Dibayar Minima RM100 Untuk 1 Artikel

Siapa tak nak duit kan? RM100 untuk tulis 1 artikel. Artikel apa tu? Apa-apa artikel yang berkaitan dengan sesuatu produk atau event atau apa sahaja.

Saya percaya ramai pernah dengar berkaitan blog.

RM200 pertama hasil menulis blog

Banyak persoalan yang muncul sebenarnya bila saya buat tajuk camni. Soalan paling popular biasanya “Camna nak buat duit guna blog?”

Ok jom saya buat breakdown.

Nak dibayar RM100? – Perlu tulis artikel.

Nak tulis kat mana? – Tulis kat Blog.

Blog tu apa? – Blog tu platform untuk menulis, macam yang korang tengah baca sekarang ni.

Boleh ke saya ada blog sendiri? – Boleh, daftar je percuma kat Blogger.com (Tutorial kat Youtube)

Boleh terus dapat duit bila dah tulis? – Tak, perlu buat blog secara konsisten dulu.

Siapa yang nak bayar saya? – Pemilik bisnes atau servis, diaorang nak iklankan perniagaan mereka.

Camna saya nak kenal diaorang? – Langkah pertama, jadi blogger dulu.

Boleh survive ke jadi blogger ni? – Bergantung kepada kreatifnya korang gunakan blog sebagai alat menjana pendapatan.

Itulah dia sedikit sebanyak FAQ yang saya cipta sendiri berdasarkan mereka yang tak tahu menahu berkaitan dengan dunia blog.

Saya menulis blog bermula dari tahun 2008 sehingga kini. Tak pernah dibayar pun. Menulis hanya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang ada.

Sehinggalah tahun 2016 yang mana saya diberikan peluang untuk review produk dengan bayaran RM200. Itulah kali pertama saya dibayar untuk menulis.

Waktu tu barulah saya tahu kekuatan blog saya. Barulah saya tahu yang blog ni adalah senjata pemasaran yang power.

Menarik kan?

Dunia blogging ni best sebenarnya. Sangat best.

Selain dapat berkongsi pengetahuan kepada pembaca kat luar sana, saya dapat belajar teknik menulis yang tepat dan dapat membantu pemilik perniagaan untuk munculkan produk dan servis mereka di alam maya.

Join group #Bloggertalk Malaysia kat Facebook. Dalam group tu korang boleh tanya apa-apa berkaitan blog dan saya akan jawab.

Pendek kata saya akan pastikan korang ada blog dan menulis dengan baik dalam blog korang tu.

Ingat, blog adalah salah satu aset maya yang berharga kalau kita jaga dia betul-betul.

Layan video ni.