Mana Lagi Berbaloi Beli Kamera DSLR Atau Smartphone

Biasalah kalau cerita nak beli kamera ni, mesti ramai yang akan keliru nak beli kamera yang mana lebih sesuai untuk penggunaan.

Ada orang nak beli kamera yang konon-konon boleh fit semua penggunaan.

Contohnya beli 1 kamera ni boleh guna untuk Vlogging (indoor dan outdoor), untuk aktiviti lasak, yang boleh low light power, yang murah.

Pendek kata 1 kamera fits all lah.

Mana Lagi Berbaloi  Beli Kamera DSLR Atau Smartphone

Sebenarnya nak pilih 1 action kamera pun dah boleh buat pening kepala, inikan nak pilih kamera untuk pelbagai range ngan aktiviti. Macam artikel aku sebelum ni aku kongsikan pilihan action kamera yang murah untuk dimiliki pun agak mengelirukan untuk dipilih.

Nak Go Pro ke, atau nak SJ Cam ke, atau nak Eken H9 ke dan lain lain lagi.

Action Camera

Pilihan untuk beli action kamera ni mungkin agak tepat (pada pendapat aku lah) sebab action cam boleh dibawak kemana-mana je.

Untuk jenama sudah semestinya aku rekemen GoPro. Boleh je nak beli action cam murah yang berlambak kat pasaran, tapi GoPro lebih reliable dan aksesorinya banyak.

Terbaru, saya sangat rekemen DJi Osmo Pocket. Lebih kecil, 3 axis stabilization dan murah!

ok sambung cerita Go Pro.

Selain boleh menyelam dalam air, action kamera ni jugak boleh digunakan untuk rekod video Vlogging indoor.

Setup lighting baik punya pastu shoot macam biasa ikut setting linear. Setting linear ni untuk pastikan video tak melengkung.

Saiznya kecik, maka senanglah untuk kita rekod video kat mana-mana pun termasuk shopping mall.

Takderlah guard halau kita sebab tengah ambik gambar.

Bukan apa, aku pernah sound sebab guna DSLR rekod video kat sekitar Imago Mall.

Padahal ramai je kot rekod video time tu tapi tak kena halau sebab diaorang guna handphone.

DSLR

Untuk Vlogging indoor kamera DSLR memang terbaik.

Untuk Vlogging guna DSLR ni aku teringin sangat guna Canon. Dapat canon 60D pun dah kira ok. Takpun Canon 600D pun dah ok.

Aku tengok kualiti video dari DSLR Canon ni cantik. Mungkin bergantung kat lens? Aku kurang tahu teknikal bab lens.

Aku selalu layan Casey Neistat punya Vlog. Dia memang pakai Canon. Video-video vlogging dia memang cantik.

Not to say cantik sangat, tapi cantik la berbanding video aku guna camera phone Vivo hehehe.

Cuma DSLR ni akan problem kat luar la. Kang kita baru on kamera kat mana-mana premis dah kena halau dengan guard.

Mungkin guard yang halau tu pikir kita nak shoot filem kot.

Tapi aku yakin, kalau guna kamera mirrorless mesti tak kena halau dengan guard.

Mirrorless Camera

Sejak kecewa dengan saiz DSLR, aku mula cari mirrorless untuk shoot outdoor. Biasanya untuk street photography la.

Mirrorless pertama aku adalah Fuji X100. Kualiti kamera mirrorless ni lebih kurang sama dengan DSLR.

Macam Fuji X100, kamera ni guna sensor APSC iaitu sensor yang sama digunakan dalam kebanyakan kamera DSLR.

Dengan body kamera yang lebih kecil tapi dimuatkan dengan sensor yang sama dengan DSLR, jadi tak heran la memang kualitinya sama.

Tapi kalau kamera Olympus OMD, dia guna sensor Micro Four Third (M4/3) yang mana saiz sensor lebih kecil tapi sangat powerful.

Smartphone

Mungkin ada yang berpendapat elok beli je smartphone untuk tujuan videography dan photography.

Dulu aku setuju la sebab senang nak update ke media sosial segala apa yang kita rekod dan snap. Selain tu smartphone ni senang dibawak kemana-mana.

Ini baru betul-betul device yang boleh melengkapi semua keperluan.

Senang snap dan rekod, senang dibawak kemana-mana, senang diakses, senang upload gambar di media sosial, senang berkongsi dengan rakan-rakan lain dan macam-macam lagi.

Lagipun kualiti gambar henpon sekarang ni boleh tahan jugak kan?

Rumusan

Tapi lepas aku dah gunakan phone sebagai device yang fits all ni, aku jadi berfikir adalah lebih elok sekiranya tugas videography dan fotografi dilaksanakan oleh sebuah kamera.

Yes! Sebuah kamera yang memang ditugaskan khas untuk ambil gambar dan rekod video semata-mata dan yang penting ianya ada capaian dan sambungan wifi untuk memudahkan gambar ditransfer ke smartphone dan diupload ke media sosial (lagi-lagi instagram heheh)

Selain dari ketahanan bateri yang mantap, proses rekod video or ambil gambar takkan terganggu dengan panggilan telefon masuk, Whatsapp la, email la semua.

Jadi kita boleh simpan smartphone elok-elok dalam poket tanpa ganggu kita punya kerja.

So far itulah pendapat aku.

Aku teringin nak beli kamera mirrorless Sony A6000 sebenarnya.

Dapat Canon DSLR D60 pun ok, tapi mungkin aku akan jarang bawak keluar la berbanding kalau kamera mirrorless yang akan jadi teman aku sepanjang aku travel atau datang ke mana-mana event blogger.