Awas! Mesej Whatsapp Anda Mungkin Dibaca Orang Lain Secara Live

Posted by

Semakin hari teknologi komunikasi semakin canggih. Termasuklah bagaimana cara kita boleh guna Whatsapp di web selain di smartphone. Dan ini memungkinkan Whatsapp anda dibaca orang lain secara live.

Secara positifnya perkara ni memudahkan pengguna untuk berkomunikasi menggunakan Whatsapp menggunakan mode web, lebih laju menaip.

Tapi disebalik kecanggihan dan kemudahan ini korang perlu juga prihatin tentang cara Β ia beroperasi. Selagi Whatsapp tu belum di logout, selagi tu lah ianya boleh diakses di web dalam tempoh masa tertentu walaupun handphone korang berada jauh dari pc atau laptop.

Awas! Mesej Whatsapp Anda Mungkin Dibaca Orang Lain Secara Live 1
Paparan Whatsapp Web yang mungkin orang lain boleh baca secara online tanpa anda sedari.

Setiap kali selepas korang selesai guna Whatsapp web korang kena pastikan korang log out dari sistem Web Whatsapp tu sebab orang lain boleh akses Whatsapp korang bila diaorang guna laptop atau pc yang korang guna untuk akses Whatsapp Web tadi.

Selagi korang tak log out selagi tu lah Whatsapp ni running setiap kali diaorang masuk ke web.whatsapp.com.

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Buta-buta je diaorang baca semua mesej-mesej korang tadi secara realtime.

Tapi kalau korang akses Whatsapp web tadi guna mode incognito korang selamat. Sebab ianya tak di save. Tengok Video ni atau baca terus artikel dibawah.

Cara Log Out Whatsapp Web

Awas! Mesej Whatsapp Anda Mungkin Dibaca Orang Lain Secara Live 2
1. Buka Whatsapp, tekan butang menu (atas sebelah kanan) dan sentuh pada Whatsapp Web.
Awas! Mesej Whatsapp Anda Mungkin Dibaca Orang Lain Secara Live 3
2. Sentuh pada Log Out from all computers

Bila dah log out Whatsapp web tadi, paparan kat web akan jadi camni.

keluar dari Whatsapp
Paparan setelah Log Out Whatsapp

Oh ye! Korang tau tak sebenarnya korang boleh install lebih dari 1 Whatsapp kat dalam 1 handphone?Jadi berhati-hatilah dalam menggunakan teknologi.

Sentiasa ingat untuk Log Out Whatsapp dari web sebelum kita meniggalkan laptop atau pc dan selepas selesai kerja menggunakan Whatsapp Web.

Kalau nak tau caranya boleh terus download kat sini. Tak perlu root, install cam biasa je.

Kalau korang suka nak tukar2 nombor whatsapp tanpa install whatsapp lain boleh la baca kat artikel aku sebelum ni bertajuk cara daftar nombor whatsapp baru tanpa uninstall whatsapp.

Share pada kawan-kawan ye supaya diaorang pun beringat untuk Log Out Whatsapp diaorang. Terima kasih.

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3]

73 comments

    1. Whatsapp dan masanger saya telah disekat dgn kawan baik. Tp kawan baik tu x pnh block saya dan saya pun x pnh block dia. Apakah benda ni boleh dilakukan oleh org ketiga seandainya org ketiga ni sakit hati antara saya dgn kawan saya tu

  1. Nak tanya.. Dia hack tu melalui ws web kan.. Dia boleh bukak ke kt laptop selain laptop kita? I mean dia bukak ws kite kt device dia? Bukan device yg kite pernah log in for ws web tu?

    1. Ye boleh. Tp bila dia dah login whatsapp web, kita punya login whatssapp web terlogout la. Kt aplikasi whatsapp tetap mcm biasa je.

  2. salam..mcm mana diorng hack menggunakkan whatsapp web utk scan qr sedangkan telephone kita berada dgn kita sendiri blh en adzril jelaskan?

  3. AS SALAM… SAUDARA ADZRIL
    NAK TANYA MCM MN ORG LAIN BOLEH BACA WHATSAPP SAYA DAN MENGETAHUI APA ISI KANDUNGAN YANG SAYA WHATSAPP MAKSUD ORG KETIGA BOLEH KETAHUI APA YG SY BUALKAN…. SAMPAI BOLEH SCREEN SHOT PERBUALAN WHATSAPP SAYA TUE. BAGAIMANA NAK BLOK…BAGI PENCERAHAN … TQ

      1. mcm mana nk dptkan imbasan kod qr tu? kite kne daftar whtsup web ke baru leh halang org dr wt cmtu? cmne nk kukuhkan whtsup kite utk trus dilindungi??😒😒😒

  4. salam sy nk tanye wassup sy kne hack… tp ay tekan kat wassup web tue takde ape2 bukti pun…. yg peliknye sy tgh msg die boleh sampok sy berborak… then die kemain rajin unblock owg yg sy block… yg lg best die sesuke ht msg owg yg dlm list contact… ade solution tak…

  5. Salam tuan..mcm mana kita nak buka no whatsapp yg dah kita report dan spam?saya tak sengaja tertekan report dan spam no whatsapp isteri sendiri..

      1. Assalammualaikum,mintak tolong,ada x cara nk unblock kita dlm tefon seseorg,dan cara nk block sim seseorg drpd terkene tipu elah Makhluk Allah nie.
        On Positive any more,oky

  6. Salam..mcm mna klaw kita tengah tgok akaun wasap seseorang guna web.whatsapp..dh connet kod smua dh..lepas tu terkeluar bila msuk balik xbleh tgok dh whatsapp kenapa yaa..bila reset browzer lain kena buat dari mula2 balik

  7. as salam..mcm mana nk tahu yg whatsapp kita di baca oleh org ketiga d hp dia sdr..klu kite dh log out dkt whatsappweb kite, dia blh baca x pada hp dia..tq

  8. Assalamualaikum.. nak tanyer.. kalau whatsapp kita dah kene hack.. ade cara tak bagi orang tu tak dapat hack balik.. kiranyer dia tak dapat bace balik ? ape nak buat kalau dah kene hack ni ???

  9. macam mana nak stop dari receive whatsapp masej dari org yg kita x kenal? whatsapp dh kena scam then banyak no yg x kenal hantar masej marah2 siap nk report polis.

  10. Salam adzril, mcmna nk stop/ blok, org ni dh scan sy punya qr code dn dia dpt smua whatsapp sy melalui fon dia, dia boleh tau semua pergerakkan sy dan siap crita kt org lain

  11. salam. nk tnya, kenapa wasap yg sy hntq kat dia pukul 11pm dh bluetick,padahal last seen dia pukul 9pm? bila sy cek info yg kena click i tu, wasap yg sebelum nii sy hntaq,dia tulis dah read n bluetick, tp yg baru sy hntaq ni,selepas diaa last seen,diaa tulis seen and blutick. APA beza “read” Dan “seen” . both bluetick. sy xpaham. sama ada:
    1. ad org guna WhatsApp web Dan baca wasapp tu sebelum dia melalui device laeenn.sebab tu dia appear blutick Dan seen. atauuuu
    2. dia baca wasap sy tu DLM keadaan offline data Dan kemudian dia online balik. SBB tu last seen dia ttp sama Dan wasap Baru tu dh blutick.

    mohon pencerahan.

  12. assalam.. sy nk tye… kalau ade org stalk sy gune whtup web, sy da log out. die xblh lg x stalk.. walau ade cod qr sy pada. nye

    1. Kalau dia ada qr code maksudnya awak yg akan stalk dia. Kena paham konsep, sesiapa yg scan qr code, maka whatsapp dia yg akan di stalk. So berani ke dia nak scan? Hahaha

  13. JIKA KITA DAH LOG OUT. ADAKAH UNTUK MASUK SEMULA KE APLIKASI WASAP, KITA PERLU LOG IN PASWORD. . JIKA KITA TAK INGAT PASWORD BAGAIMANA

    1. Boleh je.

      Awk nak scan qr code saya? Saya boleh bagi.

      Kena paham konsep ye. Bila awk scan code, bukan awak yg stalk dia. Tapi dia yg akan dpt baca semua mesej awk.

  14. Nak tnya kalau saya tk logout dri whtsapp web n then naik notification kt atas fon saya yg dia tulis ‘ did you want to logout whatsapp web? ‘ that means ad org tgh guna ka or dia akan naik notification untk memperingatkan kita shja? ? Sya risau takot tkot org login bru dia naik notification.. Kalau just naik notification untk ingatkan kita sruh logout shja takpa

    1. Biasanya kalau kluar notifikasi tu maksudnya whatsapp web tgh aktif. Kalau pc off dia xkan kluar notification tu.

      Elok log out je.

  15. Assalam mcm mn kita nk blok wasap kita kt hp lain..skrng ni sy pakai cap ayam..hp tu isteri sy yg control wasap jd xprivasi la

  16. Sy last use whatsapp web pukul 12.30 mlm & sy dah lock pc sebelum balik. Tp bila esk nk log out n scan kat pc lain, history kata sy last use 2am.. maksudnya ada org buka chat sy or memang chat still boleh masuk kat pc tu walau sy dah balik rumah?

  17. Assalamualaikum… Sy nak tanya.. Org lain blh baca kndungan whtsup sy.. Klau sy uninstall whtsup tu.. Kmudian download balik whtsup yg baru… Imbasan kod qr tu ade ke sama cam yg lama… Mksudnyer.. Org tu blh baca ke lagi whtsup sy?
    Trm ksh…

  18. Macam mana kalau saya dah log out tapi saya nak tahu siapa orang yang hack whatsapp saya tu ? Blh ka kita nk tahu orang yang hack tu .

    1. tak boleh, kecuali masa dia tgh on whatsapp web tu, boleh la tgk lokasi kat mana whatsapp web tu dilogin.

  19. Salam…mcm mana nak halang org kedua utk baca chatt watsap saya…org kedua sdh guna hp saya utk scan QR code watsapp pada hp miliknya

    1. log out whatsapp web. ni mesti tak baca artikel dan tak tengok video yang saya bagi ni kan? kalau baca atau tengok video ni mesti dah tau cara log out dari whatsapp web tu.

  20. As salam sy nak tau pulak cara supaya pasangan kita tidak log out whattsapp web di h.phone mereka .. Bole ke tidak kita padamkan log out collum tu? Mintak pencerahan..

  21. Seriously keliru sikit kat sini bnyk kali saya ulag baca pasal konsep hack ni
    Saya nk hack whatsap suami so suami kna imbas kod qr dari phone saya??? Mcm tu??? Azril pm link watsapp susah la msj sini 😭 saya sow learner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *