Lampu Meja Murah Kerja dan Belajar Philips Eco Lamp

Dalam banyak-banyak barang yang aku dapat dari Surprise 5th Birthday Box Lazada, aku pilih Lampu meja murah dari Philips Eco Lamp untuk aku bebelkan.

Nampak macam lampu meja biasa je kan?

Memang lampu meja biasa pun.

Tapi ada beberapa ciri yang membuatkan lampu meja Lampu Belajar ni berbaloi untuk dibeli.

Untuk beli lampu Lampu Belajar ni, elok gunakan link yang aku sediakan sebab datang dengan pakej 2 biji mentol sekali. (sementara stok masih ada)

Lampu Boleh Tukar Warna

Kelebihan pertama untuk Lampu Meja Philips Reliable Lighting ni adalah kebolehannya menukar warna.

Cuma picit butang kat belakang lampung tu je dia boleh tukar warna. Sekali tekan jadi warna putih, sesuai bagi yang nak buat kerja atau ulangkaji pelajaran.

Tekan butang tu lagi sekali dia akan bertukar jadi kuning, sesuai untuk

timbulkan mood untuk tidur.

Boleh Laras Lampu ke Arah Yang Kita Suka

Selain dari kita boleh hala secara tepat ke arah objek, lampu ni jugak boleh diadjust lehernya kemana-mana arah.

Memang fleksibel sangat. Kalau untuk lighting nak vlogging ni memang awesome.

Boleh hala ke atas, boleh hala ke bawah, dan boleh hala ke tepi untuk effect lighting kat video tu.

Design cantikTak dinafikan, rekaan dan design dia memang cantik dan modern.

Aku lebih suka panggil design minimalist.

Tak nampak serabut malah tak nampak pun kat mana butang on off dia.

Cuma wayar la nampak serabut. Itupun kalau pandai kemas takdelah nampak serabut kan?

Harga Yang BerpatutanHarganya untuk Philips Reliable Lighting ni lebih kurang RM135 termasuk dengan 2 biji Mentol Philips Eco Lamp.

Kalau beli Philips Reliable Lighting je, rasanya lebih kurang RM70 ke RM80. Adalah lebih elok beli yang pakej dengan 2 biji mentol sekali.

Kualiti Binaan Meyakinkan

Design dah smart dengan effect matte pada cat badan lampu ni, kualiti binaannya pun memang kemas dan berkualiti.

Dah memang gah dengan jenama Philips, takkan lah nak bagi kualiti cikai betul tak?

Cara Pasang Yang Sangat Senang

Aku ingatkan nak tengok buku manual cara nak pasang.

Memandangkan manualnya pun dah habis dikoyakkan kucing aku, jadi tak perlu la pasang nak tengok manual bagai.

Cuma perlu pasang kepada dia pastu pasang mentol.

Haaa senang kan? Tak Perlu baca manual? hahahaha!

Sempena dengan Ulangtahun Lazada yang ke5 22 Mac sampai 24 Mac ni, korang cuba serang laman web Lazada tu.

Kesemua barang akan dijual pada harga yang murah.

Betul.

Kadang-kadang dia punya murah macam tak masuk akal.

Cuba dulu baru tau. Singgah Lazada sekarang.

Lampu ini ikut resmi padi.. heheheh
Warna putih, memang terang
Mentol yang sama, jadi warna kuning.
Tapak lampu yang agak berat, so kukuh la dia.
Butang on off dan tukar cahaya lampu yang kemas disorokkan.