiskan mana-mana 500MB atau 1GB dalam tempoh sebulan, ianya akan dilupuskan (burn).

Pembaharuan Data Internet Onexox Prepaid – XTRA Plans

XTRA plans ini akan terus menerus diperbaharui setiap bulan dengan menolak kredit sebanyak RM12 (mengikut plan yang dilanggan). Anda perlu memastikan kredit mencukupi bagi tujuan sistem memperbaharui langgan XTRA plans anda.

Sekiranya anda tidak berminat dengan sistem langganan atau auto renewal ini, anda boleh menghentikan sistem ini dengan menghantar sms DATA AR OFF ke 23388 atau 22111 setiap kali selepas anda membuat pembelian XTRA plans.

Pendapat Saya berkenaan Data Basic Onexox Prepaid XTRA Plans

Saya sendiri telah mencuba keupayaan data Basic Onexox Prepaid XTRA Plans ini. Bagi saya yang sudah terbiasa dengan data laju, ini bukanlah untuk saya. Saya ada jelaskan dan sudah membuat review berkenaan data basic ini. Anda boleh tonton video saya di Youtube untuk mengetahui keupayaan data basic ini.

Tapi dari sudut pandang lain, ianya sangat berguna bagi memastikan talian internet anda terus menerus aktif. Walaupun ianya perlahan (paling tinggi saya pernah dapat 24Kbps) namun ianya masih boleh menerima dan menghantar text Whatsapp. Tapi ambil masa sikit.

Nak habiskan data 1GB dengan kelajuan 64Kbps memang rasa macam nak habiskan data unlimited.

Dengan adanya basic internet XTRA Plans ini, pengguna boleh mendapat penjimatan bulanan untuk telefon pintar. Namun untuk yang memerlukan data laju untuk kerja harian, saya sarankan plan Onexox Black. Hubungi saya di O1O6OO9966 untuk keterangan lanjut.