No plat F Negeri mana dan siri apa yang terkini?

No plat F negeri mana agaknya? Bagi saya siri F ni nampak premium dan eksekutif. Even siri X, Y, E dan V pun tak boleh lawan. Tapi ni pendapat saya je lah. Siri F adalah khas untuk Wilayah Putrajaya. Siri Putrajaya bermula dengan;

  1. Putrajaya (telah habis dijual)
  2. F (telah habis dijual)
  3. FA (telah habis dijual)
  4. FB (telah habis dijual)
  5. FC (dibuka untuk tempahan)
  6. FD (dibuka untuk tempahan)
  7. FE (dibuka untuk tempahan)
  8. FF (telah habis dijual)
  9. FG (belum diumumkan)

FFF No plat Negeri mana?

Dalam list di atas ni, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tak disenaraikan sekali siri FFF?

Walaupun ianya bermula dengan huruf F, sebenarnya FFF bukanlah siri turutan untuk Putrajaya. FFF termasuk dalam kategori Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI). Ianya duduk sama kelas dengan;

Mana mungkin turutan siri Putrajaya dari FF ke FFF? Kalau ikut turutan (sequence) selepas FF sudah semestinya FG. Cuma tak tahulah kenapa FG tak diumumkan lagi pada tahun 2024. Mungkin sebab JPJ bagi laluan dan jalan untuk siri NPI dilancarkan dulu.

Mana tak nya, tahun 2024 banyak betul siri NPI dilancarkan. M_M, GOLD, Petra, MADANI dan EV. Jadi untuk siri Putrajaya FG tunggu kejap ye. FD pun dulu delay setahun, tapi sebab dunia tengah sibuk time tu dilanda kobibodh.

Pelancaran siri F (tahunan)

Jadi seperti yang saya tahu, siri F Putrajaya ni hanya dilancarkan pengeluarannya setahun sekali. Dan biasanya dilancarkan pada Hari JPJ Malaysia iaitu pada setiap 1 April setiap tahun. Itu ketetapan yang ditetapkan oleh JPJ la. Tapi ianya bergantung pada keadaan situasi jugak.

Sejak FD turutan plate Putrajaya ni macam dah tak ikut ketetapan setahun sekali tu. Ianya menjadi lebih fleksibel. Jadi ketetapan pelancaran siri baru Putrajaya setahun sekali tu bukanlah sesuatu yang ‘wajib’ dipatuhi turutannya. Ianya hanya sebagai panduan.

Tempah dan beli plat F

Sama macam siri untuk Negeri-negeri lain di Malaysia, no plat F ni juga perlu melalui fasa dan prosedur yang sama;

  1. JPJ Putrajaya umumkan tarikh sesi bidaan
  2. Bidaan online dijalankan secara atas talian (online), biasanya akan berlangsung selama 5 hari.
  3. Dibuka untuk tempahan (baki nombor yang tidak dibida)

Bezanya pembelian no plate F tidak dibuka dalam sistem Mysikap seperti siri-siri Negeri lain. Ini yang membuatkan siri F ni unik. Nak cakap sama macam siri state lain pun tak, tapi proses awal tetap sama. Nak cakap nombor special tak jugak, tapi tak boleh dibeli di Mysikap malah tak boleh dibeli di kaunter JPJ selain Putrajaya.

Jadi bagi mereka yang berminat nak tempah dan beli no plat f ni, boleh la hubungi saya OlO6OO9966. Saya akan bagi senarai harga (termasuk upah saya) untuk urusan pembelian.