13 Tips Kewangan Yang Boleh Membantu Anda Menabung Untuk Rumah Anda

Menabung untuk membeli rumah adalah satu tugas yang mencabar disebabkan harga condo for sale di KL adalah sangat mahal terutamanya untuk pembeli rumah pertama. Melalui kaedah simpanan yang berkesan adalah cara yang sesuai untuk anda menyimpan wang. Berikut adalah caranya:

13 Tips Kewangan Yang Boleh Membantu Anda Menabung Untuk Rumah Anda

Tips #1: Bijak berbelanja bekalan makanan anda

Rancang pemakanan anda awal-awal. Periksa peti sejuk anda dan bekalan dapur anda untuk pastikan apa yang perlu dibeli. Dengan cara itu, anda boleh mengenalpasti apa yang perlu anda simpan dan apa yang anda tidak perlu.

Tips #2: Perhatikan betul-betul insurans hayat anda

Adakah premium insurans anda seakan-akan meningkat? Jika ya, anda mungkin perlu pilih pilihan yang lain. Jika anda masih belum menghampiri usia emas, pilihan yang tepat adalah meneliti pakej insurans lain yang
menawarkan kelebihan yang sama dengan harga yang lebih rendah.

Sesetengah syarikat insurans biasanya mengenakan caj tambahan kepada pelanggan yang lama, jadi hati-hati. Lagipun, anda sudah biasa dengan syarikat itu dan biasanya anda jarang meneliti caj yang dikenakan kepada anda.

Itu adalah sesuatu yang tidak patut anda lakukan. Jika anda ingin membeli rumah, anda perlukan semua peruntukan yang ada. Jadi, jika ia sudah menjadi satu masa;lah, lebih baik anda cari sahaja  yang lain. Bila anda sudah jumpa pilihan terbaik, tingalkan sahaja syarikat yang lama.

Tips #3: Buat satu belanjawan

Belanjawan membantu anda menyimpan dengan lebih serius. Mahu beli barang runcit atau membeli-belah? Dengan memeriksa belanjawan anda dan lihat sendiri perbelanjaan atau tabungan anda, ia dapat menghalang anda daripada bersifat boros. Belanjawan dapat mengekang sifat boros anda, terutamanya jika anda dapat lihat sendiri akibat sifat boros anda.

Tips #4: ‘Tapis’ belanjawan anda

Buat satu belanjawan da tapis belanjawan itu. Kemudian tapis lagi. Anda pasti akan terkejut berapa yang anda dapat jimat daripada belanjawan harian anda jika anda fokus  menyimpan daripada boros berbelanja.

Contohnya seperti, adakah anda perlu beli minuman tenaga itu hari-hari. Jika ya, apa kata anda beli di kedai runcit daripada kedai yang lebih mahal? Barangan di kedai mini-pasaraya adalah lebih mahal.

Bagaimanapun, jika anda tidak lagi membeli minuman tenaga itu atau hadkan minuman itu kepada dua atau tiga kali seminggu, anda pasti akan nampak perubahan ketara dalam belanjawan anda.

Tips #5: Kenal pasti tabiat buruk dalam berbelanja 

Langkah  terbaik membaiki belanjawan anda adalah dengan mengenal pasti tabiat buruk yang menjejaskan rancangan perbelanjaan anda.

Contohnya, adakah anda lemah semangat bila ternampak jualan bulanan sehingga menyebabkan anda membeli barangan yang tiada faedah? Jadi ambil lah langkah yang boleh membantu anda mengatasi tabiat
itu. Anda boleh tinggalkan kad ATM anda di rumah dan bawa wang yang secukupnya sahaja . Atau anda boleh

Tips #6: Pastikan dana kecemasan anda berjalan

Salah satu tanda bahawa anda berada di landasan yang betul adalah dengan  adanya dana kecemasan anda. Bila anda merancang untuk membeli rumah, anda perlu bersedia untuk apa sahaja, termasuklah kecemasan.

Jadi jika anda diberhentikan atau terlibat dalam kemalangan, anda tidak perlu mengorek tabung demi untuk berbelanja. Dengan dana kecemasan yang cukup, anda akan mampu untuk melangsaikan gadai janji bulanan
anda, membayar bil perubatan anda jika insurans anda tidak dapat melindungi anda dan ada wang yang cukup sehingga anda boleh berdiri semula.

Tips #7: Berhenti merokok

Merokok bukan sahaja membakar paru-paru anda, ia juga membakar wang anda. Cuba kira kos rokok dan berapa banyak yang anda telah belanjakan untuk rokok setiap tahun.

Itu adalah wang yang lebih elok dibelanjakan di tempat lain. Jadi jika anda mahu membersihkan kewangan anda, cuba hentikan amalan buruk itu. Anda bukan sahaja dapat menikmati hidup yang lebih sihat, malah simpanan anda juga akan bertambah.

Tips #8: Ada kumpulan sokongan

Sukar untuk menyimpan jika anda berada di dalam kalangan mereka yang boros. Cuba libatkan keluarga dan rakan-rakan dalam usaha menyimpan anda. Atau dapatkan rakan simpanan, seseorang yang boleh memantau perbelanjaan anda  dan menegur anda jika simpanan anda dalam ‘bahaya’.

Dengan adanya rakan yang membantu anda , peluang anda untuk berjaya akan lebih tinggi.

Tips #9: Berbelanja mengikut belanjawan

Nasihat yang baik ini adalah daripada TheStar berkenaan rumah yang perlu anda cari. Ini juga boleh digunapakai jika anda fikirkan belanjawan anda dan perkara yang ingin anda beli.

Daripada anda membeli jenama yang mahal, cuba cari alternatif untuk jenama itu yang tidak kalah dari segi nilai. Anda tidak perlukan syampu dan sabun yang mahal. Anda juga boleh hidup tanpa snek yang berjenama. Ini akan membantu anda untuk berjimat.

Tips #10: Fahami kewangan anda

Free Malaysia Today ada menyebut kepentingan mengetahui keadaan kewangan anda sebelum membeli rumah. Tidak kira sama ada anda membeli rumah ataupun hot pot, anda perlu memastikan anda mampu untuk menampung perbelanjaannya.

Tips #11: Gunakan alat

Ada banyak aplikasi perakaunan yang boleh membantu anda memerhatikan pendapatan dan simpanan anda. Ada juga yang membantu anda mengira pendapatan dan cukai anda. Dengan banyaknya aplikasi dan lama yang ada, anda ada sebab yang baik untuk mula mencari alatan-alatan dan laman-laman yang boleh meningkatkan kemahiran anda.

Bila membeli, anda boleh gunakan laman penyenaraian hartanah atas talian. Dengan laman seperti PropertyGuru Malaysia, hartanah akan jadi lebih mudah untuk dicari dan akan menjimatkan wang dan masa
anda. Itulah tabiat menabung yang anda perlu ada, yang boleh mencari penyelesaian terbaik.

Tips #12: Langsaikan hutang anda

Jika anda ada hutang, tiba masanya anda langsaikan hutang anda. Pembersihan kewangan bermaksud membersihkan kewangan anda. Jadi buatlah yang terbaik untuk melangsaikan hutang anda. Jika anda bebas hutang, anda boleh mula menyimpan untuk wang pendahuluan rumah.

Tips #13: Ketahui picu tabiat buruk anda

Anda lebih mengenali diri anda. Jadi jika anda fikir satu jualan hebat boleh menyebabkan anda berbelanja seminggu gaji anda, adalah lebih baik anda elakkannya.  Selalu beli makanan manis dan kek ketika bersedih? Jadi cuba cara lain untuk tenangkan fikiran.

Jika anda tahu pencetus tabiat buruk anda, anda boleh uruskan nya dengan baik. Senaman adalah pilihan yang baik. Anda bukan sahaja akan punya badan yang lebih sihat. Dengan langkah di atas anda jua akan menyihatkan perbelanjaan anda.

Menyimpan untuk rumah impian anda memang sukar. Tetapi dengan pembersihan kewangan, anda boleh menyimpan dan dapatkan dana yang anda perlukan dengan lebih cepat.