Nisbah Post Niche Vs Post Review di Blog

Sebelum masuk tahun 2016, blog saya suci murni dari sebarang artikel berbentuk review.

Tak kiralah review event ke, review produk ke, mahupun review tempat percutian dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.

Tapi Selepas tahun 2016 saya mula berjinak-jinak dengan dunia review.

Tengah memikir idea untuk tulis topik apa seterusnya kat blog.

Blog Tepu Kembali Aktif

Kengkonon blogger Malaysia terhebat la nak buat review hehhee! Tapi sebenarnya atas jemputan rakan-rakan blogger yang lain.

Thanks.

Sejak tahun 2016 memang blog adzril.com ni mula dibanjiri dengan post-post yang berkaitan review sekaligus mengaktifkan blog ni yang tepu sebelum zaman main adsense dan selepas kecewa dengan adsense.

Bila Blog Dah Start Ranking di Google

Sejak job pertama buat review kat Stadium Larkin untuk Pelancaran Perfume JDT, saya dah start aktif dengan sponsored review lepas tu.

Jumlah artikel review berbanding artikel niche blog saya sendiri makin tenggelam.

Memula tu memang ketagih. Sikit-sikit dapat offer review servis atau produk. Maklumlah, blog dah mula ada ranking dek kerana artikel-artikel yang sebelum nih banyak carian dalam google.

So saya gunakan peluang ni untuk buat artikel review untuk produk dan servis lain. Alang-alang menyeluk perkasam orang kata.

Tepu dengan Artikel Review

Tapi makin lama, saya baru terperasan blog macam dibanjiri dengan artikel review. Which is bagi saya tak best sangat la. Dah hilang jati diri blog saya ni rupanya.

Ye la, lepas satu artikel review produk, pastu artikel review lain lagi, pastu artikel review servis pulak.

Come on!, mana artikel berkaitan cerita-cerita dan perkongsian saya ni? Sekali imbas dah macam blog review semata-mata.

Buat Comeback Dengan Jiwa Asal Blog

Mujur saya tersedar kejap. Terus saya gagahkan diri untuk buat comeback dengan beberapa artikel yang tak berkaitan dengan review produk atau servis.

Saya mula kongsi passion saya sendiri.

Berkongsi berkaitan strategi blog, penjimatan prepaid Onexox, pasal motor KTM RC 200, motor Yamaha LC, Yamaha R15.

Kengkadang cerita pasal apps android yang saya pernah guna dan install dari Playstore.

Jemputan Bertali Arus Dari Rakan Blogger

Dengan berkongsi apa yang kita minat, baru nampak macam bernafas balik blog saya nih.

Kalau tak sendu dek artikel review je.

Once dah terjebak dalam dunia review ni, macam non-stop pulak jemputan review dari rakan-rakan blogger yang lain.

Seronok tu memang la seronok tapi kekadang sampai tak sempat nak siapkan artikel yang pending sekian lama. Itu tak adil kepada client kita sebenarnya.

Tulis Artikel Review Bersahaja

Keseronokan blogging ni sebenarnya adalah kita dapat bantu orang dapatkan info. Sebenarnya artikel review pun info jugak.

Bantu orang ramai dapatkan info berkaitan produk yang direview sekaligus menaikkan nama perniagaan tu sendiri. Artikel review yang ditulis dengan bersahaja akan bagi 3 manfaat,

  1. Pertama, bagi info kat pembaca,
  2. Kedua, bagi sales kat pemilik produk atau servis
  3. dan ketiga, memberikan kesedaran jenama produk atau servis (brand awareness) kepada pembaca.

Berkawan dengan Blogger

Saya pernah baca satu Quote, tak ingat siapa punya quote tapi yang pasti dia seorang yang ada kredibiliti.

Katanya,

berkawanlah dengan blogger sebab blogger ni suka buat cerita tentang apa yang mereka alami dalam blog mereka.

Silap-silap boleh dapat review free dari blogger. Meh siapa nak berkawan ngan saya?