Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia

Posted by

Kalau di Singapura, sebut je Fatimah Mohsin memang dah sinonim dengan rekaan fesyen untuk pakaian pengantin.

Jenama Fatimah Mohsin itu sendiri memang sudah gah di Singapura namun ianya kini makin mengembangkan pengaruh ke Malaysia dalam bidang fesyen rekaan pakaian pengantin bersama rakan fesyen seperti Syaiful Baharim, Rizman Ruzaini, dan FiziWoo.

Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 1
Aisyah Aziz di Pertunjukan Fesyen Fatimah Mohsin

Fatimah Mohsin yang sudah berkecimpung dalam dunia fesyen selama 18 tahun ni berbangga sebab dapat melancarkan rekaan terbaru kat Kuala Lumpur dan ianya dianggap sebagai langkah yang bijak dan ianya merupakan peluang perniagaan yang cukup bagus.

Dengan pengalaman selama 18 tahun, langkah ini dianggap sebagai satu titik tolak kepada mengekalkan jenama Fatimah Mohsin untuk terus relevan dalam dunia fesyen lebih-lebih lagi fesyen pakaian pengantin.

Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 2

After a successful inaugural fashion runway show at the Islamic Fashion Festival in 2014,Fatimah is set to showcase an array of bridal designs in basic hues of exquisite fabrics, delicately crafted with 3D laces and beadings which exhibits a regal and lush appeal.

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Masa berlangsung peragaan fesyen tu, aku just boleh nampak warna kain, dan kekemasan fesyen hahhaha! Lainlah +Dhia Vivadea yang sememangnya tenggelam dalam dunianya bila tengok fabrik dan fesyen sebab dah ini memang kegilaan dia.

Sebut je jenis kain, beading, dan lain-lain yang berkaitan, semua dia arif.

Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 3

Selain persembahan fesyen, apa yang aku tertarik masa event ni adalah persembahan artis semasa sesi peragaan fesyen tu.

Seorang yang vokalnya mantap iaitu Aisyah Aziz menyerikan lagi pertunjukan fesyen Koleksi Pakaian Pengantin Fatimah Mohsin.

Ramai lagi artis yang datang tapi bukanlah buat persembahan antaranya Faradhia, Siti Nordiana, dan seorang Vlogger dari Singapura iaitu Nadia (MunahHirziOfficial).

Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 4
Alahai cantik bebenor Aisyah Aziz ni.

Berbalik pada fesyen yang dipersembahkan oleh Fatimah Mohsin, beliau akan meneruskan rekaan terbaik dan akan terus komited membuatkan bakal-bakal pengantin teruja dan kagum dengan rekaannya.

Beliau sangat-sangat passionate dalam dunia fesyen dan gembira untuk memperkenalkan rekaannya bukan saja kat Singapura tapi seluruh rantau lebih-lebih lagi Malaysia.

Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 5
Fatimah Mohsin

Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 6Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 7Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 8Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 9Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 10Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 11Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 12Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 13Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 14Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 15Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 16Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 17Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 18Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 19Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 20Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 21Rekaan Baju Kahwin Fatimah Mohsin di Kuala Lumpur Malaysia 22

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 comments

  1. baju kahwin…

    macam best juga ..

    semoga ia menjadi inspirasi untuk orang yang masih bujang untuk cepat kahwin..

    1. Betul semoga jadi inspirasi untuk bakal pengantin untuk persandingan nanti. Tapi memang koleksi fesyen baju pengantin Fatimah Mohsin ni semua cantik dan lawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *